Wednesday 20 July 2011

Lesen ikut tarikh lahir??



KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.
__________________________________________________________________________________________________

Bagi me, kalau buat macam ni pun ok jugak sebab ni satu peringatan untuk kita, tapi yang kesiannya kalau yang lahir 29 Febuari.. macam mane tu 4 tahun sekali lah diorang renew, ataupun diorang akan dapat kelebihan.. tapi sebenarnya kita sebagai pemandu haruslah ade sikap bertanggungjawab tak kira lah renew ikut tarikh lahir ataupun tarikh biasa.. tapi kebanyakanpemandu kita tak kira lah renew ikut tarikh lahir atau ape tarikh apa sekalipun, kalau dah lupa tu lupa jugak.. betul tak??

Salam sayang,
Siezuka

No comments: