Tuesday, 6 March 2012

3 Jawapan Tentang Blog Dijawab oleh HASRULHASSAN.COM



Ingat x semalam me ade bertanya   3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM .




Ok me dah dapat jawapannya.. Time kasih banyak banyak dekat Brother Hasrul Hassan sebab sudi jawap semua pertanyaan yang me ajukan.. Time kasih banyak - banyak.. ;)


1) Macam mana saya nak tingkatkan trafik pembaca blog?


Ada banyak cara dan kaedah, tapi yang HH nampak berkesan adalah dengan berkongsi apa yang ditulis dengan mereka yang benar-benar mahu baca isi kandungan entri tersebut.

Contohnya:

Jika entri tersebut mengenai resepi, cuba kongsikan (ping entri) di laman atau fanpage FB tentang resepi. Gunakan khdimat laman web agregator seperti busuk.ping, Ohbelog, Guablog, Innit Nuffnang dan labelkan serta kategorikan entri anda sepatutnya.

Bukan semua entri kita akan menarik pembaca yang sama, maka untuk mendapatkan pembaca yang akan terus berikan trafik ke blog, pastikan jenis entri paling ramai orang suka baca, maka itulah dijadikan sebagai 'senjata' untuk blog anda terus-terusan menerima kunjungan ramai.


2) Macam mana nak buat orang suka singgah blog kita ?

Mudah je, berikan apa yang mereka suka. Kalau orang singgah disebabkan anda seorang pakar dalam buat segmen, maka cuba buat banyak segmen bermanfaat dan beri penghargaan sepatutnya.

Jika mereka suka baca entri2 anda yang ada gambar, maka banyakkan entri sebegitu di blog.

Jika ramai yang baca entri anda tentang bolasepak, maka cuba pelbagaikan tentang bola. :)

Nak tahu mereka suka baca apa?


- lihat komen terbanyak
- lihat analytic sehari ... bukan lihat analytic seminggu atau sebulan sbbnya seminggu dan sebulan dah banyak campur trafik organik (enjin carian).

Apabila sekali mereka datang, mereka suka baca entri ttg bola, dan dapati banyak entri ttg bola anda paparkan/publish, maka tak mustahil esok lusa mereka akan datang lagi walaupun tidak hari2...:)



3) Macam mana nak tambahkan kewangan daripada hobi kita yang suka berblogging ni..


Selain dari pasang iklan dari laman web yang sediakan khdmat pengiklanan, cara lain yang HH rasakan lumayan dan menguntungkan ialah dengan letakkan iklan yang diusahakan sendiri. Iklan ini nak dapatkan adalah dengan cara:

- approach pengiklan, mereka yang ada blogshop atau produk utk dipasarkan. Dan nak lebih masyukk ... kena pastikan blog kita ada entri berkenaan dengan produk yang dijual secara umum.

Cth: Anda byk buat entri ttg bagaimana nak buat duit secara online, maka approach mereka yang jual produk sebegini - ebook ttg bisnes online

Cth: Anda byk buat entri mengenai gajet gajet canggih, maka cuba approach mereka yang jual gajet dalam blog.

TETAPI


langkah yang perlu dilakukan agar usaha-usaha di atas lebih berjaya dan lumayan adalah TINGKATKAN dulu trafik blog ke tahap yang boleh meyakinkan orang untuk beriklan.

jadikan blog kita blog yang punyai nich dan beridentiti sendiri. Kalau boleh, bina brand blog anda.

Jadikan diri anda pakar dalam sesuatu perkara, dan jual kepakaran anda menerusi blog. Kalau pandai hias bunga, siarkan entri2 anda buat dan gubah bunga yg cantik2, insyallah, akan ada yang bertanya. Tak mustahil dari blog, mereka akan sudi minta anda jadi pengajar ... dan tak mustahil anda boleh buat bisnes online dengan apa yang anda pakar itu.


Setiap ilmu yang kita dapat harus dikongsi..Harap harap ilmu yang kita dapat ni dapat kita praktikan dan mencapai kejayaan.. Kalau kita berusaha, InsyaAllah akan mendapat hasilnya.. AMIN.. ;)

Jangan lupa yer korang singgah kat blog brother HasrulHassan ni ok.. banyak ilmu tentang blog dia sharekan kat kita semua.. ;)


Salam sayang,
NURUL



9 comments:

KiD said...

memang tips mblogging yang perlu diamalkan oleh para blogger.

imie fatiema © said...

mmg slalu cari tips begini,cba juga buat beberapa tips tersebut,n okey jugaklah naik sket2 trafik..

CIK MAY said...

btl ape yg HH ckp tu..

aslam said...

yezza..ada betulnya disitu.

Boni JLL3 said...

wah..info yang menarik..thanks nurul :)

Cik Nurul said...

KID: Setuju.. ;)

Imie Fatima: Nurul pun ade try jugak.. ;)

Cik Nurul said...

Cik May: tulah kan.. sangat betul.. ;)

Aslam: YUp.. setuju.. ;)

Cik Nurul said...

Boni: Same same.. Time kasih dekat bro Hasrul Hassan jugak.. ;)

aReLaN said...

nice tips.heheheh...tapi kena ingat la matlamat asal blogging kan.as for me, memang niat asal juz suka-suka2 je.tu yang kurang amek kisah pasal trafik ke pe.