Monday, 2 May 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Assalamualaikum & salam sejahtera..

tadi me ade tgk berita tv3, pasal SRP, rase cam tertarik sgt, coz memang salah satu antara impian dalam hidup me nak memiliki rumah sendiri..  memang bagus sgt untuk pekerja swasta mcm me ni nak memiliki rumah..

antara info SRP ni :-
 
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Antara kriteria2 kelayakan pemohon:-
  • warganegara malaysia
  • pembeli rumah pertama
  • individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penaja jaminan bank-bank yang terlibat
kalau kawan2 semua nak tahu klik SRP ni je ok!!

Me akan usahakan supaya impian me akan tercapai!!! tambah2 lagi kerajaan dah bantu pekerja swasta mcm me ni.. Amin.. 

salam sayang,
siezuka

2 comments:

cik hani said...

terasa nk jugak umah pertama ni..

layak je kot..

hihiihih

siezuka... said...

lau smua dah ok, jgn lepaskan peluang..

bagus kan.. hehehe