Kan sebelum ni me cakap me sakit mata penangan jumpa Abang Ensem dah pergi jumpa doktor dan dapat mc tapi mata still lagi bengkak.. Me cakap kat doktor ketumbit.. ala timbir lah senang.. tapi doktor cakap me salah makan.. Tapi sampai semalam mata macam lagi bengkak dan merah.. semua orang cakap timbir.. oleh kerana me tak nak technician technician me sekalian alam gelakkan me hari rabu ni.. (al maklumlah technician me ramai lagi yang tengah bercuti, so hari rabu ni baru semua orang masuk keje) so sekali lagi me pergi jumpa doktor semalam.. Nasib baik masa pergi semalam tak de orang lansung so cepat jelah selesainya..
Me pergi klinik kumpulan Medic, klinik panel untuk office me, Kalau siapa siapa yang dah biasa dengan Kumpulan Medic ni mesti ada satu doktor yang kalau korang jumpa dia mesti rasa macam jumpa ayah korang. Nama dia Dr. Mohd Anwer Hussain dia memang kenal me, so semalam memang jodoh kitaorang berjumpa.. Dia tersangatlah baik.. sangat penyayang macam seorang ayah tengah melayan anak yang sakit. Bagi me lah bagi korang yang ada ayah tak tahulah plak perasaan korang semua macam mana. sebab me sempat hidup dengan arwah abah hanya untuk 6 tahun je.. masa umur me 6 tahun abah dah meninggalkan kitaorang semua.. Al fatihah untuk arwah abah..
Ok tak mo sedih sedih.. semalam masuk je jumpa doktor.. dia baca report me yg sebelum ni & dengan keadaan mata me yg merah macam tu.. Doktor cakap sah ni memang timbir. Hahaha nak gelak plak salah makan lah sangat. semalam dapatlah 5 jenis ubat.. sebelum nak tido semalam makan dan sapulah segala ubat..
Syukur Alhamdullillah hari ni bangun nak g keje.. syukur Ya Allah bengkak dah surut.. Alahai nurul sakit kecik macam ni pun nak kecoh satu dunia.. Bukannye apa bila mata macam ni korang buat apa terasa sangatlah tak selesa.. Ya Allah yang tuhanku berikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik buatku dan umat manusia di dunia ini.. Amin..
Salam sayang,
NURUL
2 comments:
siezuka, get well soon okay.. lepas ni makan ubat tau..
KID: time kasih Kid, dah beransur pulih..:-)
Post a Comment