Tuesday, 24 May 2011

Lewat Kahwin dipandang serius



KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.
Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang.. credit to utusan


tadi mase drive dtg keje sambil dengar radio Hot FM, tajuk yg diorang bincang hari ni memang menarik minat me, isu lewat kahwin, tapi kalau difikir2 kan memang isu ni dipandang serius.

Like Me,
" Bile nak Kahwin? "
soalan yang memenatkan untuk dijawab

My Answer,
belum jumpe ape yang dicari
sebab sekarang ni rase cam serik untuk memiliki pasangan

Kenapa?
Me cari yang boleh jaga Me sampai akhir hayat
cinta & kasih sayang dia hanya untuk Me
yang paling penting
boleh terima Me & family me dalam hidup dia

Sampai bile?
hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya
jodoh & pertemuan segala-galanya telah ditetapkan oleh NYA
kita hanya mampu berusaha & berdoa


Salam sayang,
siezuka






2 comments:

Zuwairi said...

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

Cik Nurul said...

salam.. time kasih.. just simple blog.. ok dah jengah.. :)