Showing posts with label wywy solution. Show all posts
Showing posts with label wywy solution. Show all posts

Thursday, 2 February 2012

Wywy beraya dan Ada Naga yang Terlepas??



Seperti yang Me pernah cita sebelum  ni, dan rezeki yang me dapat sebelum ni semuanya adalah berkaitan dengan Sambutan tahun baru cina dekat office me, Servtouch Wywy. Me kerja dengan company yang memang dimiliki oleh Kaum cina, so tahun baru cina memang disambut meriah tiap tiap tahun. Seperti biasa adanya tarian naga, dapat ang pau & makan makan. So semalam memang enjoy lah kitorang.. Me lah yang untung keje bahagian customer service, separuh hari me tak jawab call, sebabnya department kitaorang yang uruskan semua dari angpau hinggalah ke limau.




Ada 2 ekor naga tapi dalam gambar ni ade 1 jer, yang lagi satu dekat department lain. Bising satu office hari tu..Office me ade 2 tempat satu dekat tingkat bawah dan lagi satu dekat tingkat 5, Naga ni bermula dari atas dulu, lepas dah pusing satu office kat atas tu, lepas tu dia turun ronda ronda dekat bawah plak, kemudian kitaorang semua satu office turun siap sedia kat bawah nak tengok tarian naga.


Nilah boss me, Kitaorang panggil dia Uncle Lee, bos yang paling sporting.. Tapi bila kita buat salah siaplah.. Biasalah kan boss.. Sapa yang buat salah tak kena marah.. betul tak.. 


Nilah kitaorang "girls" dari service department.. oppsss 2 orang x de.. NIta & kak sumathy.. Yang baju kuning tu our lovely boss, ni kira second bos untuk department kitaorang.. Kitaorang panggil dia Mama, yang lagi 2 orang baju putih tu.. technician. 






Barisan barisan VIP Office


Lepas semua kepenatan tengok naga naga beraksi.. apalagi sesi makan makan lah puloks.. semua tengah kelaparan


Kitaorang yang comel.. Oh tolong abaikan mata yang bengkak sebelah tu yer.. hehehe ;)


Dah habis sesi makan.. maka sesi cari boss lah plak nak dapat ang pau.. hehehe memang penat sangat semalam.. penat dengan makan.. siap tapau bawak balik rumah lagi.. Last last petang tak tahan dengan sakit kepala yang menimpa, maka tertalan sebiji penadol. Bukan me sorang ok my senior & my boss pun sama.. Mungkin cuaca panas dan ditambah plak pergi minum ais & ABC.. Me gembira dengan kerja me sekarang, dengan kawan kawan kerja yang sangat memahami & ditambah plak dapat bos yang sangat sporting.. tapi kalau diorang dah resign.. Me pun akan ikut sama.. Kitaorang x nak bos lain.. eh boleh plak cakap camni.. teruk betul.. ;)


Salam sayang,
NURUL


Friday, 30 December 2011

Wywy celebrate Christmas


 
Macam Biasa setiap kali perayaan office me akan celebrate. Sempena  dengan krismas ni kebiasaanya akan adakan sesi pertukaran hadiah.. So hari tu kitaorang start dengan ucapan dari bos-bos besar kat office, cabutan bertuah dapat voucher jusco Rm100.00 tu.. lepas tu makan-makan sudah semestinya dimulai dengan ladies dulu.. lepas makan makan barulah sesi tukar-tukar hadiah bermula.



Birthday kek


Birthday Boys & girls


Antara budak department me yang bertuah.. RM100.00 voucher jusco.. Menyampah.. hehehehe


 Mendengar dengan penuh kesetiaan


Semua muka lapar ;)


Our Department.. Girls only..


Christmas Gift




Ni yang me dapat


Budak chubby.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Saturday, 24 December 2011

Shoping-shopping dekat Ikea




Tujuan me ikea sebenarnya nak g shopping barang –barang untuk exchange gift Christmas untuk technician me. Almaklum lah setiap daripada kitaorang kena beli hadiah yang berharga RM15.00 seorang, so technician me tu bukannye jenis yang suka benda ni semua.. My boss mama suh collect duit ngan diorang pastu me g beli kat ikea.. oklah daripada last year punya boleh dikatan semua tu my boss g beli coklat. Tak de kenangan lah kan. Lepas makan terus buang. At least kalau beli barang ade kenangan yang boleh kita simpan.. opppsss ap yang me mengarut ni.. ok balik pada cita… me memang selalu sangat datang sini.. datang sorang –sorang ok.. sebab dekat sangat nagn rumah me, tapi malam tu nak beli barang banyak dan nak buat pilihan so me ajak tom temankan.. pusing punya pusing kat bawahlah hasilnya.. tapi dah siap dibungkus.. dah nama pun hadiah ye tak.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Tuesday, 22 November 2011

Selamat tinggal Bangkok, selamat kembali ke malaysia



Hehehehe g Bangkok dah nak masuk sebulan lebih, baca-baca balik entry Bangkok night Part 1 & Bangkok night Part 2 rupa-rupanya me terlupa nak sambung yang last episode punyer.. aduuhhh cuainyer.. Tapi tak per hari ni me akan story balik hari ni ok.


Hari yang last hari tu we all check out hotel lepas breakfast, dah berkumpul semua, dah settle segala urusan dengan hotel, lepas tu kita semua gerak pergi shopping!!! Yelah last day kan, cakap Bangkok mestilah kena shopping ye tak.. hehehehe, last day tu kitaorang semua diberi masa dari pukul 12 hingga pukul 5 waktu Malaysia, sebab we all nak gerak g airport awal kena harungi kesesakan lalulintas lagi. Kitaorang gerak ke Central world Mall & Pratunam market. So apelagi, kita semua lebih kurang dalam 15 orang kot gerak dalam satu group, kita yang melayu ni off course lah kena jalan sesame sebab nanti senang nak makan.. sebab hari tu kita smua kena makan sendiri, travel agent tak sediakan makanan.. bermula ngan jelajah masuk kedai sana, keluar kedai sini, masuk gedung sana, masuk gedung ni, tengok barang tu, tengok barang ni, bukan itu jer duit dah habis shopping tukar lagi ngan member yang tak der mood nak shopping.. Me ni dah berapa kali tukar duit pun tak tahulah.. sebab baju & beg kat sana murah gila, 2 kali ganda dengan kat sini ok.. memang gila lah kalau bab2 shopping ni sebab murah sangat..






Tapi yang menjadi cuaknya kitaorang yang melayu hari tu, yelah dah penat jalan sana jalan sini, perut pun dah lapar, Ya Allah tuhan je tahu macam mana payahnya kitaorang nak cari kedai makan yang halal, yelah mcdonalds diaorang pun tak halal ok.. (thanks Mama sebab inform kitaorang awal-awal lagi) Punya payah kitaorang pusing sana pusing sini cari kedai yang halal, kemudian kitaorang pergi ke food court dekat Pratunam market tu, tapi nak sampai ke foodcourt tu kitaorang ade bising-bising skit.. yelah kitaorang dah sampai atas berkumpul kat sana, then tunggu lagi 3 orang, pastu kitaorang nampak diorang tunggu kat bawah, nampak macam diorang tercari-cari orang, kitaorang panggil tak dengar, pangil2 sampai hilang suara.. then nasib baik diorang berpaling kea rah kitaorang. Rupa-rupanya diorang cari me & kak na, diorang cakap we all pergi arah lain dalam erti kata lain sesat lah.. hehehehehe, gelak tak habis lah kitaorang lepas tu.. then teruskan misi mencari makanan.. pusing-pusing food court tu cari kedai halal tak ada pun, then kitaorang tanye counter ade satu je kedai yang halal.. Kita semua makan kat situ jelah.. sebab perut semua dah lapar mintak diisi.. Lepas dah makan kita semua pergi balik tempat yang kitaorang kena berkumpul tu, lepas tu on the ke Suvarnabhumi Int’l Airport. Kitaorang sampai awal, lepas dah kemas-kemas balik beg, dah dapat tiket then terus check in lepas tu ronda-ronda dalam airport dulu. Tunggu punya tunggu flight kitaorang delay disebabkan hujan yang sangat lebat.. Me oklah sebab sebulan sebelum kitaorang pergi lagi dah me apply cuti keesokkanya tapi technician kitaorang cuti dibekukan untuk hari tersebut. Sape-sape pun tak boleh apply leave. Ambik kau macam-macam ragam ade, ade yang tido, ade yang lepak, ade yang makan, macam-macam lah, dan akhirnya pukul 3 pagi baru Me sampai office dan terus balik rumah, kesian dekat technician kitaorang, pkul 8 dah kena datang keje..












Pergi Bangkok ni best tapi kena pergi dengan travel agentlah dan kredit lah kalau ada sedara mara atau kawan-kawan yang tinggal kat sana & boleh bawak kita pusing Bandar Bangkok. Sebab kat sana shopping memang teruja lah untuk golongan wanita macam me ni, tapi orang lelaki pun apa kurangnye kan shopping. Makanan bagi kita orang muslim jer yang payah nak cari tapi moral of the story lain kali kalau nak pergi holiday pun kena buat banyak persediaan awal.



Salam sayang,
NURUL


OPPSSSSS...

sebelum tu ANDA rasa anda COMEL & CANTIK tak?? kalau COMEL & CANTIK jom VOTE for madammondoq.com KAT SINI

TERIMA KASIH





Wednesday, 26 October 2011

Happy Deepavali



Hari ni hari semua penganut agama hindu meraikan hari deepavali
Selamat hari deeepavali to all my friends yang menyambutnya
terutama kawan-kawan kat department me
Nita, Kak Ambi & Kak Sumathy & all my hindu technician


Sebut pasal kak Su we all selalu marah dia sebab dia cakap dia tak celebrate deepavali sebab husband dia chinese.. Kak Su memang penghibur kitaorang.. kena marah dengan kitaorang pun buat muka selamber dia jer.. tapi time dia angin tak elok, nak tegur pun takut


So minggu ni memang sunyi kat office me
yelah ramai yang tengah bercuti & harap - harap jugak esok & jumaat tak banyak call service dari customer, kalau tak pening lah mana technician ramai yang bercuti lagi,
but so far isnin dengan selasa hari tu alhamdullillah x de masalah


Hari ni hari rehat untuk me, kemas rumah kejap pastu dari pagi sampai sekarang asyik rehat jer
yelah dah namanya public holiday.. Esok bermula balik rutin harian macam biasa..


Salam sayang,
NURUL




Tuesday, 13 September 2011

Wywy beraya





Tiap-tiap kali ade perayaan, office me mesti akan buat makan-makan.. semalam office kiteorang buat makan-makan untuk sambutan Hari raya. Macam - macam makanan ade, so riuhlah office kiteorang pagi tu.





Ini lah antara technician kiteorang, keje me memang hari -hari dengan technician, kadang kadang tension jugak ngan diorang ni, yelah macam-macam perangai, tapi kalau diorang tak der senyap jer office ni..diorang lah penyeri department kitaorang.. pagi - pagi kalau diorang ade, riuh rendah office ni.. macam pasar..


Berseri-seri..


Yang penting banner yang kat belakang tu.. hahahaha.. hari jumaat ni dah we all pergi.. 


Si cantik


Salam sayang,
NURUL