Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Hari ni hari Tahun Lompat!!



Selamat Pagi.. Hari ni berwajah ceria jer datang office
tak tahu kenapa hari ni boleh plak bangun awal
Kalau kebiasaanya
Selagi jam tak bunyi selagi  tu lah me tak bangun


Hari ni ialah 29 Februari 2012





Hari ni muncul hanya 4 tahun sekali dan juga dikenali sebagai tahun lompat
Sempena tahun lompat yang hanya muncul untuk 4 tahun sekali ni
Me nak ucapkan Selamat Hari jadi bagi sesiapa yang menyambutnya
Sapa2 birthday jatuh pada 1 Mac
sabo yer kena tunggu satu hari jer lagi.. ;)


Salam Sayang,
NURUL

p/s: kredit pic to Mr. Google

Tuesday, 7 February 2012

Selamat Menyambut Hari Thaipusam



Selamat Menyambut Hari Thaipusam
buat semua penganut agama Hindu
&
Selamat Bercuti


Kredit pic Mr Google


Salam sayang,
NURUL

p/s: esok dah keje :(


Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul




Selawat dan salam buat junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W. Seperti yang umum tahu esok adalah hari kebesaran untuk kekasih ALLAH S.W.T. Teringat plak masa zaman zaman sekolah dulu kitaorang buat banner, pakai baju kurung untuk yang perempuan dan baju melayu untuk lelaki berarak keliling kampung sambil berselawat untuk RASUL junjungan mulia NABI MUHAMAD S.A.W. Tahun ni kembali lagi.. rindu masa zaman zaman sekolah dulu.. Jom kita sama sama berselawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMAD S.A.W. AL FATIHAH..





Salam sayang, 
NURUL 



Monday, 23 January 2012

Gong Xi Fa Cai, jangan lupa bagi ang pau..



Malam tadi adalah makan besar untuk masyarakat kaum cina, sesi reunion bersama keluarga tersayang, Me paling suka raya cina, sebabya dapat buah limau banyak banyak dan jugak yang paling penting dapat ang pau.. ooohh sangat tak sabar nak masuk keje minggu depan.. nak collect ang pau from technician.. hahaha sebab tahun lepas punya me dapat banyak  ang pau.. tapi tahun ni tak terkecuali jugak.. me dah dapat ang pau sebelum raya lagi.. benilai 3 angka ok.. nak tahu me dapat dari mana..tungguuuu... ;)





SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CAI
KEPADA SEMUA KAWAN ME YANG MENYAMBUTNYA


Salam sayang, 
NURUL

Saturday, 7 January 2012

Cepat!! OCTOVE.COM nak bagi hadiah!!



Ok ni bukan main-main yer.. ni betul-betul.. Rase-rasenye semua dah tahu kan pasal Octove.com kalau korang nak tahu korang boleh refer kat sini. Kalau korang nak tahu jugak pihak Octove.com telah melancarkan Octove.com Versi 2.0.




Dan bersempena dengan pelancaran tu Octove.com telah mengajurkan satu peraduan iaitu Peraduan Tahun Baru Octove 2012. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat sangat best.  


Hadiah -hadiah


Penginapan Exclusif 3 Hari 2 Malam di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bernilai RM1,500 danTelephone bimbit BlackBerry Pearl akan menjadi hak milik korang jika korang digelar pemenang bertuah untuk Tahun Baru ini.






Sangat menarik kan!! korang tak payah nak keluar duit dan tenaga bagai.. Hanya duduk depan laptop, komputer, I-pad, phone dan sewaktu dengan nya dan ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya itu sahaja.. :)



Terma & syarat Peraduan:-


1. Peserta pertandingan yang "berjaya membawa masuk members tertinggi sehingga akhir bulan Januari dengan minimum 699 orang" akan digelar sebagai PEMENANG.

2. Tarikh tutup pertandingan ialah 31 January 2012 pada jam 11.59pm.

3. Sila pastikan rakan-rakan anda dijemput untuk menyertaioctove.com adalah benar dan bukan karektor rekaan.

4. Sekiranya sistem Octove.com mengenal pasti sebarang penipuan dalam pertandingan ini, peserta tersebut akan dibatalkan serta-merta.

5. Peserta pertandingan mesti menggunakan Referral Link Peribadi yang boleh diperolehi di Laman Pertandingan bila anda ingin menjemput rakan-rakan anda menjadi member Octove.com.

6. Ahli-ahli yang menyertai Octove.com tanpa menggunakan Referral Link anda, maka mereka tidak akan dikira sebagai jemputan anda. Referral Link anda boleh diperolehi di Laman pertandingan ini. 


Hanya itu sahaja!! sangat mudah kan.. so ape lagi yang korang tunggu.. cepat -cepat join dan sebarkan Octove.com. Memang berbaloi-baloi ;)


Salam sayang,
NURUL




Wednesday, 4 January 2012

Mangsa sesi persekolahan bermula



Semalam, Selasa 03-01-2012

Keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 untuk bermulanya balik rutin harian seperti biasa setelah cuti panjang. Keadaan lalu lintas masih seperti sedia kala, TETAPI sampai depan office parking FULL.. Aduhhh terpaksa parking jauh. Dengan semangat dalam hati esok MESTI kena bangun & datang keje kena awal pagi..


Hari Ini,  Rabu 04-01-2012

Sesi persekolah bagi Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sewaktu dengannya telah bermula, Hari ni pukul 7 dah keluar dari rumah. Keluar-keluar je dari kawasan rumah ok lagi, tapi sampai je raffic light dari the curve nak masuk One utama, aduuuuhhhh menyesal plak tak lalu higway, lupa plak ada sekolah kat situ. Dengan lalu lintas slow nye dengan kete banyak nya, dah masuk LDP dia boleh slow plak, padahal baru pukul 7 kot... kalau pukul 7 lebih tu logik lah.. tapi nasib baik terubat sikit hati ni, sampai je depan office parking masih lagi banyak luas terbentang mempersilakan keta me masuk.. hehehehe ;)


Ni semua gara gara masa yang paling sesuai untuk ayah, ibu, penjaga hantar anak anak ke sekolah, almaklumlah hari pertama mesti banyak urusan yang kena lakukan. Sama jugak kat office ni, department me 2 orang yang bercuti hari ni, nak kena uruskan anak-anak ke sekolah. Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak, adik-adik yang comel.. Jangan nakal-nakal.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2011, Siezuka



Sekejap je masa berlalu, tak sangka ni dah masuk tahun 2012

So sempena tahun 2012
ME
doakan moga Allah S.W.T permudahkan segala perjalanan hidup ,
merahmati dan dipenuhi dengan keberkatan dan limpah kurniaan rezeki dari Nya
dalam kehidupan Me sepanjang tahun 2012
AMINNN


Dan moga tahun ni jugak me matang dan maju dalam dunia penulisan
dan jugak dapat lebih ramai lagi kawan-kawan.. ;)


Salam sayang,
NURUL





Saturday, 24 December 2011

Tahniah buat Yusry dan Lisa Surihani



Memang padan, sama cantik & sama padan

sekejap tadi diorang telah mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan berita gembira ini kepada media dan peminat




Lisa Surihani & Yusry (KRU) akan bernikah pada 23 Feb 2012 di Masjid Tuanku

 Mizan, Putrajaya dan bersanding pada 26 Februari 2012 di PICC


TAHNIAH!!


Salam sayang,

NURUL


Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah



Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)
Kredit to ini


Salam Maal hijrah me ucapkan untuk umat islam di seluruh dunia



credit pic to ini

Salam sayang,
NURUL





Thursday, 24 November 2011

Indahnya Wajah Ciptaan Tuhan



Petang tadi me tengok satu pemadangan yang sangat indah dari office me. Ya Allah indahnya Ciptaan Mu.
Dah lama tak tengok pemandangan yang macam ni. Yelah sekarang ni asyik hujan jer kan.




Aku bersyukur padaMu Ya Allah

Salam sayang,
NURUL




Wednesday, 23 November 2011

Pencinta Tobasco Sauce?? Baca ni sekarang!!



Adakan anda pencinta TOBASCO SAUCE???
ala kalau kita makan dekat Pizza Hut tu diorang selalu sediakan sos ni.





Me baru dapat email dari budak office pasal hal ni. Kalau korang nak tahu TOBASCO SAUCE telah diisytihar HARAM dimakan oleh orang islam. Surat daripada JAKIM pun sudah dikeluarkan kepada pihak TESCO. Alhamdullillah me ni memang tak suka TOBASCO SAUCE. Kesian kat budak office me dia ni memang kaki pizza & TOBASCO SAUCE ni memang kesukaan dia lah... tak pe sekarang kita dah tahu so jangan makan lagi yer budak kecik..



Salam Sayang,
NURUL


Monday, 21 November 2011

Tahniah harimau muda dari rakyat malaysia!



Dan Akhirnya
harimau malaya berjaya mengaum mengalahkan pasukan garuda!!
aduh nak tunggu ke pengghujung, dari dua masa tambahan tambah lagi ke sepakan penalti nak tercabut nyawa rasanya..
dan alhamdullillah berpihak kepada kita
sekali lagi tahniah!!





Salam sayang,
NURUL


semoga berjaya Harapan Negara Harimau Malaya



Sekejap jer lagi akan berlangungnya perlawan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara bola sepak untuk Sukan Sea 2011. Perlawan dia antara Harimau Malaya & Skuad Garuda Indonesia




Apa-apa pun
GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!

Salam sayang,
NURUL


P/s: rasa nak report dekat goverment je sebab bos me bekas pekerja kerajaan sokong indonesia!! sangat tak suka!!

Saturday, 19 November 2011

Tahniah!Harimau malaya

Walaupun tengok bola sorang2 Sbab  tom keje, tetap aku jerit bagai nak rak bila skuad harimau malaya jaringkan gol.. uuuui tengok bola ni cam nak luruh jantung.... tapi bila sekali apa yang kita harapkan dah dapat.. fuuuhhh puas hati betul...apa-apapun TAHNIAH MALAYSIA bejaya ke peringkat akhir untuk merebut pingat emas Sukan Sea 2011


Oppss sebelum tu ANDA COMEL TAK???? ok kalau rasa diri tu comel jom vote madammondoq bakal model maybelline kat sini.


Salam sayang,

NURUL

Tuesday, 18 October 2011

Jangan sampai kita tak ade perasaan kesian!!!



Tadi mase drive kereta nak datang office dengar radio Hot fm, diorang dok bincang pasal video budak 2 tahun kena langgar, sampai jer kat office on pc terus cari video tu.. Ya Allah.. kesiannye kat budak tu. Dah lah kena langgar tapi 12 orang yang tengok budak tu menahan kesakitan.. tapi diorang langsung tak pedulikan budak tu!!! kenapa dengan manusia sekarang dah tak ade sifat berperikemanusiaan ke? Aduh.. sedih tengok Video ni!





Sayu,
NURUL




Sunday, 9 October 2011

Bapa syaitan



Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!



GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

bapa syaitan!!!!! lau engkau dah lapar seks sangat pun pergi lah langgan pelacur!!! bodoh!!!! 

SAKIT HATI, 
NURUL



p/s< credit informasi Dot My



Wednesday, 5 October 2011

Selamat Hari Guru Sedunia



Sempena hari guru ni me nak ucapkan tima kasih banyak-banyak dekat semua guru-guru yang pernah didikan kepada me tanpa penat lelah dan jemu sehingga me berjaya sampai tahap yang sekarang ni..


Setiap orang ade cikgu favourite.. masa sekolah rendah me paling suka dengan cikgu Rozita sebab dia cikgu kelas me mase darjah 6 kalau tak salah.. yang paling important masa cikgu buat makan kitaorng satu kelas g rumah cikgu.. mase tu lah me tahu rupa-rupanya me ngan cikgu ada pertalian darah.. ayah (atuk) sepupu dengan ayah cikgu.. Mase sekolah rendah jugak ada cikgu kesayangan me, teacher Wan Nor Khalbi me panggil dia Cik Su kiranya me anggap dia sebagai mak angkat lah.. sebab anak-anak teacher ni mak me yang mengasuh.. Cik su ni tak kira penat tak kira lelah ajar me, bagi ilmu dekat me, dekat sekolah dia tak mengajar me, tapi tiap-tiap petang me akan pergi rumah dia.. sebab ade tuisyen.. memang baik sangat cik su, dan sampai sekarang ni pun family me berhubungan lagi ngan dia.. anak cik su along & angah belajar Maktab kat penang, so Ma memang selalu jumpa ngan diorang.. time kasih banyak2 Cik su didik kak yu tanpa penat & jemu..


Then mase sekolah memengah plak me masuk sekolah sains. Kat sana nak cakap cikgu favourite tak de kot.. hehehehe tapi yang paling best Ustaz Aziz, memang baik sangat dia jadi guru kelas kitaorng mase form 3 dan dia jugak cikgu disiplin kat sekolah tu. Ingat lagi mase tu me dah start ngan cinta-cinta monyet.. nak bagi kertas amali kot dekat boyfriend.. ala kertas amali yang kalau subjek geografi & sejarah kan kita kena buat tugasan2 tu.. itulah.. kena tangkap dekat tangga.. yelah mau tak kena tangkap, orang duk study dalam kelas, kita dok dating, then cikgu tu report kat ustaz, yelah cikgu disiplin.. tapi mase kena siasat ngan ustaz.. bukan hal tu yang ditanya, tapi hal family..bila ingat-ingat balik memang nakal sangat..


Lepas sekolah sains.. me sambung plak study dekat Sekolah teknik, ambik fashion designer, me paling suka dengan subjek matematik & pendidikan islam.. kalau matematik sebab cikgu ni paling sporting.. kita nak dengar ape yang diajar dengarlah, lau engkau nak tido pun engkau tidolah, dia tak akan marah, lau tak salah me nama cikgu ni, cikgu Khir.. memang best sangat, me suka matematik, so x de lah nak tido sangat.. sebab cikgu ni lau kita tak faham tanya banyak kali pun dia ok jer.. tapi kekadang tu bila datang ngantuk sangat tido jugak.. Lau mase pendidikan islam plak me suka ustaz ni mengajar.. sebab cara dia ajar kita dengan alunan ayat al-quran yang dibaca me suka sangat..


Masa study kat poli me sambung study fashion design tapi me paling tak suka kelas design.. bukan tak suka subjek tu, tapi tak suka lecturer sebab lecturer tu pantang tengok orang tinggi.. dia mesti akan suruh kita pergi kelas model dia.. memang lah free tapi me ni tak minat lah model2 nih.. satu kali jer me pergi, itupun terpaksa sebab takut nanti masuk kelas dia esoknya takut dia marah.. oleh kerana nak pergi kelas dia merata me g pinjam kasut tumit tingggi..  


tapi ape-ape pun me nak ucapkan tima kasih banyak-banyak dekat semua warga-warga pendidik yang telah mencurah ilmu buat kita semua.. Jasamu akan ku kenang..


Salam Sayang,
NURUL


Tuesday, 4 October 2011

Semoga Berjaya Adik-adik PMR



Hari ni dah start pepriksaan penilaian menengah rendah (PMR)
Teringat mase zaman me dulu-dulu
duduk dengan Mak  (alah kauorang semua panggil nenek)
Hari-hari mak akan kejut awal nak suruh bangun study dulu
Mak & Ma plak yang risau lebih-lebih
padahal me ok je..
Hehehehe



kredit pic to google


Kepada semua calon PMR
semoga berjaya!!


Salam Sayang,
NURUL




Tuesday, 27 September 2011

Harga Emas Jatuh Mendadak---Biar Betul!!!



Tekejut gila me baca berita harian hari ni.. sebab baru jer minggu lepas kawan me cita harga emas naik lagi, tapi hari ni harga emas turun dengan mendadak nye.. Teeeetttt!!! sedang befikir -fikir di dalam kepala nak beli something.. tapi belum dapat bonus lagi.. kuarkan duit simpanan sayang lah plak something tu bukan keperluan.. tapi ma selalu plak dok cakap kalau ade duit simpan buat beli barang emas.. yelah kita orang perempuan ni tak boleh berpisah dengan barang kemas.. tapi tak per lah dulu.. tnggu bonus masyuk dulu..


Ni Bukti dia ok.. :-


ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

time kasih berita harian

Percaya tak??? kena lah percaya.. so sape-sape yang rancang nak tunang, kawen atau orang yang terlebih duit tu, sila-sila ke kedai emas berhampiran tempat anda ok.. harga emas ni turun sekejap jer.. nanti dia akan naik balik.. rugi.. tiba-tiba terfikir.. kalau lah me kaya...


Sekadar angan-angan..

Salam sayang,
NURUL

Wednesday, 21 September 2011

Hari bebas kereta sedunia



Kan best kalau semua dapat raikan hari bebas kereta sedunia tapi kalau nak ikutkan hanya 1 : 100 atau 1 : 1000 yang akan mengikuti saranan ni kat malaysia.


Tapi kalau kempen ni jadi maka bermaharaja lela lah para motosikal dan kenderaan lain di atas jalan raya tapi bagi me kereta adalah benda yang paling penting dalam hidup me sebab nak pergi mane pun sekarang ni seratus peratus bergantung harap pada kereta. Yelah rumah me kenderaan awam jauh dari rumah, kalau nak naik bas kena jalan kaki keluar dekat depan ikano tu baru boleh dapat bas lebih kurang 15 minit kena jalan kaki, LRT lagilah mane ade kat area mutiara damansara ni, kalau teksi oooooohhh alamak nya gaji me sebulan habis untuk teksi jer.. So kereta tersangatlah penting!


 credit pic --- mr google

Tapi sebenarnya kempen ni sangat berguna dan banyak kebaikan, yang paling utama dapat menjaga alam persekitaran kita yang memang dah tercemar. Boleh kurangkan penggunaan bahan bakar & kita juga boleh mengelakkan dari kesesakkan lalu lintas kita. 


Contohnya masa me g bangkok hari tu trafic jam diorang lagi teruk pada negara kita malaysia, tapi satu jer me respect diorang, satu hon pun tak bunyi. Dan korang nak tahu kenapa diorang tak bunyikan hon.. we all tanya Mr cheng, our travel guide kat sana, die cakap mana ada orang berani hon kecuali ade emergency, sebab bila dia orang hon sesuka hati maka akan terkeluar lah pistol! sebab tulah diorng sabar jer walaupun tracfic jam diorng tak bergerak.. terdiam kitaorang masa dengar jawapan Mr. Cheng..


Salam sayang, 
NURUL