Sunday, 1 January 2012

Segmen 2011 ke 2012: Sebelum dan Selepas!



Jom join kat sini


Sebenarnya me ni bukan nya jenis yang suka celebrate bagai tahun baru ni, tapi tahun baru kan, sangat bermakna lah bagi me sebuah kehidupan yang baru, kebiasaanya me akan keluar ngan member-member g makan-makan jer.. pastu tengok bunga api dekat rumah jer.. almaklumlah rumah dekat sangat dengan the curve, dekat situ memang tiap-tiap tahun ada sambutan..


Tapi berbeza tahun ni.. sambutan tahun baru hanya dikampung halaman di penang bersama sama dengan family tersayang.. lagi best, Menanti detik 2011 hanyalah diisi dengan sesi menonton tv bersama keluarga, dan sesampainya detik 2012 sudah berada di atas katil dengan diiringi bunyi bising kesan dari dentuman bunga api diluar rumah dan me flashback balik apa yang telah dilalui sepanjang 2011 dan berjanji pada diri sendiri agar tahun 2012 semoga segala kehidupan berjalan dengan lancar.


Salam sayang,
NURUL




No comments: