Sunday, 8 January 2012

Pengalaman paling Seram pernah dilalui



Pengalaman paling seram me pernah lalui.. rasanya masa time belajar sekolah teknik dulu lah.. me sekolah dekat satu sekolah teknik kat kelantan, dah nama sekolah teknik mesti kena dok asrama. sekolah kitaorang adalah sekolah yang kedua tebesar di malaysia.. asrama kitaorang paling last sekali kat dalam sekolah, asrama perempuan terletak dekat sebelahnya hutan dan jugak dekat dengan highway. asrama perempuan plak ade blok lama dan blok baru.. me plak dok blok lama..


Ni memang first time me duduk asrama dan jugak 1st time me berjauhan dengan family..tapi oleh sebab me nak sambung study fashion design so Ma bagi me masuk sekolah teknik ni.. ok balik pada cita asrama masa form 4 me ni jenis yang tak tahu pasal histeria.. seingat me masa tu kitaorang tengah study malam kat bilik study sementara nak tunggu makan malam.. bilik study untuk penghuni blok lama kat sebelah asrama manakala untuk asrama baru dekat bawah asrama diorang.. masa tengah study tu, tiba tiba dengar suara menjdierit dekat bilik study blok baru, me dengan kawan kawan me dah mula takut, pastu dekat blok me jugak ada yang menjerit.. sekejap blok lama sekejap blok baru..menjerit jerit, mengamuk ngauk, ada yang senior ktaorang kena kejar..ya Allah takutnya.. tuhan je tahu.. warden semua dah sampai, pastu sekejap tu ustaz sampai.. kitaorang semua disuruh bekumpul di surau..tak dibenarkan naik atas asrama, tapi kawan me dua orang pergi jugak naik atas asrama sebab tertinggal kad pelajar, so takut kena marah..diorang naik jugak..tapi bila diorng datang  balik kat surau muka diorang dua orang tu pucat.. kita tanya diorang diam jer.. pastu balik plak cita yang kena histeria tu ustaz baca ayat suci Al Quran, letak lada hitam kat hujung kaki, ade yang ok dan ade yang melawan balik.. tapi kitaorang yang menunggu kat surau tu penat sangat ditambah dengan takut lagi.. around pukul 2 pagi macam tu baru kitaorang dibenarkan naik asrama masing masing tanpa makan malam.. malam tu jugak kitaorang satu dorm seramai 20 orang tu tidur dengan rapatkan kaltil dan me malam tu jugak tido dengan bebekalkan surah Yasin ..




Penatnya hanya tuhan je tahu, yelah pagi pagi lagi dah bangun kena pargi kelas.. tapi hari tu cikgu bagi kitaorang rehat je.. sebab semua kepenatan.. dan me tanya balik kawan me napa muka diorang pucat lepas ambik kad pelajar.. diorang dua orang tu nampak benda macam kain putih terbang dari bilik dorm masuk ke dalam toilet.. esoknnya terus diorang demam nak minggu tu jugak dua dua behenti sekolah masuk sekolah biasa.. pastu kitaorang ade jugak tanya budak budak yang jadi mangsa histeria.. diorang cakap masa nak kena tu diorang nampak ada  nenek pakai baju serba putih, kanak kanak pakai baju putih, orang tanpa kepala, rambut panjang sampai kaki... tak tahulah betul ke tak.. tapi masa penghujung tahun senior kitaorang bagitahu sekolah kitaorang ni dulu dulu adalah bekas tapak tentera jepun tinggal.. dan ditambah plak dekat asrama kitaorang tu ade satu lombong.. dekat situ kalau nak lalu pun seram jer..tapi syukur alhamdullillah selama me duduk asrama tak kira lah sekolah teknik ke masa zaman study kat poli ke tak pernah kena kacau lah..apepun korang kena percaya benda ni semua wujud..tapi kalau kita tak kacau dia diaorang tak akan kacau kita..dan perkara paling penting sembahyang 5 waktu jangan tinggal.. tu adalah bekal dan semangat kita..;)




Salam sayang,
NURUL






4 comments:

abang ensem said...

Apasal citer seram kita sama. Ini mesti sebab awak satu sekolah dengan saya, kan?

Cik Akmal said...

hahaha sekolah AE pun ad jugak... a'ah kan AE senior nurul dulu... :-)

Pen MErah said...

awk. nt bg email,nama penuh n num tepon ehhhh. klau boleh kontek kat fb lg cun.hahaaa

Cik Akmal said...

Pen Merah: nanti nurul email dekat akak.. ;)