Salam Ramadhan hari ni dah masuk hari ke 25 kita berpuasa.. Ya Allah masa berlalu sangat singkat.. rasenya baru jer semalam start puasa.. insyaAllah moga-moga tahun depan dapat jumpa lagi.. sekarang barulah boleh dapat update blog setelah internet office yang begitu lembap & internet kat rumah yang tersangat lah slow macam kura-kura.. hehehehe
Sebelum ni me ada cakap pasal blog me ni menang contest madammondoq ni.. dan semalam lah bermula segala-galanya.. Fisrt time dalam hidup me jumpa dengan blogger-blogger otai.. Tapi ni kali kedua me jumpa ngan Madam.. first time me jumpa dia dekat birthday Mr Zizan..
Tempat dia memang selesa sangat.. Me keluar office awal, takut jem, so sampai je sana terus kitorng g cari surau sembahyang asar & lepak-lepak kat sana. Makanan diorang memang sedap, ada tomyam, nasi kerabu, pelbagai jenis lauk, pelabgai jenis air, yang penting ade teh tarik yang sangat sedap.. yang paling me suka udang goreng.. makan tu macam kita makan keropok.. sedap.. kekennyangan kitorang malam tu.. hehehehe
Dan pada malam tu jugaklah me dapat jumpa ngan abangensem memang hensem ok & abg hensem x kan layan perempuan-perempuan berangan nak menggatal ngan dia.. sebab wife dia sangat cantik.. hehehehe, adik uzairothman, abg teratakarmo, abg eyriqazz.. anak dia comel sgt, kak ju, Abg Bro tersangat ramah, hilang terus malau-malu me.., sekilass lepas raya ni kenduri kahwin dia.. insyaAllah me akan menghadirkan diri ke majlis besar diorang..Ni antara bukti kitaorang..
Me, Madam & Kak Ju. alaaa kak ju pejam mata plak. kekenyangan makan hehehehehe jgn marah kak ju..
Me, Madam & Puan Farah
Jejaka-jejaka tampan
beautiful ladies
So ape lagi puasa ade lagi beberapa hari ni jom kita reramai join set Berbuka Puasa di Bangkok House dengan hanya dari RM39+ di cawangan PJ dan 3Two Square. Kalau dekat De Palma hotel shah alam plak RM45 sahaja.. InsyaAllah di masa depan kita akan berjumpa lagi.. hehehe
Cawangan baru untuk Bangkok House akan di buka di Sunway Giza Mall, Kota Damansara pada hujung September nanti... yang ni me memang tak sabar.. sebab memang dekat sangat dengan rumah me..
Sekali lagi, terima kasih madammondoq & Tuan empunya Bangkok house Puan Farah kerana sudi menjemput kitaorang semua blogger-blogger ni berbuka puasa kat sana.. terima kasih daun keladi, kalau boleh adakan contest lagi.. hehehehe
Salam Sayang,
NURUL
2 comments:
ok.. thanks.. nice entry.. bila-bila leh jumpa lagi..
ur welcome.. time kasih..
mesti nak jumpa madam lagi.. :)
Post a Comment