Monday 30 January 2012

Pilih Kasih Musim Ketiga









Minggu lepas me berkesempatan menghadirkan diri ke sidang media Pilih Kasih. Untuk Musim terbaru Pilih Kasih musim ketiga, program yang akan bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 25 Januari ini bakal memaparkan beberapa pembaharuan bagi memantapkan lagi persembahan    dan pengisiannya. Selepas menjelajah tujuh lokasi termasuk  Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Sarawak, Kuantan dan Kuala Lumpur bagi mencari bakat-bakat baru dalam lakonan, Rosyam akhirnya menemui 16 peserta berpotensi yang diyakini mampu digilap dalam Pilih Kasih.




Inilah 16 peserta, muka muka baru yang bakal menggegarkan Pentas Pilih Kasih Musim ketiga


Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. "PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga. Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.









Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2. Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak  24  episod.  Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional  FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan      untuk    mengacarakan Kisah     Pilih        Kasih.








 
Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam. Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.




Jadi kepada peminat peminat Pilih kasih sekalian nantikan musim terbaru Pilih Kasih musim yang ketiga. Yang telah bermula siaran dengan Kisah Pilih Kasih pada 25 Januari yang lalu.Tak sabar nak tengok Pentas Pilih Kasih.. Sebab me dah ada peserta kegemaran me.. Nak tahu sape.. tunggu next entry.. ;)




Salam sayang,
NURUL



2 comments:

MAY said...

wah..kotak komen baru..;)

rajin attend event ye..;)

Cik Nurul said...

CIk May: Hehehe baru pandai buat,, orang jemput pergi event.. so kt apelagi pergi jer..;)