Tuesday, 31 January 2012

Penangan jumpa Abang Ensem


Hahahaha tajuk bukan main lagi.. yelah hari ahad hari tu kan me dapat jemputan dari blogger famous ni, so kebetulan terjumpa dengan Abang Ensem ni.. masa jumpa ngan dia hari tu teringat balik dia pernah tegur kenapa dengan mata nurul? Me dengan selamber je jawap tak cukup tido..hehehehe..sebab ingatkan tak cukup tido.. ok balik pada cita asal.. yang pasal jemputan tu nanti me cita next entry.. hari ni me MC.. korang nak tahu kenapa..kiranye ni penangan jumpa Abang Ensem jugaklah.. hehehe


Semalam me pergi kerja dengan mata bengkak sebelah kiri.. semalam pun dah confius nak g keje ke tak.. tapi oleh kerana kat rumah ni tak ada apa apa takut boring dok sorang sorang.. so me dengan mood happy nya g jugak keje. Sampai je office offcourse lah Nita jiran sebelah yang  memang selalu alert dengan perubahan me bertanya "What happen to your eye?" so mejawab lah mungkin salah makan.. sebabnya pagi hari ahad yang lepas me ada makan kuey teow yang segera punya,ala macam maggi cup tu.. me dapat free sebab beli majalah mingguan wanita masa dekat karnival karangkraf.. oleh kerana nak tahu rasa dia macam mana..untuk pengetahuan korang kuey teow segera ni ade 2 perencah yang tersendiri.. perencah dia dicampur sekali dengan kerang yang telah diawet kot.. kalau tak salah me lah.. rasa dia bole tahan, sedap jugak tapi tak habis pun lagi me makan kuey teow tu muka me dah start gatal dan merah2. kejap jer.. lepas tu dah ok..so me tak hiraukan apa apa lah. sebab semua dah ok.. ahad petang tu me bertentang mata dengan Abang Ensem dan dia bertanya yang kat atas tu.. 





Jadinya pagi tadi jam dah berbunyi pukul 6, bangun, Ya Allah sakitnya mata.. makin bengkak plak padahal semalam sebelum tido tu me dah  sapu minyak dah, tapi tak jadi jugak. so bangun belek belek mata depan cermin settlekan apa yang patut, sambung tido..lepas tu me tekad kena g klinik jugak..  last last sedar sedar pukul 11 pagi.. apa teruknya nurul membuta..bangun mandi siap siap terus pergig klinik.. jumpa je doktor me terus cakap mungkin kena ketumbit, sebabnya akak kat office cakap mungkin kena ketumbit.. ala me ni orang terengganu, kat terengganu panggil timbir..pastu keputusannya doktor cek dia cakap bukan timbir.. tapi alahan salah makan.. dan memang tak salah lagi mesti kuey teow segera tu.. sebabnya ni first time me jadi macam ni.. malu kot, sampai nak g beli nasi tengahari pun malu malu yelah mau tak malu muka dah macam orang kena tumbuk.. cuma tak lebam jer.. huhuhu.. nasib baik doktor bagi MC kalau tak macam mane lah nak g keje ngan mata bengkak camni, harap harap esok surutlah bengkak dia.. dah lah esok office buat makan makan untuk meraikan tahun baru cina.. Tapi ni semua ujian dari Allah s.w.t. ni semua tanda ALLAH sayang kita.. ni baru sikit je nurul, orang lain yang sakit macam macam tu sabar je diorang hadapi semua dugaan yang menimpa.. Syukur alhamdullillah dengan keadaan kesihatan yang Allah berikan kepada me, me doakan korang semua berada di dalam kesihatan yang baik hendaknya.. AMIN.. 


Salam sayang, 
NURUL




10 comments:

Eyriqazz said...

hik3..sampai sakit mata dek penangan kenyit mata abang ensem?hihihih..

sitihanisahali said...

teruk nye alahan.get well soon :)

abang ensem said...

Erkk.. speechless.

KiD said...

hahahaaha.. main kenyit mata laaa nih.. hahaha

Zarul said...

tu lah mu,maing mate lagi ngang AE dok pasa2 mate naik timbir mung...orang tgannu rupenyer

Cik FaRiZaM said...

haha.....main mata dlm diam dgn AE.dpn kami tak main pon.hehe~ sbb ni la nurul MC yer?

Cik Akmal said...

Bro Eyriqazz: Hahahaha tulah pasal..

Cik Akmal said...

Siti hani sahali: Thanks dear.. ;)

Abang Ensem: hahahaha

Cik Akmal said...

Abg Zarul: Kt org ganung ler.. Ae yg nok maing mate nge nurul.. ;)

Cik Akmal said...

Kak Faz: hahaha sebab ni ler.. teruk kan.. ;)