Thursday, 10 November 2011

Kawan baik dah jadi tunang orang




Hari raya haji hari tu, me tak balik kampung me awal-awal lagi dah bagitahu ma nak g kampung tom sebab dia nak tunang.. nasib baik ma izinkan.. so hari raya hari tu hari bersejarah dia. Pagi raya tak buat ape-apepun, hanya kemas-kemas rumah dan sediakan bahan-bahan untuk tukang masak nak masak nanti.. oooohhh banyak nye makanan, macam-macam ade disediakan.. menu utama dia mestilah daging kan.. daging singgang, daging goreng, sup tulang, ulam-ulaman yang segar, dudu campur dengan tempoyak, ade bubur kacang, bubur sagu, colek buah, kuih muih dan macam –macam lagilah.. memang sedap..


Lepas zohor tu pulak ade majlis mengaji Al-Quran, bacaan yassin, nie untuk ambil keberkatan memohon majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar.. dan alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.


Ikutkan jadual dan janji dengan pihak lelaki lepas asar tetapi pihak lelaki datang awal dalam pukul 4.. Tom masa tu belum siap lagi masih lagi tengah make-up, aplagi kelam kabut lah semua siapkan dia.. Lepas dah bawak tom keluar kat pelamin dan majlis dimulakan dengan bacaan doa, sesi sarung cincin dan diakhiri dengan sesi bergambar.. dan alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar diserikan dengan cuaca yang elok Cuma masa keluarga pihak lelaki tengah makan tue jer, hujan turun, tapi semuanya berjalan dengan lancar.. dan akhirnya tom dah jadi tunang orang.. Tahniah!!


Kumpulan nasyid


Get ready..


Macaroons


Hantaran


rombongan pihak lelaki











Salam Sayang,
NURUL

No comments: