Tuesday 31 January 2012

Penangan jumpa Abang Ensem


Hahahaha tajuk bukan main lagi.. yelah hari ahad hari tu kan me dapat jemputan dari blogger famous ni, so kebetulan terjumpa dengan Abang Ensem ni.. masa jumpa ngan dia hari tu teringat balik dia pernah tegur kenapa dengan mata nurul? Me dengan selamber je jawap tak cukup tido..hehehehe..sebab ingatkan tak cukup tido.. ok balik pada cita asal.. yang pasal jemputan tu nanti me cita next entry.. hari ni me MC.. korang nak tahu kenapa..kiranye ni penangan jumpa Abang Ensem jugaklah.. hehehe


Semalam me pergi kerja dengan mata bengkak sebelah kiri.. semalam pun dah confius nak g keje ke tak.. tapi oleh kerana kat rumah ni tak ada apa apa takut boring dok sorang sorang.. so me dengan mood happy nya g jugak keje. Sampai je office offcourse lah Nita jiran sebelah yang  memang selalu alert dengan perubahan me bertanya "What happen to your eye?" so mejawab lah mungkin salah makan.. sebabnya pagi hari ahad yang lepas me ada makan kuey teow yang segera punya,ala macam maggi cup tu.. me dapat free sebab beli majalah mingguan wanita masa dekat karnival karangkraf.. oleh kerana nak tahu rasa dia macam mana..untuk pengetahuan korang kuey teow segera ni ade 2 perencah yang tersendiri.. perencah dia dicampur sekali dengan kerang yang telah diawet kot.. kalau tak salah me lah.. rasa dia bole tahan, sedap jugak tapi tak habis pun lagi me makan kuey teow tu muka me dah start gatal dan merah2. kejap jer.. lepas tu dah ok..so me tak hiraukan apa apa lah. sebab semua dah ok.. ahad petang tu me bertentang mata dengan Abang Ensem dan dia bertanya yang kat atas tu.. 





Jadinya pagi tadi jam dah berbunyi pukul 6, bangun, Ya Allah sakitnya mata.. makin bengkak plak padahal semalam sebelum tido tu me dah  sapu minyak dah, tapi tak jadi jugak. so bangun belek belek mata depan cermin settlekan apa yang patut, sambung tido..lepas tu me tekad kena g klinik jugak..  last last sedar sedar pukul 11 pagi.. apa teruknya nurul membuta..bangun mandi siap siap terus pergig klinik.. jumpa je doktor me terus cakap mungkin kena ketumbit, sebabnya akak kat office cakap mungkin kena ketumbit.. ala me ni orang terengganu, kat terengganu panggil timbir..pastu keputusannya doktor cek dia cakap bukan timbir.. tapi alahan salah makan.. dan memang tak salah lagi mesti kuey teow segera tu.. sebabnya ni first time me jadi macam ni.. malu kot, sampai nak g beli nasi tengahari pun malu malu yelah mau tak malu muka dah macam orang kena tumbuk.. cuma tak lebam jer.. huhuhu.. nasib baik doktor bagi MC kalau tak macam mane lah nak g keje ngan mata bengkak camni, harap harap esok surutlah bengkak dia.. dah lah esok office buat makan makan untuk meraikan tahun baru cina.. Tapi ni semua ujian dari Allah s.w.t. ni semua tanda ALLAH sayang kita.. ni baru sikit je nurul, orang lain yang sakit macam macam tu sabar je diorang hadapi semua dugaan yang menimpa.. Syukur alhamdullillah dengan keadaan kesihatan yang Allah berikan kepada me, me doakan korang semua berada di dalam kesihatan yang baik hendaknya.. AMIN.. 


Salam sayang, 
NURUL




GA PERTAMA SICANTIK SIEZUKA



Dah lama me rancang nak buat GA ni.. tapi oleh kerana masa yang tidak mengizinkan so terbuku dalam hati jelah. TAPI, berita baik untuk rakan rakan blogger yang comel cantik handsome sekalian..GA pertama dari sicantiksiezuka.. Jemput join yer kawan-kawan.. ;)





SYARAT-SYARAT:-

1. WAJIB lah menjadi FOLLOWER blog ini

2. Tajuk Entry, GA Pertama Sicantik Siezuka

3. Like Fan Page Sicantik Siezuka dekat SINI

4. Copy BANNER Siezuka kat atas ni dan link kan ke entry ini

5. Dalam entry tu WAJIB bagi komen tentang blog ini (Kelebihan & kekurangan)

6. Tag 2 orang kawan anda yang comel-comel & handsome-handsome, pastikan diorang tahu

7.  Last, Letakkan link korang kat komen entry ini



HADIAH-HADIAH:-

PERTAMA



KEDUA



KETIGA



KEEMPAT



KELIMA



PEMENANG BERTUAH



Keputusan pemenang me akan pakai Random.org.. dan pemenang bertuah tu me akan pilih sendiri.. ;)


TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2012


Salam sayang,
NURUL


Monday 30 January 2012

Khas buat Pembaca Siezuka dari Yana Samsudin



PENTING!!!


sambungan dari Entry yang ini
Khas buat pembaca setia


sicantiksiezuka.blogspot.com


Dengan Bangganya me bawakan VIP Untuk blog Sicantik Siezuka




dengan bangganya bagi ucapan untuk pembaca pembaca setia sicantik Siezuka, Harap korang semua enjoy dan teruskan bagi sokongan dekat blog ni & Jangan lupa Untuk bagi sokongan terus terusan dekat Kak Yana Samsudin.


ENJOY THE VIDEO!!!




dan jugak jangan lupa Undi untuk Yana Samsudin   
Untuk Pelakon Filem Wanita Popular
Dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012

 

Undi SMS "BH ABP G05"
atau
"BH ABP BPP G05"
hantar ke 33333
 

Dan Like FB  Yana Samsudin &
 
 
 
Salam sayang,
NURUL
 

 
P/s: Gambar comel Kak Yana & Yana Super Friends di Karnival Karangkraf akan menyusul di next entry, Tunggguuu.. ;)


Ucapan Dari Yana Samsudin Khas Untuk ABPBH 2012







Special Thanks to Kak Yana Samsudin & Yana Super Friends


Jangan Lupa VOTE Yana Samsudin Untuk Pelakon Filem Wanita Popular
Dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012

Cara Undi senang jer ;)


Undi SMS "BH ABP G05"
atau
"BH ABP BPP G05"
hantar ke 33333

Dan Like FB  Yana Samsudin &



P/s: Gambar comel Kak Yana & Yana Super Friends di Karnival karangkraf akan menyusul di next entry, Tunggguuu.. ;)


Salam sayang,
NURUL


Di sebalik tabir Sidang Media Pilih Kasih Musim Ketiga



Sambungan pada cita yang INI. Korang dah tahu kan minggu lepas me berkesempatan hadir ke sidang Media Pilih Kasih besempena dengan Musim terbaru Pilih Kasih 2012 dekat Holiday Villa, Subang. Pada hari tu jugak memperkenalkan 3 pengacara untuk program yang berlainan iaitu Reza Mohamad dikekalkan sebagai pengacara Pentas Pilih Kasih, Eisya Toh pula dipilih sebagai pengacara Pilih kasih manakala Muaz Mohamed diberi tanggungjawab untuk mengacara Kisah Pilih Kasih.


Majlis hari tu dimulakan dengan Bacaan doa dan Memperkenalkan 3 pengacara yang mengacara majlis pada hari tu iaitu Reza Mohamad, Muaz Mohamed & Eisya Toh. Diorang ni jugak merangkap pengacara untuk Program Pilih kasih Musim tebaru, kalau korang nak tahu program ape boleh refer kat SINI. Lepas tu ucapan daripada Abang Rosyam Nor dan disambung dengan sesi memperkenalkan 16 peserta Pilih Kasih Musim Ketiga, Kalau korang nak tahu jugak diorang sipa buat persembahan lagi.. kira kitaorang ni orang yang bertuah lah sebab orang yang pertama tengok persembahan diorang.. Lepas tu majlis disambung dengan Sesi Sidang Media & apalagi makan makanlah.. heehehe ;)







Persembahan dari para Peserta

Ingat tak sebelum INI me pernah bagitahu yang me dah ada peserta kegemaran me.. 2 orang ok, Jeng jeng jeng.. kat bawa nilah orang nyer.. ;)


Yang Pertama

Cantik kan, mesti Abang ensem ni berkenan kat dia.. ;)


Inilah dia


REEN RAHIM

Umur : 24 Tahun
Asal : Selangor
Karakter : Peramah, Mudah bergaul & Rajin
Filem Kegemaran : Lagenda budak setan & KL Gangster

Korang jangan lupa undi untuk Reen tau
senang jer cara dia

Pkundi/3/5/10 reen hantar ke 33199


Yang Kedua


Yang ni plak comel kan.. kecik jer dia


AI IQMAL

Umur : Baru 18 Tahun
Asal : Negeri Sembilan
Karakter : Periang Kadang kala lebih gemar mendiamkan diri
Filem Kegemaran : KL Gangster

Kalau korang nak Vote AI ni senang jer,
cara cara dia sama jer..

Pkundi/3/5/10 ai hantar ke 33199
Semoga berjaya!!

 

Dengan Abang Rosyam Nor yang handsome lagi bergaya.. ;)


Erra Fazira yang Gojes



Lisdawati, macam tak percaya jer dia dah kawen.. body dia macam anak dara ok.. ;)


kawan kawan yang baru kenal.. akak akak dari Sinar Harian & Kak Roshidayu

Diorang ni sangat sporting Kak Roshidayu, Abang Shahrulhairy &
Namia Cinta

 


Kitaorang yang comel Nisa Kay, Pen Merah & Me yang semakin chubby.. ;)


Terima kasih yang tak terhingga buat pihak Pilih Kasih Musim Ketiga & Suhan Movies sebab sudi jemput kitaorang. Dan Semoga Berjaya untuk Pilih Kasih Musim Ketiga, semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.. AMIN.. & Semoga berjaya buat kesemua 16 Peserta.. ;)


Salam sayang,
NURUL






Pilih Kasih Musim Ketiga









Minggu lepas me berkesempatan menghadirkan diri ke sidang media Pilih Kasih. Untuk Musim terbaru Pilih Kasih musim ketiga, program yang akan bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 25 Januari ini bakal memaparkan beberapa pembaharuan bagi memantapkan lagi persembahan    dan pengisiannya. Selepas menjelajah tujuh lokasi termasuk  Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Sarawak, Kuantan dan Kuala Lumpur bagi mencari bakat-bakat baru dalam lakonan, Rosyam akhirnya menemui 16 peserta berpotensi yang diyakini mampu digilap dalam Pilih Kasih.




Inilah 16 peserta, muka muka baru yang bakal menggegarkan Pentas Pilih Kasih Musim ketiga


Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. "PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga. Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.









Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2. Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak  24  episod.  Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional  FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan      untuk    mengacarakan Kisah     Pilih        Kasih.








 
Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam. Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.




Jadi kepada peminat peminat Pilih kasih sekalian nantikan musim terbaru Pilih Kasih musim yang ketiga. Yang telah bermula siaran dengan Kisah Pilih Kasih pada 25 Januari yang lalu.Tak sabar nak tengok Pentas Pilih Kasih.. Sebab me dah ada peserta kegemaran me.. Nak tahu sape.. tunggu next entry.. ;)




Salam sayang,
NURUL



Thursday 26 January 2012

Anastasias Spa Giveaway 2012




Selamat petang, Me nak join GA ni.. ditag oleh bakal pengatin baru Cik May & Cik Wan. Patutlah muka Cik Wan ni berseri seri jer sekarang. Pagi pagi masuk keje muka happy jer.. hahahahaha, Tak nak cakap banyak. Harap harap Adalah rezeki nak menang GA ni.. Dah lama rasanya x manjakan diri :) 


Kalau nak join jom join kat sini


Salam sayang,
NURUL


 

Bahagianya Kalau...



Ooohh.. Alangkah bahagianya rasa kalau hari hari datang kerja sama seperti hari ni.. Hari ni keluar rumah pukul 8 sampai office pukul 8.15 dan sampai je office parking betul betul dekat depan office still ada lagi. Kalau hari hari biasa jangan harap lah nak rasa camni.. kalau pergi kerja around pukul 8 macam ni.. alamaknya double parking lah, kena tunggu technician keluar baru lah boleh parking betul betul.. Nurul tolong lah jangan berangan tinggal esok satu hari je lagi nak datang lambat macam ni.. Adduuuhh bahagianya kalau hari hari macam ni.. ;)


Salam sayang,
NURUL


Wednesday 25 January 2012

Wordless Wednesday: Ang Pau yang comel




Salam sayang,
NURUL



My First Impression About Yana Samsudin



Hehehe tajuk bukan main lagi kan.. Sapa tak kenal dengan Yana Samsudin, ala artis yang terkenal dengan watak Wawa dalam Adnan Sempit & Anje dalam Bini Biniku Gangster. Kalau korang nak tahu me start minat ngan Yana Samsudin ni waktu dia berlakon sebagai heroin dalam drama Lu'lu dekat Astro dengan Farid Kamil. Watak selamber Lu'lu tu menarik minat me untuk tahu siapa dia.. hehehe memang comel sangat dia masa tu.


credit pic : Pen Merah yang comel ;)


BIODATA YANA

NAMA : Norliana Bt Samsudin

NAMA PANGGILAN : Yana Samsudin

TARIKH LAHIR : 25 September 1984

ASAL : Yong Peng, Johor

PENDIDIKAN : Bachelor of Creative Technology (Screen Arts) (Honours) UiTM

BLOG : http://www.yanasamsudin.com


kredit info to Mr Ujang




Dan akhirnya masa Majlis kesyukuran MIG hari tu dapatlah bertentang mata ngan Kak Yana. Memang sangat friendly belum pernah lagi me jumpa dengan artis yang sangat sangat peramah ok, even walaupun dia busy dengan media media yang nak temuramah dia tapi still lagi sempat layan we all hari tu..opps siap pegang tangan kita lagi, sangat sangat terharu.. Masa mula mula sampai hari tu tercari cari jugak mana Kak Yana, rupa rupanya bila tengok acara majlis.. oo patutlah dia tak de kat dewan ni.. Dia ada wat persembahan, nyanyian dengan artis artis MIG. Dah lama me tahu kak yana ni penyanyi sebab sebelum ni dia pernah nyanyi lagu untuk soundtrack filem filem arahan MIG.


Rasanya semua dah tahu kot yang Kak Yana tercalon untuk kategori Pelakon Filem wanita Popular  dalam Anugerah bintang paling popular, So peminat Kak Yana yang tersayang jangan lupa undi Kak Yana ok..


Dan sinonim dengan Kak Yana, Haruslah LOVe.. ;)


Salam sayang,
NURUL


Iron untuk si comel yang tersayang



Sibuk sibuk me berfashion fashion  Mummy si kembar call me, angkat tapi putus.. pastu kejap tu ada orang ketuk pintu rumah.. Bukak pintu tercegak lah Mummy si kembar yang semakin comel tu.. Korang nak tahu tak dia datang buat apa.. Dia datang hantar ni kat me..













Thanks Mummy Si kembar, sanggup datang jauh jauh semata mata nak bagi ni kat Me..


Salam sayang,
NURUL

Majlis kesyukuran & Gong Xi Fa Cai MIG



Hari khamis yang lepas me telah berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis kesyukuran & Gong xi fa cai MIG. Thanks akak Pen Merah sebab sudi jemput jadi pasangan dia hari tu. Bertempat di Sunway kitaorang sampai je trus register, 1st time me hadir majlis yang besar macam ni. penuh dengan artis artis dan rakan media. 

Mr Farid Kamil, sangat tinggi ok



Piere Andre yang sangat peramah


Si comel Yana Samsuddin, next entry me story pasal Yana yang sangat friendly


Si cantik Diana Amir seorang yang suka senyum


Si comel Mia Sara


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk tarian naga, bacaan doa, video tayangan filem filem yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2012 disambung dengan perucapan rasmi Mejar David Teo, persembahan nyanyian dari Yana Samsudin dan artis artis MIG. Lepas tu masa untuk makan.. perut dah lapo, Tahun 2011 ternyata menjadi tahun yang paling gemilang buat Metrowealth (MIG) sebabnya menyumbang sebanyak 22.2% (RM24 juta) daripada jumlah kutipan kasar filem Malaysia iaitu RM108 juta dan sudah sinonim dengan Mejar David Teo setiap rezeki yang dapat haruslah dikongsi, dan dengan itulah ade cabutan bertuah untuk para tetamu yang hadir dan untuk pengetahuan korang jugak hadiah yang disediakan memang mahal mahal dan best best.

 

Yang penting me antara orang yang bertuah tu


Dah nama pun Majlis Gong xi fa cai mestilah dapat ang pau.. setiap tetamu yang hadir dapat ang pau ok..dan isinya pun memang best! majlis diteruskan den gan sesi cabutan bertuah dan diakhiri dengan persembahan nyanyian dari lagu lagu soundtrack filem. Memang best.. Special thanks to Mejar David Teo & Metrowealth pictures untuk event yang besar ni. Semoga berjaya & dapat lebih banyak keuntungan untuk tahun 2012.

Ingat tak pasal entry sebelum ni, pasal ang pau kat sinilah me dapat ;)



Salam sayang,
NURUL


Monday 23 January 2012

Gong Xi Fa Cai, jangan lupa bagi ang pau..



Malam tadi adalah makan besar untuk masyarakat kaum cina, sesi reunion bersama keluarga tersayang, Me paling suka raya cina, sebabya dapat buah limau banyak banyak dan jugak yang paling penting dapat ang pau.. ooohh sangat tak sabar nak masuk keje minggu depan.. nak collect ang pau from technician.. hahaha sebab tahun lepas punya me dapat banyak  ang pau.. tapi tahun ni tak terkecuali jugak.. me dah dapat ang pau sebelum raya lagi.. benilai 3 angka ok.. nak tahu me dapat dari mana..tungguuuu... ;)





SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CAI
KEPADA SEMUA KAWAN ME YANG MENYAMBUTNYA


Salam sayang, 
NURUL

Sunday 22 January 2012

I luv Mum Giveaway @ lindarosman.com

Selamat berhujung minggu.. hari ni dah hari ahad, sekejap jer masa berlalu..me nak join GA dari akak Lindar Osman. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik minat me.. mana tahu dapat kan.. jom kita ramai ramai join kat SINI.






Salam sayang, 
NURUL


Bila Fashion Designer mula bekerja



Fashion designer ker?? hehehe, yelah dah lama sangat kot me stop ambik upahan jahit baju kurung. Stok Kain me yang beberapa pasang tu pun me biar tersimpan rapi kat rumah.. Ma tanye nak upah jahit kat kampung ke tak jual mahal.. Nak jahit sendiri kononya.. last-last hari minggu yang lepas disebabkan ada akak kat office me upah jahit baju, so semangat memotong kain tu ada dengan tiba-tiba.. Sebabnya kalau tukang jahit ni dia ada pantang larang dia.. dia ada hari hari yang boleh potong kain.. ikut pada petua orang dulu-dululah.. hari rabu adalah dilarang sama sekali.. Dan jugak kalau mood tak ada jangan sesekali nak memotong kain.. Alamaknya memang kain kemana, gunting ke mana lah jawapanya..


So balik pada cita hari minggu me yang lepas.. Kebiasaanya hari ahad seboleh bolehnya kalau tak ada apa-apa aktiviti me tak akan keluar rumah.. sebab hari ahad tulah hari rehat untuk me.. Dan dengan penuh semangatnya me memotong 4 pasang kain minggu lepas.. 3  pasang baju me, dan 1 pasang baju orang upah.. Huhuhuhu.. nanti kita tengok hasilnya ok..;)





Salam sayang,
NURUL






Saturday 21 January 2012

Akhirnya Ia menjadi milikku



Akhirnya yang ditunggu tunggu sudah pun tiba oppsss dah diterima..Special thanks to Brother Eyriqazz, Korang semua dah tahu kan me menang GA Brother Eyriqazz. Kalau tak caya tengok bawah ni.. ;)






Jadinya masa sesi Karok blogger artis, Brother Eyriqazz telah menyerahkan hadiah yang me terima.. Me dengan bangganya menerima.. huhuhu bangga kot orang lain x da me ada, jangan jeles.. Tapi sebelum tu kalau korang nak menang jugak Duit malaysia terbaru ni korang boleh try kat SINI. Mana tahu kalau rezeki korang ada..;)




Tapi sebelum tu.. Me tersangat lah jeles dengan Abang Ensem yang kat bawah ni sebabnya dia dapat yang satu set wang malaysia edisi terbaru.. tersangatlah jeles.. Abang Ensem kalau tak nak silalah dengan baik hati bagi kat nurul ok.. hahahaha ;)



 
Korang semua jeles tak??? kitaorang ada.. tapi korang semua belum berpeluang memilikinya hehehehe, kalau jeles cepat cepat join kat SINI. Orang tak akan bagi percuma kat korang.. kena berusaha baru ada kejayaan..

Salam sayang,
NURUL



Friday 20 January 2012

Di sebalik tabir Preview Filem Sumpahan Kum Kum



Sambungan cerita daripada Preview Filem ni ramai jugak blogger blogger yang hadir malam tu. Terima kasih MIG Online dan Pen Merah sudi pilih me. Me sampai sana lambat jugak sampai sampai je sana register dulu lepas tu makan makan dan snap snap gambar.. ;)




Hero Filem, Fezrol Khan



Wawa Zainal





Si comel Pen Merah




Blogger retis Abg Nara


Si comel Yana Yassin

Si Kekal cantik Goyang Inul aka Madammondoq



Barisan pelakon


Me yang semakin Chubby


 
Memang enjoy sangat dengan movie ni.. enjoy dengan tangan dimata
Nurul, budak penakut.. ;)

 
Salam Sayang,
NURUL