Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

Penghidap Penyakit G6PD Hati hati hati dengan Kacang Parang

 


Glucose 6 Phosphate Dehydrogenese (G6PD)

 

Me??? memang langsung tak pernah dengar pasal penyakit ni.. ok sebelum tu.. dekat office, me ada jual jajan atau lebih dikenali keropok ringan ringan. So ada lah jugak jual kacang parang. Masa kitaorang semua sedap makan  ada kakak ni cakap ada satu penyakit memang x boleh makan kacang parang.. dia tak ingat nama.. so kitaorang try lah google.. jumpalah G6PD ni..


 
G6PD:

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.  Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

“Apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian,”
Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.

Tanda-tanda:

Sesak nafas, pitam, sakit belakang, pening, menggigil, pneumonia, kencing berdarah, kuning


Larangan:

Kacang Parang, Ubat gegat, Anti malaria, Ubat gatal, Sulfonamides, dapsone


So hati-hati yer kepada penghidap G6PD
bak kata bos me,
Orang cina cakap lepas makan kacang parang akan happy
tapi bagi me happy untuk orang yang happy jelah kot..


Salam sayang,
NURUL


Credit info to Mr google ;)

Sunday, 8 January 2012

Mata yang sembap??? Oh Tidak!!!



Mata yang sembap?? oh tidak.. mata sembap adalah mejadi igauan atau ketakutan bagi kaum wanita. Tapi syukur alhamdullillah me x de langsung masalah mata sembab ni.. Tapi sekarang ni mata penat sangat, mungkin mata asyik mengadap pc jer.. bila rasa penat sangat tu.. time tu jugak nak ambik hirisan timun letak kat mata.. penatnya tuhan je tahu.. kat bawah ni antara antara petua nak jaga mata dari sembab.. kalau ad sapa sapa ada petua lain silalah jgn malu dan segan nak share k..




1) Dapatkan timun atau sengkuang cina,lalu parut hingga lumat.Rendamkan parutan itu dengan sedikit serbuk teh,kemudian oles pada bahagian bawah mata. Ulangi selama seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.


2) Palitkan lendir yang ada pada bahagian dalam kulit telur ke bahagian bawah mata. Biar sehingga kering,lalu bilas dengan air yang sedikit suam. Lakukan beberapa kali.


4) Cuci uncang teh yang telah digunakan lalu simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10 – 15 minit.Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur.Lakukan dalam tempoh 15 – 20 minit,beberapa kali seminggu.


3) Anda juga boleh gosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan ( ke arah dalam,seperti lawan arah jam). Lakukan petua ini setiap pagi selepas bangun tidur.


4) Cuci uncang teh yang telah digunakan lalu simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10 – 15 minit.Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur.Lakukan dalam tempoh 15 – 20 minit,beberapa kali seminggu.




kredit info to mr google..

Salam sayang,
NURUL