Friday 21 October 2011

Jangan ditanya soalan ini!



Bila nak kahwin?
Bila nak kahwin?
&
Bila nak kahwin?


Jawapan me: Belum jumpa apa yang dicari


Kalau orang yang bujang, soalan ni mesti akan sentiasa ditanya. Kadang-kadang dah naik bosan. Semua orang nak ke hidup mereka diakhiri dengan gerbang perkhawinan, mempunyai keluarga bahagia, mempunyai suami yang boleh membimbing kita dunia dan akhirat dan dilengkapi dan ditambah pula dengan kasih sayang anak-anak. Jujur me cakap memang jeles dengan kawan-kawan me yang dah kahwin, ada anak-anak, tiap-tiap hari bila borak mesti hal anak akan keluar. Bahagia sangat hidup diorang. Nak berkahwin tu kenalah tahu tanggungjawab, kalau setakat berkahwin atas sekadar nama baik tak payah berkahwin, contoh macam SUAMI besar tanggungjawab dia mana nak bagi rezeki untuk isteri dan bila dah ade anak untuk anak-anak lagi. Dan ISTERI pun ade tanggungjawab, seorang isteri haruslah taat pada suami, dan janganlah meminta pada suami yang bukan-bukan, perbelanjaan haruslah setaraf dengan taraf kehidupan kita. Macam mana kita bercinta bertahun-tahun pun orang tu belum tentu lagi pasangan hidup kita yang terbaik. Kehidupan me sekarang ni dikelilingi dengan bermacam-macam kisah rumahtangga. Macam-macam dengan dunia sekrang ni yer..


Salam sayang,
NURUL

5 comments:

Dhofwatul' Aisy said...

Kenapa Lambat?
Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...

Semua tuh rahsia Allah.. bkn di tgn kita kn... :)

Unknown said...

salam ziarah..la apasal tak tegur..klu idak leh berkenalan.

Anonymous said...

Tersentuh bila mendengar suara hati si Cantik Siezuka.

madammondoq said...

eh.. nak i carik kan calon tak? hehe..

Cik Nurul said...

Sikecilmirmo: sangat2 hargai...

Kak ina: akak busy borak.. x nak kacau.. ;)