Saturday 3 December 2011

Sakitnya bila pagar makan padi



Minggu ni minggu yang paling busy.. sebab minggu ni department me ada yang emergency leave dan ada yang mc. So call yang masuk tak terkawal dan ditambah pulak dengan perangai customer yang macam-macam dan kena jawab nonsense call. Adduuuhh kepenatan otak me minggu ni. Rutin me minggu ni masuk keje seawal pukul 7 pagi dan balik pukul 8 malam, sampai je kat rumah, mandi, online kejap pastu terus masuk tido. Badan memang penat sangat-sangat. 


Tapi bukan pasal keje yang me nak cita.. Keje normallah.. dah bidang tu yang me pilih jadi kena tanggungjawab lah kan.. dan member yang EL dan MC tu nak buat macam mana, hari ni hari diorang susah. kita tak tahu nanti satu hari benda tu akan terjadi dekat kita semua. Semua ni dugaan dari Tuhan yang nak uji hamba Nya.


Balik pada cita yang asal, Me sebenarnya sangat kecewa dengan orang yang tergolong dikalangan orang yang penuh dengan perasaan hasad dan dengki. dan orang tu pulak orang yang me sangat-sangat tak sangka !! Me tak tahu kenapa perasaan ni boleh ada dekat diorang. Tapi me tak nak cakap banyak cuma doakan semoga diorang berubah dan kalau nak atau dapat dengan perkara yang engkau dengkikan engkau kenalah berusaha dan berubah!! Insyaallah engkau pun akan dapat setimpal yang engkau usahakan. jangan nak asyik dengkikan orang jer..


Me pun bukannya baik sangat.. Me pun kadang-kadang ada perasaan hasad dan dengki. Tapi perasaan tu untuk ke arah positif!! YES me dengki sangat-sangat dengan kawan-kawan me yang jauh lebih berjaya daripada me!! dengki sebab macam mana diorang berusaha dan berjaya dengan kehidupan diaorang..


Teringat balik nasihat member me, kalau baik dengan seseorang pun kita jangat ingat dia akan suka dengan kita. Thanks dear me akan ingat pesan dia tu sampai bila-bila.

Salam sayang,
NURUL


Mood: Sangat-sangat kecewa, Harapkan pagar, pagar makan padi!

4 comments:

Anonymous said...

same lah.. kekadang kawan baik sendiri tikam belakang..huhu dah namanya manusia mesti ada phd walau sedikit..
sudilah jengah blog citra bg komen dan klik tweet ya.. tq

http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/gadget-impianku-adalah-samsung-galaxy.html

Daddylicious said...

bersangka baik sahaja la walaupun mereka sebaliknya...:)

Unknown said...

kesiannya, jgn frust lama2 sgt..cepat2 hepikan diri yeh :)

ju said...

Pesan akak laks....
jgn kita down sbb hals2 manusia...
Tapi sedih & down sebab Allah tak sayang kat kite....itu yg lebih afdal