Showing posts with label kisah sedih. Show all posts
Showing posts with label kisah sedih. Show all posts

Friday, 2 March 2012

Bila hasad dengki menguasai diri..



Salam jumaat semua.. sekejap jer masa berlalu tahu tahu je hari ni dah hari jumaat. Sempena hari yang mulia ni me nak tanya pendapat korang semua pasal orang yang penuh dengan hasad dengki.. 


Kadang kadang payah nak cakap lah dengan orang macam ni.situasi ni berlaku di office me sendiri.. tak taulah apa tujuan dan motif dia.. contohnya DIA suka sangat laga lagakn orang.. lagakan dengan orang tu dengan orang ni.. pastu yang dua orang tu gaduh.. me pernah sekali kononya nak suruh me buat something nak suruh me cakap dengan si A,kononya nak suruh me nasihat si A, tapi sorry me bukan jenis yang suka masuk campur hal orang ditambah plak kawan me pernah pesan supaya hati hati dengan DIA..yang peliknya kenapa DIA tak nasihat sendiri.. eeii lagi sakit hati dpan kita bukan main lagi baik belakang kita rupa rupanya dia ni gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, talam dua muka.. eeii macam macam lagilah boleh diumpakan.. me dah banyak klai kena dengan DIA..DIA cita pasal me dekat si A.. pastu si A tu boleh cita balik dengan me.. teruk betul!


Hmmm tak pelah biarlah DIA dengan dunia dia.. mungkin dia rasa gembira kot dengan kehidupan DIA yang macam tu, pecah belah kan orang.. ada me kisah?? Tapi yang buat me geram dekat DIA pasal internet dkat office.. bukan main lagi me tanye dia semalam pasal intenet DIA ok ke tak.. dia cakap x boleh kena block jugak.. tapi kawan me cakap semalam bukan main lagi dia online, siap boleh tengok movie lagi.. Ya Allah ya tuhanku geramnye.. untuk pengetahuan korang semuani kali kedua intenet me kena block, kali pertama dulu DIA lah penyebabnya.. me dapat tahu ni pun dari budak IT sendiri.. dia yang bagitahu me, siap pesan lagi kalau nak pakai internet hati hati sikit.. (tapi keja me kena ada internet sebab salah satu produk yang kitaorang jual tu kalau nak buat report kena buat online) tapi lagi me suka intenet dah takda jadi keje pun dah kurang.. Tapi geramlah.. takpayahlah nak hasad dengki macam tu. Engkau tak untung apa apa pun.. 




Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau jauhkanlah aku dari perasaan busuk hati dan hasad dengki macam ni.. AMIN.. beringatlah sesama kita yer... HIdup bukanya lama.. sekejap jer.. entah hari ni entah sok entah lusa ALLAH boleh tarik nyawa kita.. Jadi beringatlah kita.. ;) 


Salam sayang, 
NURUL





Sunday, 5 February 2012

Kenapa orang suka berubah?

kredit pic Mr. Google



Kenapa orang suka berubah? kadang kadang orang nak kita je jaga hati dan perasaan dia. tapi ade ke diorang fikir hati dan perasaan kita? orang asyik letak semua kesalahan dekat kita.. tapi diorang tak fikir tak fikir ke ape yang diorang buat dekat kita tu ada kesalahan dia. Ya Allah peritnya rasa.. Me mencari teman, teman dikala susah dan senang.. yang ade sekarang hanyalah kawan.. belum jumpa lagi kawan yang boleh dipanggil teman.. yang ade sekarang hanyalah kawan diwaktu susah.. masa susah barulah nak ingat kita nak cari kita. waktu dia senang ingat kita pun tak? buat kita ni macam tak wujud.. ingat kita ni ape? tak mempunyai hati dan tak puyai perasaan?? ingatlah kita ni bukannya sentiasa berada di atas.. bukannya sentiasa dijulang. hidup ni umpama roda.. bila kita dia atas kita disanjung bila kita di bawah baru kita menyesal, barulah kita sedar langit tu tinggi ke rendah.. Tolonglah masa kawan hargai kita.. ingatlah bukan jasa dan pembalasan yang diinginkan tapi cukup sekadar peringatan buat teman.. susahkan nak cari teman sejati.. teman yang boleh berkongsi di kala kita gembira dan sedih..


Salam sayang,
NURUL



Tuesday, 10 January 2012

Rasa cam nak penampar orang jer!!



ADUUUUHH
Dah lama dia tak datang.. hari ni dia datang  menyerang kembali..
Gigi bongsu me yang menunggu masa untuk dibuang buat hal kembali
Sakitnya Tuhan je yang tahu.. rasa nak g penampar orang jer..
Tolong lah cik gigi sayang.. tolonglah sakit sekejap jer..






Salam sayang,
NURUL


Thursday, 5 January 2012

Ya Allah Ya tuhanku Tenangkanlah hati hambamu ini



Nangislah nurul kalau itu yang mampu buat hati ni tenang
Nangislah sepuas-puasnya

Ya Allah Ya Tuhanku tenangkanlah hati hambamu ini

 Hati, minda & perasaan ini sangat - sangat tersentuh


Salam sayang,
NURUL





Saturday, 3 December 2011

Sakitnya bila pagar makan padi



Minggu ni minggu yang paling busy.. sebab minggu ni department me ada yang emergency leave dan ada yang mc. So call yang masuk tak terkawal dan ditambah pulak dengan perangai customer yang macam-macam dan kena jawab nonsense call. Adduuuhh kepenatan otak me minggu ni. Rutin me minggu ni masuk keje seawal pukul 7 pagi dan balik pukul 8 malam, sampai je kat rumah, mandi, online kejap pastu terus masuk tido. Badan memang penat sangat-sangat. 


Tapi bukan pasal keje yang me nak cita.. Keje normallah.. dah bidang tu yang me pilih jadi kena tanggungjawab lah kan.. dan member yang EL dan MC tu nak buat macam mana, hari ni hari diorang susah. kita tak tahu nanti satu hari benda tu akan terjadi dekat kita semua. Semua ni dugaan dari Tuhan yang nak uji hamba Nya.


Balik pada cita yang asal, Me sebenarnya sangat kecewa dengan orang yang tergolong dikalangan orang yang penuh dengan perasaan hasad dan dengki. dan orang tu pulak orang yang me sangat-sangat tak sangka !! Me tak tahu kenapa perasaan ni boleh ada dekat diorang. Tapi me tak nak cakap banyak cuma doakan semoga diorang berubah dan kalau nak atau dapat dengan perkara yang engkau dengkikan engkau kenalah berusaha dan berubah!! Insyaallah engkau pun akan dapat setimpal yang engkau usahakan. jangan nak asyik dengkikan orang jer..


Me pun bukannya baik sangat.. Me pun kadang-kadang ada perasaan hasad dan dengki. Tapi perasaan tu untuk ke arah positif!! YES me dengki sangat-sangat dengan kawan-kawan me yang jauh lebih berjaya daripada me!! dengki sebab macam mana diorang berusaha dan berjaya dengan kehidupan diaorang..


Teringat balik nasihat member me, kalau baik dengan seseorang pun kita jangat ingat dia akan suka dengan kita. Thanks dear me akan ingat pesan dia tu sampai bila-bila.

Salam sayang,
NURUL


Mood: Sangat-sangat kecewa, Harapkan pagar, pagar makan padi!

Wednesday, 23 November 2011

Nak Blackberry Bold 9700 tak???



Entry bukan main lagi.. dalam dunia ni tak ade yang free ok..





Blackberry memang the best handphone yang pernah me pakai. Tapi me nak cita kesedihan yang me alami.. sebelum ni me pernah cita hal ni kat sini tapi sekarang ni memang dah betul-betul confirm tak boleh pakai lagi.. Sedihnya dah lah nak sampai RM1K me beli blackberry tu.. Tapi apa boleh buat dah tak de jodoh.. kesilapan me sendiri jugak. Resit belian tu x tahu hilang ke mana. Satu kecuaian besar yang telah me lakukan, lepas tu pulak dah hantar repair diorang nak charge lebih kurang RM350, tapi me buat keputusan x nak repair dah, sebab takut bila repair nanti still lagi jadi problem yang sama, diorang cakap software problem lah.. macam -macam lah. So keputusan me sekarang biarlah dia macam tu jer.. tunggu duit bonus masuk baru lah boleh beli phone baru.. Tapi me hepi sangat sekarang sebab sebelum raya haji hari tu me hadiahkan something yang me idam-idamkan untuk diri sendiri. later me cita hal tu ok..


Salam sayang,
NURUL


Friday, 21 October 2011

Jangan ditanya soalan ini!



Bila nak kahwin?
Bila nak kahwin?
&
Bila nak kahwin?


Jawapan me: Belum jumpa apa yang dicari


Kalau orang yang bujang, soalan ni mesti akan sentiasa ditanya. Kadang-kadang dah naik bosan. Semua orang nak ke hidup mereka diakhiri dengan gerbang perkhawinan, mempunyai keluarga bahagia, mempunyai suami yang boleh membimbing kita dunia dan akhirat dan dilengkapi dan ditambah pula dengan kasih sayang anak-anak. Jujur me cakap memang jeles dengan kawan-kawan me yang dah kahwin, ada anak-anak, tiap-tiap hari bila borak mesti hal anak akan keluar. Bahagia sangat hidup diorang. Nak berkahwin tu kenalah tahu tanggungjawab, kalau setakat berkahwin atas sekadar nama baik tak payah berkahwin, contoh macam SUAMI besar tanggungjawab dia mana nak bagi rezeki untuk isteri dan bila dah ade anak untuk anak-anak lagi. Dan ISTERI pun ade tanggungjawab, seorang isteri haruslah taat pada suami, dan janganlah meminta pada suami yang bukan-bukan, perbelanjaan haruslah setaraf dengan taraf kehidupan kita. Macam mana kita bercinta bertahun-tahun pun orang tu belum tentu lagi pasangan hidup kita yang terbaik. Kehidupan me sekarang ni dikelilingi dengan bermacam-macam kisah rumahtangga. Macam-macam dengan dunia sekrang ni yer..


Salam sayang,
NURUL

Thursday, 29 September 2011

Sebuah Kematian



First dalam awal bulan hari tu sebelum our office pergi trip dekat bangkok my technician, me panggil dia uncle Danny kena heart attack.. memang terkejut sangat sebab mas pagi tu dia ok lagi masuk office.. then dalam lebih kurang pkul 11 pagi office ade trima call dari wife dia cakap uncle kena heart attack.. memang terkejut sangat.. then next day me, nita & husband dia g visit uncle danny dekat subang medical centre.. that day dia memang ok, siap boleh gurau lagi.. makanan hospital tak sedap.. Dan esoknya kitorang trima call from wife uncle danny, dia dalam keadaan kritikal.. antara hidup atau mati.. dan hari tu jugak we all 1 department gilir-gilir pergi visit uncle, memang sedih sangat sebab sebelum ni tiap-tiap hari kita tengok dia lalu lalang depan mata sihat walafiat, tapi on that day me tengok dia terlantar atas katil & dipenuhi dengan wayar-wayar & saluran pernafasan dikawal oleh mesin.. Dan berkat doa kitaorang semua esoknya uncle danny dalam keadaan stabil.. dan hari ni alhamdullillah dia dah boleh berjalan dan minggu lepas uncle ade datang office dengan family dia tapi kurus sangat.. To uncle Danny moga cepat sembuh & cepat datang keje balik..


And one more tak tahu lah me nak cakap macam mane.. tapi hati me memang sedih sangat.. dalam minggu ni ade lagi yang kena heart attack, ayah our technician.. ayah dia kena hari sabtu hari tu, permulaan dia hanyalah sakit- sakit biasa.. Hari sabtu diorang ke hospital doktor tahan dekat wad biasa.. tapi hari ahad tu sekali lagi kena heart attack & terus masuk ke wad kritikal.. Dan semalam we all dapat berita ayah dia sangat-sangat kritikal.. Hanya berdoa kepada tuhan.. Semalam me, mama, mathan & abg yaszid pergi visit chandru's father kat HUKM, memang sedih sangat tengok dia.. we all dapat masuk sebab mase datang tu tepat2 pukul 4.30 petang waktu melawat, tapi tak boleh masuk bilik, hanya tengok dekat luar cermin.. Ya Allah penuh dengan wayar-wayar & jantung dia tak dapat me bayangkan betapa peritnya dugaan yang ditanggung. Tanya Nurse dia cakap memang 100% bergantung harap pada mesin.. lepas dah visit ayah dia we all minta diri nak balik mase tu me tahan jer air mata sebab dah tengok mata chandru menangis.. then me & mama lari jauh pada chandru.. tak nak tengok dia nangis..Yang mampu kita buat masa tu hanyalah berdoa..Semalam dalam pukul 10 macam tu me dah siap2 nak tido dapat message from wawa cakap chandru's father passed away.. me bukak no maxis.. ade msg from mathan jugak cakap hal yang sama.. Ya Allah ya tuhanku..To Chandru kuatkan semangat k.. dan sesungguhnya pada DIA kita datang dan pada DIA kita kembali..


Salam Sayang,
NURUL


Saturday, 24 September 2011

Hati yang panas membara



Wah tajuk kemain lagi, tapi memang betul minggu ni tak tahu lah kenapa cepat sangat naik angin salah sikit je naik angin jer.. contoh cam hari ni dah ade mood bagai nak update blog pasal travel g bangkok hari tu, pc kat office ni plak wat hal.. nak edit gambar asyik hang jer.. dah on off 3 kali pun same jugak.. last2 dah give up, biarlah dulu hal g bangkok tu.. kan tak pasal-pasal tak de mood nak g open house hari ni..


Ditambah plak handphone blackberry me yang tak dapat nak on dari sebelum balik raya hari tu sampailah sekarang.. sekarang ni dah hantar repair, tapi tengoklah keputusan dia macam mane.. tapi yang boleh buat me angin tu resit beli tu tak tahu me letak mane satu kecuaian yang besar me telah buat..nak hantar kedai yang me beli tu pun tak boleh sebab resit tak ade.. memang dah give up sangat ngan blackberry ni.. Handphone sony plak screen rosak sama jugak dah tak boleh pakai langsung. oh memang menyakitkan hati betul lah.. tambah2 plak Ma marah sebab tak boleh nak contact me masa g bangkok hari tu.. yelah phone dah rosak camne nak buat, sebab tu me suh si wawa update kat facebook kat mane ktorg berada mase g bangkok hari tu.. at least adik leh inform Ma..


Ngan keje pun tension.. yelah bila kita dah ade mood untuk keje, dah rajin pick up call, bagi call dekat technician, ade plak orang yang buat kita hilang mood keje.. urgh.. memang tension 2 3 hari ni..


Tapi buat ape kita nak tensionkan hidup kita ngan masalah.. releks.. tapi nasib baik me ni jenis yang cepat panas & cepat je sejuk balik.. Me tahu ni keburukan me yang paling teruk!! sebab bila marah tu tak boleh nak tahan, lepas je marah mase tu jugak.. tapi bila dah sejuk pikir2 balik kesian pulak orang yang me marah tu.. Mintak maaf ye kawan-kawan semua lau terasa hati ngan sikap me ni.. kita manusia ade kebaikan dan keburukan.. kita memang jenis yang tak boleh lari dari kesilapan.. dan dari kesilapan tu lah kita renung, fikir & ambil langakah untuk berubah..


Salam sayang,
NURUL