Thursday 28 July 2011

Asam Laksa, Ke-7 Terbaik Dunia


KUALA LUMPUR – Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.

Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”

Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’

Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.

Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.

Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).

Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.

Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.

Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.

Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.

“Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.

“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,” tambah CNN

credit to mynewshub

Salam sayang,
Siezuka


No comments: