Wednesday 29 June 2011

Perasaan



Tak tau lah kenapa dengan hari ni
perasaan jadi huru hara
hati berdebar-debar macam ade something yang nak jadi
hadirnya perasaan yang macam-macam ni
satu je yang me fikir
FAMILY
takut ape-ape yang terjadi ngan diorang

YA ALLAH YA TUHANKU
lindungilah me, family & kawan-kawan me,
jauhkanlah diorang dari segala bencana yang menimpa.
ampunilah segala dosa-dosa kami
dan lindungilah kami dengan segala tunjuk ajar dari Mu 
dan jauhilah kami dari segala perbuatan keburukan
AMIN


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي


Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"


sekarang
kena telefon ma!!

Salam sayang,
Siezuka


Tuesday 28 June 2011

khasiat teh



Teh sememang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan terutamanya untuk orang Melayu begitu juga dengan orang Cina. Tahukah anda, secawan teh mengandungi 30-40 mg kafein. Teh juga dikatakan bukan sahaja mampu menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur malah tubuh badan juga akan menjadi lebih cergas dan segar.

Kelebihan-kelebihan minum teh

1. Kafien yang terkandung dalam teh lebih rendah berbanding kopi

2. Teh dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Mereka yang  meminum teh (teh o) paling kurang 2 kali sehari mempunyai risiko yang kurang untuk diserang penyakit jantung.

3. Teh dapat menguatkan tulang. Mereka yang mengamalkan meminum teh lebih dari 10 tahun akan mempunyai tulang yang lebih kuat. Tak perlu susu Anlene lagi.

4. Teh dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

5.  Teh tidak mempunyai sebarang kalori kecuali teh yang ditambah dengan gula atau susu. Jalan terbaik tambahkan madu lebah icon wink Khasiat Disebalik Meminum Teh

6. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan mampu untuk membakar kalori sehingga 70-80



credit to selangor 2u

Salam Sayang,
Siezuka


Monday 27 June 2011

Mael lambung vs Acai the movie



Memang HoT News.. Ahmad idham sangat-sangat mengikuti perkembangan semasa dan seorang pengarah yang pandai mengambil peluang dengan perkembangan industri semasa, terbaru ahmad idham tweet dekat twitter nya menyatakan diorang akan memulakan pengambaran september ini untuk Mael Lambung vs Acai the movie.. Tahniah untuk Zizan & Johan kerana kedua-dua watak ini amat berpengaruh dan mempunyai mengikut yang ramai.. Ini antara bukti:-




Dan sememangnya movie ni akan dinantikan dan akan mendapat samabutan daripada orang ramai nanti. Oooohhh tak sabar nak tunggu movie ni..mesti best!!



Still ingat lagi persembahan diorang masa final maharaja lawak, Mael Lambung vs Acai the musical, memang best.. & mael lambung tetap hensem dengan muka ganas camtu.. hahaha..




Salam sayang,
Siezuka

Jangan mencari terlalu sempurna



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

Salam Sayang,
Siezuka

Saturday 25 June 2011

Rindu



Rindunye kat si kembar
Aqil & aniq
mummy dia x sihat
bile lah dapat jumpa ngan diorang
rinduuu



Rindu,
Siezuka


Maharaja Lawak


Tahniah diucapkan kepada kumpulan sepah.. memang diorang layak untuk menang, sebab dua-dua pusingan lawak diorang best!! dan part yang paling me suka bila akhirnya semalam shuib dapat jugak jumpa ngan idola hati si dafi baik punyer..

But for me Jozan adalah the winner.. persembahan dioarng tiap-tiap minggu memang best.. Semalam yang first tu agak kurang skit, tapi tetap jugak best.. tapi dioarng come back dengan part yang kedua ngan lawak the musical mael lambung vs acai.. thumps us!! memang best!! good job lah dioarng.. Johan memang terkenal ngan lawak mangajuk percakapan orang, memang johan menjiwai watak acai semalam & zizan terkenal ngan watak mael lambung.. hehehe tapi baru me tahu from twitter pasal nama sebenar tu.. sebenarnya nama mael lambung tu diorang ambik dari nama glamer ayah mertua johan yang memang dikenali ngan mael lambung & rozy tiger plak mak mertua si johan.. ala mak & ayah kak ozlyn watie, wife johan.. best! best! & best!


Jozan

Part 1-Jozan


Part 2-Jozan
The best!!


Sepah

Part 1-sepah


Part 2-sepah


Enjoooyyy!!!

Salam sayang,
Siezuka


Friday 24 June 2011

Gelora Jiwa


Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja
Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja





Gelora Jiwa,
Siezuka



Selamat hari jadi Ma



Selamat hari jadi Ma
Semoga panjang umur & dimurahkan
rezeki

Pagi-pagi lagi me
dah tepon ma
Ma tuntut hadiah,
later ye ma
nanti kak yu balik kg
baru bagi

time kasih ma atas segalanya-galanya
didik kak yu  & adik
tanpa penat lelah dan jemu
Ma lah ayah & ibu
untuk kitaorg
Time kasih Ma
hanya Allah s.w.t
saje yang mampu balas jasa ma




Salam sayang,
Siezuka


Kerana Iphone 4


Remaja mahu jual dara beli iPhone 4

BEIJING: Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri.

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.
Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu.

Remaja Guangdong itu turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup menjual daranya kepada sesiapa yang membelikannya iPhone 4. – credit to berita harian

GILA kerana nak gadget yang mahal tu sanggup gadai maruah.. ni mesti tak lain tak bukan pengaruh rakan-rakan. Malu ngan rakan-rakan sebab tak dapat memiliki, so sanggup ambik jalan singkat jual maruah, benda yang paling senang dalam dunia ni untuk dapat duit. Macam - macam hal remaja zaman sekarang ni..

Salam sayang,
Siezuka


Thursday 23 June 2011

congrate!!



Congrate Ming
x dapat me bayangkan
camne ming nak ajar anak didik dia nanti
hahahaha

Tahniah
Ming
bakal jadi lecturer kat Politeknik
Arau, perlis

jangan lupe
we all kat sini ok



salam sayang,
Siezuka


Sunday 19 June 2011

Wanita & air mata


Indahnya Kejadian Wanita...Wanita Dan Air Mata...


 

Sebut sahaja WANITA DAN AIR MATA...aku sendiri tidak dapat memahami diri aku sebagai seorang lelaki.. Kadangkala aku melihat wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yg sudah berlalu....mengenangkan cinta pertama yang kecundang.....mengenangkan cinta yang tidak pernah kesampaian...mengenangkan dosa yang dilakukan.....mengenangkan dosa terhadap ibu bapa....

Kadangkala pula,aku melihat hal yang begitu sedih berlaku...Wanita langsung tidak menangis!!!! MENGAPA???? Adakah jika wanita menangis dihadapan orag membuktikan bahawa wanita itu telah tewas dan mengundang simpati orang????

Aku pernah bertanya kepada Wanita...Mengapa Wanita Suka Menangis...dia menjawab "dia tidak mengerti???? Sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberikan hadiah menangis, berlaku hal sedih menangis...Dan jawapan yang aku berikan ialah...Kamu tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti... dan sememangnya lelaki tidak akan memahami perkara ini kerna wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa dia perlu menangis......

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."
 

Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta. dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....

Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga....

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi..... Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...


 Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...


Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu..air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....

 
Mengapa harus ada air mata???? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas aku berfikir, sedikit demi sedikit mulai aku fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN.....

Air mata kekuatan, untuk melahirkan bayi dari rahimnya. Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat semua anak dan keluarga, dalam kaadaan apapun, dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa mengeluh. Padahal tak jarang orang-orang yang dicintai itu menyakiti perasaan dan melukai hatinya.

Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan karena kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya....

Sesungguhnya...wanita dan air mata memang tidak dapat dipisahkan... tetapi wahai kaum hawa, menangislah utk perkara yg membawa kebaikan kepadamu. jgn lah menangis utk perkara yg akan menambahkan lagi kedukaanmu... menangislah jika rasa ingin menangis...walau seteguh mana pun jiwa mu itu, air mata tetap akan menjadi temanmu sama ada dihadapan sahabat, keluarga atau dibelakang mereka...air matamu pasti akn berguguran jua.
..
 

Air mata ketabahan, atas kesedarhanaan hidup namun tak membuatnya terasing dalam pergaulan. Apalagi sampai mengurangi husnuzhannya terhadap Allah. Airmata ketegaran, saat rumah tangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cubaan. Seperti tangisan bahagia Khansa’ atas wafatnya suami dan tiga putera tercinta di medan jihad, syahid demi membela kekasih sejati: Muhammad SAW. Itulah airmata keperkasaan, pantang menyerah saat melalui masa-masa sulit. Kesusahan dan ujian itu membentuk kepribadian yang kuat dan teguh.

Air mata kesucian, sebagaimana tangisan Aisyah ra ketika dituduh berselingkuh oleh kaum munafik. Sehingga menimbulkan percakapan negatif dikalangan umat Islam bahkan Rasul pun hampir terpengaruh. Tapi Allah maha tahu. Airmata kesucian itu dikukuhkan kebenarannya oleh al-Qur’an.


credit to sebutir kasih

Kesan Ubat


Me memang tak suka ubat batuk, tapi disebabkan batuk yang tak ade tanda2 nak sihat hingga suara pun dah sengau, so terpaksalah jugak me ambik ubat batuk tu, Mase hari rabu g klnik mediviron tu dr. memang dah bagi ubat batuk, me ambik ubat batuk tu, tapi batuk tak hilang ditambah plak dapat selsema.. Oh memang tak suka sangat keadaan ni. So, semalam lepas habis keje, terus g ambik keta yang hantar servis, by the way thanks Kak su coz sanggup tolong me g hantar kete kat perodua.. lepas ambik keta terus direct g klinik kumpulan medik kat damansara utama, tunggu kat setengah jam jugak, sebab me sampai sana waku lunch diorang.. nasib baik mase diorg bukak tu x ade org, so tak der lah me tunggu lame sangat.. cam biase, bagi ubat demam, selsema, antibotic & batuk..  yang ubat demam & antibiotic tu me ok jer nak telan, tapi yang tak suka ubat selsema & batuk, bukan apa, makan ubat ni dia buat badan kita lemah.

Balik tu lepas makan terus telan semua ubat mengikut saranan doktor. Dalam setengah to 1 jam lepas makan ubat jer badan dah rase letih yang teramat sangat, so ape lagi tido lah.. Me dah janji ngan Tom petang tu nak g Ikano, so me dah siap2 pesan kat Tom kejutkan me bangun tido. Dalam pukul 7 me sedar, itupun sebab bunyi bising. Bangun tido tengok2 kat dua2 tepon me, ade banyak gila miss call & msg from Tom, call dia balik, sorylah Tom memang badan penat sangat bahana ubat batuk. So cancel lah plan me nak g ikano.

Tapi yang best demam tapi selera makan mengada-ngada, hari jumaat nak makan nasi ayam bakar, ni semua gara-gara teringat mummy si kembar belikan tuk me.. memang sedap+murah & ayam dia besar. So hari jumaat hari tu si wawa lah yang bawak me naik motor dia g beli nasi ayam bakar tu, hari sabtu plak lepas g klinik, beli nasi ayam hainam yang sedap kat damansara utama tu, me nak sup dia jer.. coz sup dia sedap.. sampai 2 me beli sup dia, pastu malam tu plak ngada-ngada ngan Tom nak makan chicken chop kat food court damasara utama tu, kesian kat Tom balik keje, layan je ape yang me nak, so dia tapaukan tuk me.. makan separuh jer dah kenyang.. tapi chicken chop ni memang sedap + murah.. memang ngada-ngada sangat selera makan ni.. tapi terfikir plak, kalau Tom kahwin sape lah plak yang nak layan perangai me yang ngada-ngada ni.. huhuhu..


chicken chop sedap..


Salam Sayang,
Siezuka

Ubat Batuk



Batuk bukanlah satu penyakit tetapi batuk ialah tanda-tanda penyakit. Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihidapi oleh kebanyakan kita.

   1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
   2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
   3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan.

Batuk yang berlebihan terutama jenis (3) batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk.

Ini disebabkan tekanan pembuangan udara ketika batuk yang menyakitkan kerongkong dan selaput tekak. Merujuk kepada ketiga-tiga jenis batuk di atas ahli farmasi atau doktor akan dapat menentukan jenis ubat yang harus dan selamat digunakan.

Pada amnya, pengubatan sendiri untuk batuk dipilih oleh sesetengah individu dengan membeli ubat di kedai runcit ataupun kedai ubat. Walaupun tanpa mengetahui jenis batuk serta jenis ubat yang sepatutnya diambil. Berikut adalah jenis-jenis drug di dalam ubat-ubat yang digunakan mengikut jenis batuk:

a. Drug-drug di dalam ubat gangguan pernafasan ialah efedrin, fenilefrin, nafazolin, oksilometazolin, fenilpropanolamin, pseudoefedrin dan zilometazoline. Kumpulan drug ini akan bertindakbalas dengan otot saluran tenggorok dan akan mengembangkan saluran tersebut.

b. Drug-drug dalam ubat mengeluarkan kahak ialah ammonium klorida, guaifenesin, kalium guaiakolsulfonat, sirap ipekak, terpin hidrat dan `beechwood creosote'. Kumpulan drug ini akan bertindakbalas dan mencairkan kahak serta merangsangkan batuk bagi mengeluarkan kahak.

c. Drug-drug di dalam ubat meredakan batuk ialah kodein, dekstromethorphan, difenhidramin hidroklorid dan noskapine hidroklorid. Kumpulan drug ini berfungsi bagi mengurangkan kekerapan batuk, terutamanya bagi batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Setiap drug utama di atas dirumus dengan kuantiti tertentu dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti pemanis, pewarna, pengawet, perasa dan penstabil. Walau bagaimanapun, terdapat juga lebih dari satu drug di rumuskan dalam satu sediaan jenis ubat bagi menyesuaikan dengan jenis batuk dan penyakit.

Berdasarkan kepada fungsi ubat dan jenis batuk di atas, sebelum seseorang meminum ubat batuk adalah disarankan supaya terlebih dahulu mendapat nasihat daripada doktor ataupun ahli farmasi. Oleh itu peraturan seperti `Ubat yang betul untuk penyakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul' perlu diikuti.

Penyalahgunaan Ubat Batuk



Ubat batuk yang mengandungi drug kodein adalah jenis yang popular di kalangan penyalah guna. Ubat batuk jenis ini jika diminum berlebihan akan memberikan kesan narkotik.

Drug jenis ini disenarai dalam Akta Racun 1957 dan penjual ubat harus mempunyai lesen dan pesakit perlu mendapat preskripsi doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Walau bagaimanapun, terdapat penjualan secara haram kepada penyalah guna dan penagih ubat batuk tersebut.

Selain harganya yang murah, warna sediaan ubat ini juga merupakan ciri utama yang tidak dapat dibezakan dengan warna minuman ringan yang terdapat di pasaran.

Warna perang gelap ubat ini serupa dengan warna kopi `O' atau minuman cola. Kebanyakan ubat batuk yang dijual secara haram biasanya dimasukan ke dalam peket plastik minuman biasa, bekas-bekas atau botol minuman ringan berkarbonat.

Golongan yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan ubat batuk terdiri daripada remaja yang bermasalah (pelajar merokok, yang pernah menghisap ganja dan pernah menghidu gam), individu yang tertekan, bekas penagih dan penagih yang tidak mendapat bekalan dadah.

Kebiasaannya, penyalah guna ubat batuk meminum lebih daripada dos yang disyorkan untuk mendapatkan kesan serta merta drug kodein.

Bahaya Ubat Batuk Mengandungi Kodeine

Kodein adalah sejenis drug penahan sakit. Ia lebih berkesan apabila berubah menjadi morfin di dalam tubuh. Kombinasi kodein dan aspirin atau asetaminofen menghasilkan kesan yang lebih hebat.

Bagaimanapun, pengambilan ubat batuk mengandungi kodein berlebihan akan memberi kesan mengantuk serta mengurangkan tahap aktiviti mental, rasa pening, mual dan seterusnya muntah.

Apabila ia diambil berulang kali, ia boleh menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Kesan pergantungan ini dipanggil tolerans. Sukatan drug terpaksa ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan kesan seperti yang pernah dialaminya. Lama-kelamaan lebih banyak drug diperlukan setiap kali. Ini membuatkan seseorang terikat kepada drug tersebut dan menjadi ketagih.

Pengambilan berterusan dengan kuantiti yang berlebihan sesuatu drug akan memberi kesan sampingan yang berbahaya. Kesan pengambilan drug berlebihan melalui mulut akan menunjukkan kesan ketagih dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi. Penagih akan mengalami kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi) dan buah pinggang.

Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya) dan berat badan menurun. Penagih selalunya akan sentiasa berada dalam keadaan lalai, lali dan hanya berminat untuk tidur. Ramai di antara mereka menemui ajal semasa tidur.

Kesimpulannya, penyalahgunaan ubat batuk yang mengandungi kodein boleh menjadi penagih dan akan menghadapi risiko yang besar. Oleh itu, pesakit harus berhati- hati apabila mengambil ubat dan ikut peraturan sepertimana yang disarankan. Cegah sebelum parah kerana kecuaian boleh membawa padah.



Salam sayang,
Siezuka

Saturday 18 June 2011

Sahabat sejati



“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu.


Salam sayang, 
Siezuka

credit to wordpress 


Friday 17 June 2011

Selamat hari bapa



Dah 19 tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. mase tu me baru 6 tahun, tapi me still ingat lagi mase saat-saat arwah abah nak meninggalkan ktorg semua.. abah sakit.. mase tu hari kedua hari raya korban. rindu sangat kat arwah abah.

Dialah satu-satunya ayah yang me ade, walaupun sekarang ni me dah ade ayah tiri, tapi dia tak dapat gantikan tempat arwah abah.. tak akan dan tak mungkin ganti tempat arwah abah. Me memang rapat sangat ngan arwah abah, sebab kemana abah pergi, mesti me ade.

Family selalu cakap me ni sebijik muka macam arwah abah, cuma warna kulit jer ikut Ma.. Ma pun cakap yang sama, ma selalu cakap kalau degil-degil skit mesti ikut abah.. sebabnya arwah abah garang, sebab adik beradik abah semua nya perempuan abah sorang je laki, sebab tu dia garang & abah plak anak yang no 2.. Tapi bagi me abah tak pernah garang, baik sangat, sebab ape yang me nak abah akan tunaikan.. still ingat lagi me nak basikal, pastu abah ajak me keluar ikut dia, rupa-rupanya abah bawak me g pilih basikal mana me nak.. sama cam arwah ayah (atuk) yang belah ma, me and adik je cucu tunggal dia.. kalau me and adik nak ape2, mesti akan dapat .. Ya Allah hanyan tuhan je tahu betapa rindu nye kat diorang semua..

Sempena hari bapa ni, me nak ucapkan moga arwah abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Kak Yue sayang sangat kat abah, selalu rindu abah dan tak ade sapa yang boleh ganti tempat abah di hati kak yue.. hanya abah sorang je ayah yang ada dalam hati kak yue.. selamat hari bapa untuk abah.. Al-fatihah..



Rindu Abah,
Kak yue @
Siezuka


p/s< Kak Yue nama manja me dalam keluarga & gambar ni je yang ade dalam record me sekarang.. sebab gambar yang lain ade kat kampung..


Thursday 16 June 2011

Myvi Baru



Tadi tengok Tv3 pasal pelancaran Myvi terbaru, cantik & elegance jugak.. pandai perodua tarik minat orang ramai, normally kalau perodua ni orang muda mudi jer yang ramai pakai, sebab reka bentuk dia yang sporty menarik minat muda remaja.. rase menyesal plak dulu g tolak myvi, loan tuk kete myvi semua dah lulus, tapi bulanan dia mahal sangat dalam 6 ratus sebulan.. so tarik balik ambik viva elite.. huhuhu, tapi its ok,  bersyukur ngan ape yang ada.. viva tu hadiah hari jadi me tahun lepas.. tu lah harta pertama me.. sayang sangat ngan my siezuka.. next week nak g bawak die g servis.. sabar k baby.. credit picture to paultan.org..



 Myvi baru dilancar tadi 16 June 2011

Salam sayang, 
Siezuka


Demam



Bangun pagi semalam nak g keja, badan ni dah sakit-sakit campur ngan tekak perit ngan batuk, tapi ingat sakit biase, pagi tu cume sakit kepala ngan batuk-batuk skit, tapi lepas ambik penadol dah ok  pastu petang tu ingat nak balik awal, tapi bile fikir Tom pun balik lambat malas nak balik umah awal, so me stay back je kat office.. around pkul 7 lebih badan ni tibe2 je lemah, sakit pale ngan sakit-sakit sendinye.. Ya Allah rase nak balik terus.. tapi dah promise ngan punitah nak balik pkul lapan  tambah  ngan malas nak turun lift sorang-sorang, so tahan jer..
 
Sampai je rumah pukul 8 lebih, mandi terus tido. Tom balik keja, ketuk pintu bilik me pun tak sedar. Memang penat sangat.. Bangun pagi tadi, Ya Allah tuhan je tahu sakit pale, badan panas, batuk ngan sakit semua sendi-sendi badan.. last2 hantar mesej kat boss Mc terus.. satu hari me tido jer hari ni.. 
 
Petang tu me janji ngan Tom nak bawak me g klinik, tapi x jadi dia ad keja lagi nak kena wat.. kalau ikut kan hati malas dah nak g klinik, tapi kalau tak der mc kena tolak cuti.. so ngan malas nye drive kete g je klinik kat umah tu.. biase nye me g klinik kumpulan medic kat damansara utama, tapi malas drive punya pasal me g jer klinik mediviron kat pelangi utama.. doktor siap cakap lagi lain kali kena datang awal, sebab demam sekarang bukan boleh main2.. siap pesan ubat antibiotic kena habiskan, so dengar je lah.. me ni malas skit nak makan ubat.. sehari dua oklah, bila dah sihat ubat tu ntah kemana me letak.. macam malam ni lah.. badan dah segar skit, macam-macam keja dah me buat..





Tibe-tibe je me ingat lagu raihan demi masa, memang sangat-sangat betul pepatah ni:~

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Bila dah sakit tu, deria makan tu tak ade, kekadang bila sakit perut terasa lapar, tekak kita tak dapat terima makanan, perit, kekadang tu bila makan deria rasa tu tak berfungsi.. so nikmatilah kehidupan, kesihatan pun kena jaga jugak.. time kasih Tom beli bubur mc'd untuk me tadi.. sayang u lebih.. hahahaha..

Salam sayang,
Siezuka



Nora Elena



Satu fenomena skrang ni
sana sini ckp pasal
Drama
Nora Elena
Me follow cite Nora Elena ni pun mase episod 3 dah
itu pun sebab me balik keje awal
first time tengok memang tertarik sgt
last2 kalau tak dapat tengok live kat tv me tengok online kat Tonton
Oh
memang jatuh cinta ngan seth tan
so romantic person


Sinopsis:~


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


 Best Nora Elena:~



  
  

Salam Sayang, 
Siezuka

Wednesday 15 June 2011

Gempa Bumi



MEDAN: Gempa bumi 5.5 magnitud dilaporkan berlaku di Tarutung, Tapanuli Utara, Wilayah Sumatera Utara semalam, sebanyak dua kali iaitu pada jam 7.08 pagi dan 10.01 pagi waktu tempatan.

Kakitangan Pelayanan Data dan Informasi Balai Besar Meterologi Klimatologi dan Geofizik Wilayah 1 Medan, Albertus Simanullang berkata gegaran pertama berpusat pada 1.79 lintang utara dan 99.13 bujur timur.
Gempa pada jam 7.08 (Waktu Indonesia Barat) itu berlaku di 30 km ke tenggara Tarutun dengan kedalaman kira-kira 10 km di bawah tanah. credit to berita harian.


Dan disebabkan gegaran nilah yang buat me rase takut yang amat.. mase tu tak fikir lain dah, fikir takut bangunan office tu runtuh.. yelah office me tingkat 5, tingkat paling atas tu.. mau tak takut, hehehehe,  jauh benar imaging me..  gegaran yang pertama tu kitorng lari turun, siap ngan bos skali lari turun, yelah gegaran dia memang rase kuat sgt..  lepas setengah jam kat bawah kitorg naik balik office.

Gegaran kedua mase ktorg busy2 on call dengan customer, kecoh jap office.. semua dah bising-bising.. Me mase tu dah kecut perut, yelah penakut..  Ya Allah kt kat sini pun dah takut ngan gegaran yang macam ni, macam mane lah orang-orang yang dekat sane.. Syukur sangat ade kat bumi Malaysia..

Salam sayang,
Siezuka


Monday 13 June 2011

Mandi wajib



Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Salam sayang,
Siezuka

Ulu Yam



Mummy si kembar call me pukul 9 lebih kejut me bangun tido hari ahad tu.. nak ajak me g Ulu yam, mandi manda. Ktorng pergi dalam pukul 2, sampai sane hujan renyai-renyai, tapi kejap jer dah behenti..

Memang best sebab dah lame tak pergi.. last me pergi mase g ngan Tom & ming.. suke g sane, suasane dia yang damai, dapat release tension tambah- tambah plak g ngan si kembar, lepas rindu kat diorang.. kitorang pergi yang dekat kawasan ade main2 motor tu.. tak tau lah diorang panggil motor ape. dah lame sangat me tak pergi, tak tau plak diorang dah charge 1 ringgit untuk seorang nak pergi masuk kat sane.. memang kaye ah diorang.




Sian si kembar.. degil sangat ke sana ke sini.. last2 mummy dia mandikan die, bedungkan diaorang (orang perak panggil bedung, kat terengganu tak pernah plak dengar, ataupun diorang memang panggil ni, tapi disebabkan me tak pernah ade anak, so tak taulah pasal benda ni semua). sekejap jer bedung diorang, bagi minum susu, lepas tu terus tido..





Dalam pukul 5 lebih ktorg dah balik, on the way nak balik tu singgah kat tasik yang tepi jalan nak balik ke KL tu.. tak tahu tasik ape name.. hehehe, tapi pemandangan dia cantik sangat, indah sungguh ciptaan Tuhan..






Salam sayang,
Siezuka



Sunday 12 June 2011

Pokok





Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah

Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Salam sayang,
Siezuka

p/s< first time dgr lagu ni, terus jatuh cinta..