Wednesday, 22 February 2012

Preview Filem: Adnan Sempit 2


Seperti yang korang tahu Adnan sempit telah kembali dengan Adnan Sempit 2 dan seperti yang korang tahu jugak Adnan Sempit 1 telah mencatatkan sejarah dengan kutipan 7.8 juta..




Dan semalam telah berlangsungnya preview filem Adnan Sempit 2, yang berlangsung di TGV, Sunway Pyramid. Dan seperti yang dijangkakan, Memang sangat BEST!.. Dari awal movie sampai lah tamat movie.. kiteorang semua asyik gelak jer.. Kalau tak tak akan lah penuh pawagam hari tu, dan tak pernah2 preview filem ade dua hall tau.. Tapi semalam ade dua hall.. Kalau Korang tak caya tengok trailer kat bawah ni.. Lawak der!!





Sinopsis Filem


Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.


Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.


Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.


Memang lawak der, seperti yang korang tahu Adnan Sempit ni akan mula tayang pada hari esok, tetapi disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakan & hebat Filem Adnan Sempit ni akan bermula tayang pada malam ni.. yes! MALAM NI.. 22 Februari 2012.. so apa tunggu lagi, cepat pergi booking tiket sekarang!!!


Bak kata Mejar David Teo

Mat moto menunggang kuda
Selamat menonton Der!!

Salam sayang,
NURUL





5 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hahahah pantu mejar pun dah cukup lawak... sam ni makin menjadi2 la.. tp director #2 ni lain kan? no longer ahmad idham

hazman aka species1980 said...

setiap kali ucapan time press screening DAVID TEO memang tak tinggal pantunnya...punnn....

Cik Nurul said...

Zuan: Mejar cam biasa lah.. kalau tgk raja lawak lagi gelak..sam memang pelakon hebat, a'ah dia dah tukar director..Ismail bob hasim ;)

Hazman: tulah pasal kan.. usaha mejar nak cakap bahasa melayu.. ;)

nuRuL aZieRa said...

Nurul!! =) memang best kan cite adnan sempit II!!

Cik Nurul said...

Ziera: memang best.. ;)