Sunday, 17 April 2011

Andropos vs menopos

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Pagi2 ahad ni biasenye me akan bgun lambat, yelah hari cuti, p hari ni me bgn awl.. pastu bukak tv, me layan nasi lemak kopi O tv9, tajuk yang die org bincang tu memang tertarik hati me, first time me dgr perkataan Andropos. biasenyer pompuan selalu dikaitkan ngan menopos..

Tatkala seorang lelaki menghampiri usia 40 tahun, mungkin merasakan yang kehidupan mereka terhenti dan tidak bermaya. Inilah waktunya bahagian perut mereka mula buncit dan mereka mula merasakan kekurangan tenaga dan kekurangan daya seks. Entah kenapa mereka merasakan yang mereka bukan lagi seperti diri mereka yang sebenarnya. Situasi ini dikenali sebagai andropos, mempunyai ciri-ciri yang menyamai menopos pada wanita.

Andropos berlaku disebabkan oleh penurunan paras testosterone. Paras testosterone didalam tubuh lelaki berada pada puncaknya sekitar usia 30 tahun, dan mula menurun secara beransur-ansur  diantara usia 40 ke 60 tahun. Statistik menunjukkan satu daripada dua lelaki diantara usia 40 ke 60 tahun akan mengalami keadaan ini. Andropos akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan seseorang lelaki. 

Testosterone ialah hormon lelaki. Ia dihasilkan dalam kelenjar adrenal dan testikal (buah zakar). Hormon ini berfungsi pada seluruh tubuh dan menyumbang kepada lahirnya ‘lelaki sejati’. Testosterone memainkan peranan yang penting dalam kewujudan manusia kerana ia mengawal fungsi seksual. Ia juga menjana tisu badan dan memberikan kesan terhadap metabolisme, juga mengawal fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat.

Setiap aspek kehidupan mereka akan terjejas apabila paras testosterone menurun. Mereka mungkin mengalami gejala – gejala berikut :
  1. Kurang daya seks.
    • Nafsu berahi semakin berkurangan
    • Lemah syahwat
  1. Kekurangan tenaga
    • Kemurungan
    • Hilang tumpuan
    • Kesejahteraan diri merosot.
    • Otot kehilangan kekuatan dan kepadatannya
  1. Mengalami kegemukan pada bahagian pinggang.
    • Obesiti pada bahagian abdomen ( perut )

 patutlah boss me selalu angin jer, maybe die pun dah nak terdedah ke arah penyakit ni kot, (matilah me lau die bace entry nih) so, pade laki2 hati2 ok, anda semua pun berkemungkinan terdedah ke penyakit nih, kite selalu dgr dialog ni kan "ape marah2 nih, nak menopos ker?" biasenyer dialog ni dikaitkan ngan pompuan OK!!! so skrang kite pun leh ckp camtu kat laki2.. hahahaha

 p/s< credit to andropos for the info..

salam sayang,
siezuka




No comments: