Tuesday 31 May 2011

Tarif baru elektrik

pix_gal0

4.4 juta pengguna domestik tak terlibat semakan kadar tenaga

PUTRAJAYA: Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.

Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar.

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.

"Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini semalam.

Fah Kui juga menjelaskan pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

"Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kWj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan," katanya.

Menjawab soalan, beliau menolak andaian bahawa semakan tarif akan menguntungkan Stesen Tenaga Bebas (IPP) dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat IPP seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh PETRONAS untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Mengenai kemungkinan semakan tarif akan melonjakkan kadar inflasi, Fah Kui berkata kajian mendapati ia hanya akan meningkat 0.27 peratus kadar inflasi.

"Kenaikan kadar inflasi itu dianggap minimum kerana kurang daripada satu peratus," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menetapkan sebanyak satu peratus daripada kutipan bil elektrik bulanan yang melebihi 300 kWj disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu bagi menampung kos tinggi penjanaan elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui oleh pemaju bebas atau individu.

INFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB
  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri
  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.


Kerajaan Prihatin
  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung

credit to berita harian


Rumah yang me sewa tu mahal jugak electric dia.. yelah ktorg berdua ni penakut.. kadang2 lau Tom balik keje lambat or ade function & tertengok iklan2 cite hantu habis semua lampu me bukak.. kecuali yang dekat ruang tamu.. coz me tak suka pasang. nak tgk Tv mesti nak gelap.. panas lah lau  bukak lampu.. kalau tak sekejap jer dah berpeluh..

tapi me ok lagi kalau nak tido kena gelap, kalau tak tak lena lah tido.. tapi lau Tom mesti nak cerah.. hahaha jangan marah Tom..  sayang awk..


salam sayang,
Siezuka

No comments: