Friday, 10 June 2011

Demi Rezeki





DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN... Seorang tukang gunting rambut berusia 50-an berbangsa Cina yang lebih dikenali dengan panggilan 'Hani' sedang memotong rambut pelanggannya berhampiran jeti Sungai Bintangor di Pekan Bintangor di Sarawak. Bagi dirinya, dengan upah serendah RM2 bagi kanak-kanak dan RM3 bagi dewasa itu amat memadai sebagai sumber pendapatan seharian untuk meneruskan hidup daripada mengharap belas kasihan orang.. credit to berita harian

Hanya perasaan bangga jer dapat me cakap bila baca ni.. dekat mane2 pun tak akan menjadi halangan untuk mencari rezeki, Tak kenal erti penat lelah, panas dan hujan.. Me boleh cakap upah yang diambil teramat lah murah.. sebab hari tu mase me g kelantan potong rambut kat sana pun dewasa RM6, kanak-kanak RM4, kalau kat KL lagi lah mahal paling kurang RM15..

Me paling tak suka ngan orang yang suka minta sedekah.. bukan ape kalau diorang betul2 kurang upaya kite nak bagi pun rase ikhlas jer.. tapi ni tak, siap bawak teman yang sihat walafiat.. tak tahulah peneman tu anak ke, kawan ke.. tapi kalau anak lebih baik lah kita cari keje suruh lah Mak ngan ayah duduk rumah, diorangkan dah tua tak sepatutnya merempat jalan ke sana, jalan ke sini, betul lah orang cakap Mak ngan ayah boleh jage anak berbelas-belas orang, tapi anak zaman sekarang tak mampu nak jaga mak ngan ayah seperti mana diaorang jaga kite masa kita kecik.. Ya Allah ya Tuhanku mintak jauhlah semua ni daripada me.. dan alhamdullillah setakat ni kebahagian Ma paling penting untuk me..syukur sangat-sangat..

Salam sayang,
Siezuka




No comments: