Friday, 20 January 2012

Food Review by My Chef



Sebelum me berkarok dengan blogger blogger artis tu me sempat pergi ke Food review my chef dulu dekat The Tranquerah Restoran Dataran Sunway, Kota Damansara. Thanks Broframestone sebab sudi ajak me :)


Ni first time me join event event macam ni.. Memang best sangat. Ok Kalau korang nak tahu My Chef disediakan  dengan bahan-bahan semulajadi  dan segar serta  di masak dengan gaya kontemporari , ianya menyediakan makanan yang sehat dan berkhasiat serta bertaraf masakan antarabangsa. myChef menyediakan 14 maskan yang berbeza yang mempunyai Signature Series. Di ilhamkan dari masakan Melayu tradisional, Nyonya, resipi Barat (Western) dan Asia oleh selebriti Chef Malaysia tersohor iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato' Chef Ismail dan Chef Zam. 




Salah satu  ciri menarik tentang produk myChef ianya mempunyai traffic lights colour coded" (FP) di bungkusan bagi membantu pengguna memilih diet yang lebih sehat Warna Hijau menandakan low content yang merupakan pilihan yang sehat , Amber pula  melambangkan medium content  dan merah pulak mewakili high content sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Uk's Food Standard.  



Hanya memilih bahan-bahan segar dari pasaran  kesemua hidangan dimasak dalam persekitaran yang bersih, memenuhi piawaian bertaraf dunia untuk pengendalian makanan dan keselamatanmyChef  Signature Series menawarkan penyelesaian gaya hidup yang baru dan cara baru memasak kerana mereka begitu mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk trend dan gaya hidup hari ini bagi kebanyakan orang untuk mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.



Ready-to-serve meals adalah penyelesaian gaya hidup yang sempurna. Tidak ada lagi  kepenatan memasak di dapur atau membersihkannya, seseorang itu boleh mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan tidak perlu  bimbang tentang pengambilan pemakanan mereka.

Ayam Pongteh--boleh tahan


Butter Rice Pillaf--Me dah try ni kat food review & try kat rumah pun--sedap, nasi lembut jer


Semur daging betawi-oleh kerana me ni jenis kurang makan daging, boleh tahan jugaklah


Chicken Makhani--ada campuran yogurt, Best + sedap


Ikan Gerang Assam--yang ni memang super sedap, me akan beli untuk Ma ;)


Beef Stroganoff--ni pun sedap, bagi orang nak diet macam me ni memang layak sangat


Cantik Menarik Tertarik kau memang da boomm.. ;)


Cheff Florance


Me & Chef Florance


Iera, Me & Raja Ida


Ok, apa tunggu lagi cepat cepat pergi cari dekat Tesco & Giant berdekatan dengan rumah korang semua. Memang rugi kalau korang tak rasa ni, Orang bujang macam me ni memang sesuai sangat dengan produk myChef ni..Me dah jatuh cinta dengan Ikan Gerang Assam. Suka sangat.. ;)


Salam sayang,
NURUL


Credit info myChef by Kak Ina KL

2 comments:

AJ said...

ahh,tidak..framestone pilih kasih..tak ajak pun saya..huhuhuhu...

Cik Nurul said...

hehehe ni pun last minute dia ajak nurul... :-)