Tuesday, 27 September 2011

Harga Emas Jatuh Mendadak---Biar Betul!!!



Tekejut gila me baca berita harian hari ni.. sebab baru jer minggu lepas kawan me cita harga emas naik lagi, tapi hari ni harga emas turun dengan mendadak nye.. Teeeetttt!!! sedang befikir -fikir di dalam kepala nak beli something.. tapi belum dapat bonus lagi.. kuarkan duit simpanan sayang lah plak something tu bukan keperluan.. tapi ma selalu plak dok cakap kalau ade duit simpan buat beli barang emas.. yelah kita orang perempuan ni tak boleh berpisah dengan barang kemas.. tapi tak per lah dulu.. tnggu bonus masyuk dulu..


Ni Bukti dia ok.. :-


ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

time kasih berita harian

Percaya tak??? kena lah percaya.. so sape-sape yang rancang nak tunang, kawen atau orang yang terlebih duit tu, sila-sila ke kedai emas berhampiran tempat anda ok.. harga emas ni turun sekejap jer.. nanti dia akan naik balik.. rugi.. tiba-tiba terfikir.. kalau lah me kaya...


Sekadar angan-angan..

Salam sayang,
NURUL

4 comments:

CIK MAY said...

takpe klu amik smpnn beli emas..sbb tak rugi...

juanita said...

emas mmg camtu dek. Turun & naik. Tapi akan sentiasaaaa naikkkk

madammondoq said...

memang pun!! sbb laling i 24 jam menatap public gold die.. hehe..

siezuka... said...

cik may-- masalahnye tak pakai sgt.. brg kemas.. hehehehe

kak ju-- betul tu, memang selalu naik.. jrang sekali akan turun..

madam--untung lah madam..