Tuesday 20 December 2011

Saya sayang kamu sangat-sangat


Minggu lepas Tom dah tempah me awal-awal dia cakap hari jumaat sila balik keje awal dan hari sabtu tak payah pergi keje. Dia cakap ade surprise untuk me. Pujuk punya pujuk dia just bagi clue makan & jumpa orang. Itu jer.. tapi dalam hati me mesti Ming nak datang sebabnya Ming pernah inform bila dia cuti sem dia nak datang KL (Ming lecturer dekat Politeknik Perlis, bila student dia cuti sem je boleh cuti.. huhuhuhu)

So hari yang ditunggu sudah pun tiba, me balik keje awal-siap-siap then tunggu Tom dating ambik.. naik je kete Ya Allah geram nye me tengok Ming ade dalam kete.. hahaha memang tak salah lagi tekaan me.. So malam tu me dibawa ke Flaming steamboat, dekat Sunway Pyramid. Normally kalau we all nak makan seafood dekat situ lah jadi pilihan kitaorng. Sebab pelbagai pilihan makanan yang ada. Ming datang sini sempena nak bagi surprise untuk belanje me makan sempena harijadi me yang lepas. Apepun Thanks Ming, Saya sayang awak sangat-sangat.. hahahahaha tahun depan buat lagi yer.. ;)

budak kelaparan

2 budak chubby, sorang kurus kering


Dekat Flaming ni macam-macam jenis makanan ade, dari steambot hinggalah pelbagai jenis minuman & makanan, Kalau korang nak tahu Flaming Steamboat ada 3 cawangan iaitu dekat Sunway Pyramid, Setapak & cawangan baru dekat Shah Alam. Harga untuk satu orang  hanya RM 26.90++ untuk dewasa dan RM 9.90+ untuk kanak-kanak. Memang berbaloi sangat sebab macam-macam jenis makanan ada. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lawat kat laman web atau FB diorang.

















licin kitaorang makan, huhuhuhu

 Me yang semakin chubby ;)

Salam sayang,
NURUL



1 comment:

Sha said...

nanti kito g lagi deh kem..