Monday, 20 February 2012

Bila orang Sarawak datang KL



Hari sabtu yang lepas kawan me dari Sarawak (ex budak office) Doris & kawan dia datang rumah me, Kalau korang nak tahu dah lama tau kitaorang tak jumpa rasanya adelah dekat 2 tahun. Seperti yang dijanjikan kitaorang jumpa dekat The Curve, sampai jer kat sana kitaorang terus g jalan jalan sekitar Curve, bawak diorang nak shopping, Lepas tu me bawak diorang g IKEA. Perkara wajib kalau korang g IKEA sudah semestinya kena makan Meatball..Ramai sangat orang ahri tu, tak pernah2 me g IKEA kena beratur sampai panjang macam tu.. Nak makan meatball punya pasal, beraturlah jugak.. ;)


Meatball & Pasta


Kawan Doris, Doris (si baju merah) & Me yang makin chubby


Lepas perut dah kenyang apelagi jalan jalan pusing IKEA lah plak.. Si Doris ni pantang nampak cermin, bila nampak cermin jer dia akan betulkan rambut dia.. Me panggil dia Doris si Cermin.. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak posing hehehehe ;)

Si Doris & Kawan dia


Mata me belum baik lagi.. sebab tu menyamar di sebalik cermin mata ;)


Lepas dah penat pusing pusing IKEA, so kitaorang balik rumah dulu, sebab malam tu me janji ngan diorang nak bawak diorang pusing2 dekat Uptown Kota Damansara yelah malam2 ni yang tu jelah paling tempat yang me tahu..Terlupa plak nak ambik gambar.. Malam tu bukan diorang je yang shopping dengan me sekali terjebak.. al maklumlah me pun dah lama tak g sana.. :(


Pagi Ahad tu plak diorang request nak makan Roti Nan..diorang cakap kat sarawak tak de.. Me bawak diorang pergi dekat Sunway Giza, kat sana banyak kedai mamak yang buka 24 jam.. kalau kat rumah me pagi2 camtu x de roti nan..


Muka orang hepi dapat makan roti nan.. Me pagi2 dah bantai nasi.. laporr.. ;)


Tengok besar kan roti nan, Yang ni roti Nan cheese, sedap jugak


Lepas dah makan, me bawak diorang pusing pusing Sunway Giza, lepas tu balik rumah sementara nak menunggu adik Doris datang ambik dia.. sebab nya diorang kena check in hotel pukul 2.. Hotel dekat KL.. sorry yer Doris.. sebab me tak berapa tahu  & tak berani nak drive dekat KL. Kalau nak hantar diorang tu me berani lah sebab diorang ada, takutnya nak balik tu x berani nak drive sorang2. To Doris si cermin, nanti jemputlah datang lagi, nak menunggu kita datang sarawak tak tahulah bila.. huhuhu, take care dear.. ;)


Salam sayang,
NURUL


5 comments:

Eyriqazz said...

meatball ikea...nyam2..sedappp....

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu klu ikea msti meatball..haha aik sabah ke sarawak ni? confuse jap

Cik Nurul said...

Bro Eyriqazz: Sedappp.. jom lah dtg jenjalan kat sini.. ;)

Cik Nurul said...

ZuaN: A'ah.. dah serasi kan.. sarawak lah dik.. ;)

Cik Nurul said...

Zuan baru perasan tajuk salah lah.. Malu jap ;)