Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Fadhilat nisfu syaaban:-
- Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
- Mengadakan Qiamullail.
- Berpuasa pada siang harinya.
Betapa syahdunya me untuk menyambut ramadhan kali ni.. Tiba2 ingatan teringat dekat arwah abah & ayah (atok) tersayang.. Kalau ayah ade, biasenya kalau malam2 nisfu syaaban dan bulan ramadan ktorg akan g surau ramai2.. Tapi mase tu me kecik lagi, yang paling me suka ade makan2, yelah budak2 mane tau erti apa2. Tapi bila dah dewasa dah matang, baru kita tahu setiap yg terjadi ad maksud yang tersirat.. Dan alhamdullillah syukur padamu Ya Allah hari ni me mampu tunaikan ap yg telah ditetapkan olehMu dengan tanpa keuzuran..alhamdullillah dan moga puasa tahun ini berjalan dengan lancar dengan rahmaht dariMu.. Amin
Salam sayang,
Si cantik
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment