Monday, 12 March 2012

Ya Allah penatnya..



Ya Allah penatnya.. 
skrang ni masih lagi berada di hometown na na na teganu kita..
Balik kampung kali ni memang penat sangat sangat
dari mula mula balik sampai sekarang asyik sibuk jer..
tak sempat lansung nak online.. mintak maaf semua dah beberapa hari tak berupdate
(me layan perasaan kononnya ramai yg baca blog ni.. hehehe jgn marah.. )
esok hari yang ditunggu tunggu lagi sibuk..
Ya ALLAH harap harap semuanya berjalan dengan lancar.. AMIN





tapi sebelum tu.. petang tadi me g Mydin Mall, me sound seseorang..
ingat kita ni tak boleh marah
tapi nanati me cita ok.. nak sambung menjahit baju untuk esok jap.. :)


Selamat malam.. rindu kat korang semua.. 
rindu nak balas2 komen.. rindu nak blogwalking.. 

Salam sayang, NURUL






Thursday, 8 March 2012

Buat pertama kalinya saya berjaya..



Buat pertama kalinya berjaya tewaskan Shahir AF aka KID
yelah asyik dia jer jadi top komentor dekat blog Goyang inul
hehehe ni berangan untuk sekejap sahaja
jadilah kan.. :)







lecehnya kalau naik flight.. penat nak menunggu.. naik bas kan senang.. ontime je terus jalan.. :(


lagi satu jam lebih nak sampai terengganu.. :)

SAlam sayang, 
NURUL


Selamat hari wanita ;)



To my lovely Mom

Selamat hari wanita dikaulah wanita yang paling bermakna dalam hidup Me,
terima kasih atas setiap pergorbanan yang diberi.. Sayang Ma.. ;)






SELAMAT HARI WANITA !!


Malam ni jumpa Ma ;)

Salam sayang,
NURUL



Transformkan kreatifviti anda!!



Mood orang nak balik kampung ni lain macam kan.. senyum sampai ke telinga.. hehehe padahal nak balik kampung jer kot.. Tapi bagi me suka sangat sebab balik terengganu.. Dah lama tak balik.. biasanya kalau ada cuti balik penang jer.. :) 


Ingat lagi tak entry ini yang kononnya suka masak.. jeng jeng jeng dah transform jadi macam ni.. ;)





Lunch time nanti nak buat something kat manik kat bawah ni.. Nak transformkan jadi something.. nanti Nurul tunjuk hasilnya k.. ;)




salam sayang,
NURUL


Wednesday, 7 March 2012

Masa tolonglah bergerak dengan lebih pantas!!



Mood --> Teruja Gembira

Esok!!

Balik Kampung




Keje pun dah macam tak keje..

Cepatlah Masa bergerak.. dah tak sabar nak balik kampung.. ;)


Salam sayang,
NURUL

p/s: kredit pic to mr google.. ;)








Wordless Wednesday : Wanted!!



Salam sayang,
NURUL


Tuesday, 6 March 2012

Syukur Alhamdullillah..



Syukur Alhamdullillah hanya itu yang mampu me ucapkan & luahkan..
bila masalah yang me dok pikir2 selesai dengan jayanya semalam
Ingat tak Me pernah mintak tolong  hari tu..





Akhirnya semalam me dah jumpa apa yang me cari & cukup lengkap seperti apa yang me inginkan .. ;)

Syukur Ya Allah.. ;)


Salam sayang,
NURUL


P/s: kredit pic Mr. Google


3 Jawapan Tentang Blog Dijawab oleh HASRULHASSAN.COM



Ingat x semalam me ade bertanya   3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM .




Ok me dah dapat jawapannya.. Time kasih banyak banyak dekat Brother Hasrul Hassan sebab sudi jawap semua pertanyaan yang me ajukan.. Time kasih banyak - banyak.. ;)


1) Macam mana saya nak tingkatkan trafik pembaca blog?


Ada banyak cara dan kaedah, tapi yang HH nampak berkesan adalah dengan berkongsi apa yang ditulis dengan mereka yang benar-benar mahu baca isi kandungan entri tersebut.

Contohnya:

Jika entri tersebut mengenai resepi, cuba kongsikan (ping entri) di laman atau fanpage FB tentang resepi. Gunakan khdimat laman web agregator seperti busuk.ping, Ohbelog, Guablog, Innit Nuffnang dan labelkan serta kategorikan entri anda sepatutnya.

Bukan semua entri kita akan menarik pembaca yang sama, maka untuk mendapatkan pembaca yang akan terus berikan trafik ke blog, pastikan jenis entri paling ramai orang suka baca, maka itulah dijadikan sebagai 'senjata' untuk blog anda terus-terusan menerima kunjungan ramai.


2) Macam mana nak buat orang suka singgah blog kita ?

Mudah je, berikan apa yang mereka suka. Kalau orang singgah disebabkan anda seorang pakar dalam buat segmen, maka cuba buat banyak segmen bermanfaat dan beri penghargaan sepatutnya.

Jika mereka suka baca entri2 anda yang ada gambar, maka banyakkan entri sebegitu di blog.

Jika ramai yang baca entri anda tentang bolasepak, maka cuba pelbagaikan tentang bola. :)

Nak tahu mereka suka baca apa?


- lihat komen terbanyak
- lihat analytic sehari ... bukan lihat analytic seminggu atau sebulan sbbnya seminggu dan sebulan dah banyak campur trafik organik (enjin carian).

Apabila sekali mereka datang, mereka suka baca entri ttg bola, dan dapati banyak entri ttg bola anda paparkan/publish, maka tak mustahil esok lusa mereka akan datang lagi walaupun tidak hari2...:)



3) Macam mana nak tambahkan kewangan daripada hobi kita yang suka berblogging ni..


Selain dari pasang iklan dari laman web yang sediakan khdmat pengiklanan, cara lain yang HH rasakan lumayan dan menguntungkan ialah dengan letakkan iklan yang diusahakan sendiri. Iklan ini nak dapatkan adalah dengan cara:

- approach pengiklan, mereka yang ada blogshop atau produk utk dipasarkan. Dan nak lebih masyukk ... kena pastikan blog kita ada entri berkenaan dengan produk yang dijual secara umum.

Cth: Anda byk buat entri ttg bagaimana nak buat duit secara online, maka approach mereka yang jual produk sebegini - ebook ttg bisnes online

Cth: Anda byk buat entri mengenai gajet gajet canggih, maka cuba approach mereka yang jual gajet dalam blog.

TETAPI


langkah yang perlu dilakukan agar usaha-usaha di atas lebih berjaya dan lumayan adalah TINGKATKAN dulu trafik blog ke tahap yang boleh meyakinkan orang untuk beriklan.

jadikan blog kita blog yang punyai nich dan beridentiti sendiri. Kalau boleh, bina brand blog anda.

Jadikan diri anda pakar dalam sesuatu perkara, dan jual kepakaran anda menerusi blog. Kalau pandai hias bunga, siarkan entri2 anda buat dan gubah bunga yg cantik2, insyallah, akan ada yang bertanya. Tak mustahil dari blog, mereka akan sudi minta anda jadi pengajar ... dan tak mustahil anda boleh buat bisnes online dengan apa yang anda pakar itu.


Setiap ilmu yang kita dapat harus dikongsi..Harap harap ilmu yang kita dapat ni dapat kita praktikan dan mencapai kejayaan.. Kalau kita berusaha, InsyaAllah akan mendapat hasilnya.. AMIN.. ;)

Jangan lupa yer korang singgah kat blog brother HasrulHassan ni ok.. banyak ilmu tentang blog dia sharekan kat kita semua.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Monday, 5 March 2012

3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM




Me yang kerdil ini ingin bertanya kepada Tuan Guru Blogger tentang:-

1) Macam mana saya nak tingkatkan trafik pembaca blog?
2) Macam mana nak buat orang suka singgah blog kita ?
3) Macam mana nak tambahkan kewangan daripada hobi kita yang suka berblogging ni.. ;)

Nak ajak Tuan Guru Blogger singgah kat blog ni:-




Sebab nurul membesar dengan blog Cik Madam ni, lagi best sekarang ni kitaorang siap boleh lawan lawan komen kat blog Cik Madam.. ;)


Salam sayang,
NURUL




Bila kita salah dengar..

Pagi ni masa drive kete, sambil sambil dengar radio Hot FM.. diorang bincang topik salah dengar.. kesnya berpunca dari pilot dia nak umumkan lebih kurang macam ni "Got Mom in board" sebab mom tu kawan baik mak dia.. tapi penumpang dengar "Got bom in board" haru biru kapal terbang.. 


Kes salah dengar ni memang sentiasa oppss bukan sentiaa wajib ada.. al sebabnya.. me keja bahagian customer service.. ad step by step dia..mula mula customer call kita jawab.. then lepas dah register semua call, kita kena call technician then kena arrange technician pergi service..masa nak bagi call dekat technician tulah hari hari ade kes salah dengar.. kena bagi full detail, nama company, alamat, no. telefon bagai.. kebiasaanya masa nak bagi alamat lah selalu ada masalah.. orang cakal level 2 dia cakap level 3, orang bagitahu seksyen 2 dia pergi seksyen 12.. macam macam hal.. dah pergi salah tempat call kita marah2.. kita baca balik alamat yang betul.. baru nak mengaku kesalahan.. macam macam lah technician ni.. kadang kadang kita pening ngan diorang tapi kena waktu cuti technician tak ramai rindu plak bunyi bising diorang tu.. bak kata diorang lah penghibur kami.. 


Korang plak macam mana ade tak kes salah dengar? Mesti ada kan.. share sikit.. nak tahu jugak.. hehehehe :)


Salam sayang,,
NURUL


Friday, 2 March 2012

Bila tak dapat nak kawal nafsu..



Nilah padahnya bila nafsu makan tu datang dan tak dapat dikawal






tadi singgah jap kedai kat rumah me
kononya nak tapau fries jer, (teringin nak makan fries)
sekali sampai kedai tgk ade set ayam penyet.. terus order sekali
kebetulan plak hari hujan dan tengok tengok kedai ni x de orang.. 
jadinya singgah lah sekejap layan makanan sendirian..nilah naib orang bujang.. hehehe


Fun fries + set nasi ayam penyet + teh o panas + air panas


Nurul menambah lagi berat badan.. :) 


Salam sayang, 
NURUL







Happy 5th Birthday Nuffnang



Frustnyer 2, 3 hari ni.. Internet kat office dah kena blog..Mood berblogging tu ke laut sikit, kat umah pakai tab.. jadi leceh lah nak update blog..Tapi x mo sedih2.. nak cita pengalaman pertama me yang sangat best ni..


Orang cakap rezeki jangan ditolak.. Bila blogger retis ni offer me untuk jadi quest dia untuk Nuffnang 5th birthday.. dengan cepatnya me setuju cakap nak ikut.. Maka bertempat di hari ahad hari tu berjumpalah kitaorang di Neverland club, Jalan Kia Peng.


Sampai sampai jer terus me cari Blogger retis ni, Pastu baru kitaorang register.. Blogger retis ni datang dengan Abang dia, Hazman si paparazzi.. lepas dah register & ambik goodies beg semua kita bergambar dulu.. ;)



 
Masuk masuk je kat dalam.. tengok tengok dah ramai blogger blogger yang datang, Oh masa tu terasa keciknya dunia.. Yelah ni 1st time me join event Nuffnang.. (inipun sebab KID yang offer), rasa segan yang amat.. Tapi kejap jer perasaan tu.. bila dah bertegur sapa semuanya dah ok.. tak sangka blogger blogger retis ni semua sangat sangat friendly.. ;)


Alyza (baru me tahu rupa-rupanya dia ni jiran rumah me jer) & Si Goyang Inul




Ziera Zain yang cantik


Akhirnya dapat jumpa jugak my idola, Redmummy

 
Memang sangat sangat happening.. dapat kenal dengan blogger blogger yang otai.. Harap harap dapat join lagi.. Special Thanks me ucapkan dekat Blogger retis aka Shahir AF8 aka Shakkido.com sebab sudi invite me jadi quest dia.. Thanks KID.. ;)
Blogger blogger Retis.. ;)







Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy 5th Birthday to Nuffnang
Happy birthday To yooouuu..


Salam sayang,
NURUL

Kredit pic to madammondoq.com


 p/s: x sempat nak bergambar ngan KID :(


Bila hasad dengki menguasai diri..



Salam jumaat semua.. sekejap jer masa berlalu tahu tahu je hari ni dah hari jumaat. Sempena hari yang mulia ni me nak tanya pendapat korang semua pasal orang yang penuh dengan hasad dengki.. 


Kadang kadang payah nak cakap lah dengan orang macam ni.situasi ni berlaku di office me sendiri.. tak taulah apa tujuan dan motif dia.. contohnya DIA suka sangat laga lagakn orang.. lagakan dengan orang tu dengan orang ni.. pastu yang dua orang tu gaduh.. me pernah sekali kononya nak suruh me buat something nak suruh me cakap dengan si A,kononya nak suruh me nasihat si A, tapi sorry me bukan jenis yang suka masuk campur hal orang ditambah plak kawan me pernah pesan supaya hati hati dengan DIA..yang peliknya kenapa DIA tak nasihat sendiri.. eeii lagi sakit hati dpan kita bukan main lagi baik belakang kita rupa rupanya dia ni gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, talam dua muka.. eeii macam macam lagilah boleh diumpakan.. me dah banyak klai kena dengan DIA..DIA cita pasal me dekat si A.. pastu si A tu boleh cita balik dengan me.. teruk betul!


Hmmm tak pelah biarlah DIA dengan dunia dia.. mungkin dia rasa gembira kot dengan kehidupan DIA yang macam tu, pecah belah kan orang.. ada me kisah?? Tapi yang buat me geram dekat DIA pasal internet dkat office.. bukan main lagi me tanye dia semalam pasal intenet DIA ok ke tak.. dia cakap x boleh kena block jugak.. tapi kawan me cakap semalam bukan main lagi dia online, siap boleh tengok movie lagi.. Ya Allah ya tuhanku geramnye.. untuk pengetahuan korang semuani kali kedua intenet me kena block, kali pertama dulu DIA lah penyebabnya.. me dapat tahu ni pun dari budak IT sendiri.. dia yang bagitahu me, siap pesan lagi kalau nak pakai internet hati hati sikit.. (tapi keja me kena ada internet sebab salah satu produk yang kitaorang jual tu kalau nak buat report kena buat online) tapi lagi me suka intenet dah takda jadi keje pun dah kurang.. Tapi geramlah.. takpayahlah nak hasad dengki macam tu. Engkau tak untung apa apa pun.. 




Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau jauhkanlah aku dari perasaan busuk hati dan hasad dengki macam ni.. AMIN.. beringatlah sesama kita yer... HIdup bukanya lama.. sekejap jer.. entah hari ni entah sok entah lusa ALLAH boleh tarik nyawa kita.. Jadi beringatlah kita.. ;) 


Salam sayang, 
NURUL





Wednesday, 29 February 2012

Sesi karok dengan blogger Artis terhebat!!



Hari sabtu yang lepas sekali lagi me drive ke Sunway Pyramid untuk  Meraikan Pemenang contest yang telah dianjurkan oleh Blogger Hot Si Goyang Inul  ni.. Kalau dah bertempat di Red Box mestilah karaoke kan.. Sesi karok kali ni lagi  meriah dan ditambah lagi dengan kehadiran jemputan khas Abang Zarul, Abang ensem , tapi frustnyer bila dapat tahu Abang Eyriqazz tak dapat datang.. tak dapat dengar dia karok.. tapi nak buat macam mana keluarga lagi penting.. lain kali nak dengar jugak dia karok.. hehehehe.. ;)


Antara blogger-blogger Hot yang hadir


Semua tengah tungggu turn nak karok..Yang baju purple tu adik kecik saya Zuan (Pemenang Kedua), si baju biru tu plak si kacak Arelan (pemenang Ketiga)


Dan inilah dia si cantik Diah (Juara contest).. Dan sememangnya pilihan madam sangat tepat.. sebab me terpaku bila dengar suara dia nyanyi.. sangat best!!


Kalau yang ni tak payah cakaplah, dah nama pun Abang Zarul Umbrella, Nyanyi mesti power, tapi malam tu tak berapa banyak lagu lah Abang Zarul nyanyi..


Setelah dapat korek rahsia dari Abang Zarul, maka bermulalah sesi karok Atok Je Jai , kaku kejap.. sebab suara dia sedap.. ;)


Beautiful Girls.. ;)
 
Penampilan terbaru "The bloggers"




Dengan Ariffshah


Dengan Mat Romeo


Blogger retis Abang Zarul


Ni pun retis jugak.. Shahir AF


Inilah dia Abang JeJai jejaka Handsome.. ;)


Terima kasih tak terhingga untuk semua.. sangat2 enjoy dengan kemerduan nyanyian semua..


Salam sayang,
NURUL


Aksi macho Abang Je Jai!!


 
Yesss!!!


Asyik dia jer yang nyanyi
Dari lagu melayu ke lagu inggeris, lagu inggeris ke lagu hindustan
Akhirnya aku (Abang JeJai) berjaya jugak dapat rampas mikrofon dari Juara JKKK Telok Anson!!




Inilah dia aksi macho Abang JeJai 
ada tanda kepuasan & kemenangan kat situ

 


Tengok aksi & bukti Abang JeJai..
Dia sayang nak lepaskan mikrofon tu.. Jadi kenalah bergaya macam ni.. ;)

JANGAN MARAH ABANG JEJAI YANG HENSEM.. ;)


Salam Sayang,
NURUL


Hari ni hari Tahun Lompat!!



Selamat Pagi.. Hari ni berwajah ceria jer datang office
tak tahu kenapa hari ni boleh plak bangun awal
Kalau kebiasaanya
Selagi jam tak bunyi selagi  tu lah me tak bangun


Hari ni ialah 29 Februari 2012





Hari ni muncul hanya 4 tahun sekali dan juga dikenali sebagai tahun lompat
Sempena tahun lompat yang hanya muncul untuk 4 tahun sekali ni
Me nak ucapkan Selamat Hari jadi bagi sesiapa yang menyambutnya
Sapa2 birthday jatuh pada 1 Mac
sabo yer kena tunggu satu hari jer lagi.. ;)


Salam Sayang,
NURUL

p/s: kredit pic to Mr. Google

Tuesday, 28 February 2012

Kaku saya lihat dia berucap.. ;)



Hari sabtu yang lepas me berkesempatan menghadirkan diri ke seminar hartanah yang telah dianjurkan oleh Mat romeo yang handsome ni.. Me menapak kaki je pagi2 tu dah penuh dengan perserta2 seminar.. Terasa sengan nya diri ini.. Masuk2 je dah nampak muka artis ni.. dan seperti yang dijanjikan berdating dating lah kitaorang hari tu KID, Arif Dan Abang Zarul.. hehehe memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. ;)




Seminar bermula awal 10 minit, Oh kaku sekejap masa Mat Romeo ni bukak mulut untuk memulakan majlis.. Kaku sebab perbezaan perwatakan yang ditampilkan. Ini pertama kali me menghadirkan diri untuk seminar hartanah macam ni, memang sangat bagus untuk orang macam me yang ada niat untuk beli rumah.. Memang banyak ilmu yang me dapat dari seminar, me pernah keje dengan lawyer firm untuk urusan pembelian jual beli rumah & loan.. Kira adalah sedikit pengalaman kerja yang me masih ingat sampai sekarang..  Kiranya kalau orang nak tipu tu me boleh tahu lah..



Masa rehat makan dulu ;)


Buat pengetahuan korang memiliki rumah sendiri adalah salah satu impian yang paling utama dalam hidup me.. Bagi orang yang belum pernah memiliki rumah sekrang ni kerajaan bagi bermacam macam kelebihan, macam yang me tahu Skim Rumah Pertama.. Tapi nak beli rumah kena kukuhkan kewangan betul tak.. bukan nya suka suka je boleh beli, kita kena kaji jugak tahap kewangan kita..


Abg Zarul, Arif Shah & Me yang chubby





Sekali lagi me nak ucapkan TERIMA KASIH buat Abang Ensem sebab bagi kesempatan buat me untuk join Seminar dia yang sangat dipenuhi dengan Ilmu Hartanah..memang patutlah Abang ensem digelar jutawan hartanah, kini rahsianya di dalam genggaman tanganku, hehehehe  ;)



Terima Kasih daun keladi,
Lain masa jemputlah lagi ;)



Salam sayang,
NURUL

Monday, 27 February 2012

Siezuka jumpa Shahir AF8!!




inilah dia kembar Shahir AF8 aka Shakiddo, hehehehe ;)



Shahir & Siezuka


Bersambung next entry.. ;)

Salam Sayang,
NURUL




Sunday, 26 February 2012

Tercapai jua akhirnya! Terima Kasih YanaSuperFriends



Terima kasih YanaSuperFriends!! Sebab korang semua me boleh jumpa dengan cinta saya Wawa aka Yana Samsudin , hehehe jadinya masa tonton Adnan Sempit 2 hari tu dapatlah me tunaikan hajat me.. nak bagi pengganti diri dekat Yana Samsudin!!  



Comel kan.. ;)



IMG 1568 Yana Superfriend Meet Up di Pratonton Adnan Sempit 2
pinjam gambar akak Pen merah ;)


Inilah dia antara sebahagian YanaSuperFriends yang sangat sporting, Me balik awal hari tu, kepala dah berdenyut2.. mau tak berdenyut, habis keje terus g sunway pyramid.. dengan x mandi tak apanya..hehehe ;)


Ucapan Khas Yana Samsudin buat semua Peminat Adnan Sempit 2

 






Salam sayang,
NURUL


Friday, 24 February 2012

Korang rasa perlu ke pengganti diri?


Sebenarnya dah lama nak publish entry ni, tapi malu plak..  Sebenarnya ada sorang blogger ni bagi me dia sangat otai dalam dunia blogging ni. Dia ada nasihat me buat kad sebagai pengganti diri, tapi bagi me terlalu awal & sebenarnya me berblogging ni pun sekadar untuk personal blog.. diari hidup..& yang paling utama me terlalu baru dalam dunia blogging ni..


Tapi sekarang ni jer asyik pergi sana pergi sini.. Nak tau bila me bermula?? me bermula sejak mula berjumpa dengan Bro Framestone nilah asyik ke sana ke sini. Hehehe tima kasih Bro sebab selalu ingat Nurul ;)


Ok balik pada pengganti diri.. Kat office me ade designer untuk office.. jadi ade satu hari tu saje2 me tanye dia boleh buat ke tak.. pastu dia jawab boleh.. dan ini lah hasilnya.. Time kasih Kak Liza.. Korang semua ok tak?? bagi komen sikit.. ;)




Salam sayang,
NURUL