Friday, 24 June 2011

Kerana Iphone 4


Remaja mahu jual dara beli iPhone 4

BEIJING: Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri.

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.
Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu.

Remaja Guangdong itu turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup menjual daranya kepada sesiapa yang membelikannya iPhone 4. – credit to berita harian

GILA kerana nak gadget yang mahal tu sanggup gadai maruah.. ni mesti tak lain tak bukan pengaruh rakan-rakan. Malu ngan rakan-rakan sebab tak dapat memiliki, so sanggup ambik jalan singkat jual maruah, benda yang paling senang dalam dunia ni untuk dapat duit. Macam - macam hal remaja zaman sekarang ni..

Salam sayang,
Siezuka


No comments: