Wednesday 28 December 2011

Preview Filem Papa I Love U






Synopsis

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly. Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu. Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.




Trailer Papa I Love U
Preview tiket

Semalam Me berkesempatan menonton Preview Filem ni,First Thanks to metrowealthpictures untuk preview tiket tu. Syabas dan Tahniah me ucapkan kepada Pengarah dan barisan pelakon Papa I Love U. Memang cita yang sangat berkesan dalam hati me, Kalau tak tak akan lah air mata me banyak kali menitis masa menonton filem ni, Bagi me filem Papa I Love U ni memang filem yang wajib ditonton. Penuh dengan kisah kekeluargaaan, emosi, pengorbanan dan kepayahan dalam mendidik dan membesarkan anak. Filem ini berkisahkan Pengorbanan seorang ayah dalam mendidik sorang  anak tanpa mengira penat dan lelah. Memang Best.. x nak cita lebih-lebih nanti korang tengok sendiri k.. Sapa-sapa yang ada ayah tu, hargailah, jagalah dan berilah mereka kasih dan sayang selagi mereka masih ada di dalam dunia ni.. To Arwah Abah.. AL-Fatihah..

Salam Sayang,
NURUL

4 comments:

Anonymous said...

rano bulih tiket? sedap ore loni --inai--

Amar Za'im said...

eh pegi jugak semalam? hehe
semalam pegi jugak, tapi x kenal sesape la. :)
Salam singgah

Cik Nurul said...

Inai: masuk contest lah.. ade rezeki dpt plak.. :)

Cik Nurul said...

Amar Za"iM: Pergi.. :)kt pun ajak bro, tu yg boleh kenal.. kalau tak segan jugak.. salam kenal jugak.. :)