Sunday, 19 June 2011

Kesan Ubat


Me memang tak suka ubat batuk, tapi disebabkan batuk yang tak ade tanda2 nak sihat hingga suara pun dah sengau, so terpaksalah jugak me ambik ubat batuk tu, Mase hari rabu g klnik mediviron tu dr. memang dah bagi ubat batuk, me ambik ubat batuk tu, tapi batuk tak hilang ditambah plak dapat selsema.. Oh memang tak suka sangat keadaan ni. So, semalam lepas habis keje, terus g ambik keta yang hantar servis, by the way thanks Kak su coz sanggup tolong me g hantar kete kat perodua.. lepas ambik keta terus direct g klinik kumpulan medik kat damansara utama, tunggu kat setengah jam jugak, sebab me sampai sana waku lunch diorang.. nasib baik mase diorg bukak tu x ade org, so tak der lah me tunggu lame sangat.. cam biase, bagi ubat demam, selsema, antibotic & batuk..  yang ubat demam & antibiotic tu me ok jer nak telan, tapi yang tak suka ubat selsema & batuk, bukan apa, makan ubat ni dia buat badan kita lemah.

Balik tu lepas makan terus telan semua ubat mengikut saranan doktor. Dalam setengah to 1 jam lepas makan ubat jer badan dah rase letih yang teramat sangat, so ape lagi tido lah.. Me dah janji ngan Tom petang tu nak g Ikano, so me dah siap2 pesan kat Tom kejutkan me bangun tido. Dalam pukul 7 me sedar, itupun sebab bunyi bising. Bangun tido tengok2 kat dua2 tepon me, ade banyak gila miss call & msg from Tom, call dia balik, sorylah Tom memang badan penat sangat bahana ubat batuk. So cancel lah plan me nak g ikano.

Tapi yang best demam tapi selera makan mengada-ngada, hari jumaat nak makan nasi ayam bakar, ni semua gara-gara teringat mummy si kembar belikan tuk me.. memang sedap+murah & ayam dia besar. So hari jumaat hari tu si wawa lah yang bawak me naik motor dia g beli nasi ayam bakar tu, hari sabtu plak lepas g klinik, beli nasi ayam hainam yang sedap kat damansara utama tu, me nak sup dia jer.. coz sup dia sedap.. sampai 2 me beli sup dia, pastu malam tu plak ngada-ngada ngan Tom nak makan chicken chop kat food court damasara utama tu, kesian kat Tom balik keje, layan je ape yang me nak, so dia tapaukan tuk me.. makan separuh jer dah kenyang.. tapi chicken chop ni memang sedap + murah.. memang ngada-ngada sangat selera makan ni.. tapi terfikir plak, kalau Tom kahwin sape lah plak yang nak layan perangai me yang ngada-ngada ni.. huhuhu..


chicken chop sedap..


Salam Sayang,
Siezuka

No comments: