Saturday 24 September 2011

Syurga cinta



CINTA 

terbahagi kepada tiga:-


CINTA DARIPADA SYAITAN

Apabila sesuatu pasangan sedang hangat bercinta, kemudian keluar ber‘dating’, saling berpegangan tangan dan akhirnya melakukan maksiat. Disebabkan itu, si perempuan tersebut mengandung. Oleh itu si lelaki TERPAKSA mengahwini si perempuan....



CINTA DARIPADA JIN
Apabila seseorang lelaki itu mencintai si perempuan dan ingin ber’couple’ dengannya tetapi si perempuan itu menolak dengan sekeras-kerasnya kerana tidak menyukai lelaki itu. Oleh hal yang demikian, si lelaki membomohkan dan mensyihirkan si permpuan itu sehingga perempuan TERPAKSA itu mengahwininya....


CINTA DARIPADA ALLAH S.W.T.

Apabila si lelaki dan si perempuan itu berpandangan mata, tiba-tiba perasaan aneh timbul didalam hati dan menusuk kalbu antara mereka serta bermulalah bicara dari hati kehati yang mengembangkan bunga-bunga kemesraan antara mereka. Selepas beberapa lama memendam rasa dan rindu, si lelaki terus meminang si perempuan sebagai permaisurinya dan si perempuan itu pun telah
BERSETUJU UNTUK BERKAHWIN DENGAN RELA HATI, dan kerana Allah telah mempertemukan jodoh mereka. Maka berkekalanlah hingga nyawa bercerai jasadnya. Insya-Allah...
INILAH SYURGA CINTA ABADI...

Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap Matahari,
Kemudian Dia datangkan pula gurh dan kilat,
Puas kita menangis mencari di mana matahari,
Rupa-rupanya tanpa kita sedari,
Tuhan mahu hadiahkn kita pelangi yang indah..

ME.. still lagi mencari syurga cinta..Doakan ye kawan-kawan... Ma.. anak ma macam dah bersedia nak ke arah tu.. tapi belum jumpa yang dicari.. (gediks) hahahaha.. sebab jeles ngan member-member yang asyik bercerita pasal anak, macam Tom insyaallah dah nak bertunang bulan sebelas ni & ade lagi satu member nak kawen jugak bulan sebelas ni, jodoh dia keluarga yang cari.. Insyaallah Tuhan dah tetapkan sape jodoh kita, kita cuma perlu mencari.. Walaupun kita bercinta berpuluh-puluh tahun pun tapi kalau dah tuhan tetapkan tu bukan syurga cinta kita, kita kawen macam mane pun tetap berpisah jugak.. dan tanpa pengetahuan kita orang yang kita kenal 1 hari, 1 minggu, satu bulan tulah sebenarnya syurga cinta bagi kita.. Harap-harap me jumpa apa yang me cari.. Amin..  

Salam Sayang,
NURUL





No comments: