Monday, 18 July 2011

Sejuta Impian



Setiap orang mempunyai impian, tak kira impian tu besar ataupun kecik, tapi impian itu tak akan dapat kalau kita tak berusaha dan hanya duduk diam. tapi setiap impian haruslah kena dengan kemampuan kita. Dan TV3 bersama  Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) telah menerbitkan satu program realiti yang unik, SEJUTA IMPIAN, pertandingan yang tidak berkaitan dengan pencarian bintang baru samada menerusi bakat vokal, lakonan ataupun tarian ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

Semalam me berkesempatan tengok sejuta impian kat TV3, sebelum ni tengok iklan jer.. iklan pun dah menarik.. tapi betul memang best bekisarkan tentang impian setiap belia, tapi tak sesenang dan tak semudah yang korang sangkakan, setiap impian kena ada tujuan, motif & apa kelebihan yang boleh dapat dari setiap impian yang kita nak.

Contoh semalam me tengok episod 10, yang mana first tu tentang impian dia nak buatkan roadshow untuk pesakit buah pinggang, dia ade tujuan dan presentation dia pun menarik minat juri, so dia lulus untuk mendapatkan dana tu, tapi setiap dana tu haruslah digunakan dengan baik dan tidak diguna pakai.. Yang kedua untuk mendapatkan dana untuk menaja pembelajaran dia dalam bidang tarian india, presentation yang menarik dan dana diluluskan sebanyak RM7,000.00, yang ketiga plak tentang dua orang sahabat ni nak buat satu rancangan travel bajet.. tapi tak diluluskan kerana presentation yang kurang menarik minat juri. yang ke-4 plak tentang minat dia ke atas reptilia.. dia just mintak luluskan dana hanya untuk RM15,000.00 untuk membaik pulih tempat reptilia tu.. tapi memang suka sangat ngan dia, presentation bukan saja menarik minat juri, tapi menarik minat me. Dan dengan itu permintaan dia untuk dana itu diluluskan.. Tahniah! dan me memang puji sangat minat ngan tanggungjawab yang dia miliki ke atas reptilia.


Episod 10


Tak sabar nak tunggu untuk episod minggu depan!

Salam sayang,
Siezuka



No comments: