Showing posts with label Pilih Kasih Musim Ketiga. Show all posts
Showing posts with label Pilih Kasih Musim Ketiga. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Di sebalik tabir Sidang Media Pilih Kasih Musim Ketiga



Sambungan pada cita yang INI. Korang dah tahu kan minggu lepas me berkesempatan hadir ke sidang Media Pilih Kasih besempena dengan Musim terbaru Pilih Kasih 2012 dekat Holiday Villa, Subang. Pada hari tu jugak memperkenalkan 3 pengacara untuk program yang berlainan iaitu Reza Mohamad dikekalkan sebagai pengacara Pentas Pilih Kasih, Eisya Toh pula dipilih sebagai pengacara Pilih kasih manakala Muaz Mohamed diberi tanggungjawab untuk mengacara Kisah Pilih Kasih.


Majlis hari tu dimulakan dengan Bacaan doa dan Memperkenalkan 3 pengacara yang mengacara majlis pada hari tu iaitu Reza Mohamad, Muaz Mohamed & Eisya Toh. Diorang ni jugak merangkap pengacara untuk Program Pilih kasih Musim tebaru, kalau korang nak tahu program ape boleh refer kat SINI. Lepas tu ucapan daripada Abang Rosyam Nor dan disambung dengan sesi memperkenalkan 16 peserta Pilih Kasih Musim Ketiga, Kalau korang nak tahu jugak diorang sipa buat persembahan lagi.. kira kitaorang ni orang yang bertuah lah sebab orang yang pertama tengok persembahan diorang.. Lepas tu majlis disambung dengan Sesi Sidang Media & apalagi makan makanlah.. heehehe ;)







Persembahan dari para Peserta

Ingat tak sebelum INI me pernah bagitahu yang me dah ada peserta kegemaran me.. 2 orang ok, Jeng jeng jeng.. kat bawa nilah orang nyer.. ;)


Yang Pertama

Cantik kan, mesti Abang ensem ni berkenan kat dia.. ;)


Inilah dia


REEN RAHIM

Umur : 24 Tahun
Asal : Selangor
Karakter : Peramah, Mudah bergaul & Rajin
Filem Kegemaran : Lagenda budak setan & KL Gangster

Korang jangan lupa undi untuk Reen tau
senang jer cara dia

Pkundi/3/5/10 reen hantar ke 33199


Yang Kedua


Yang ni plak comel kan.. kecik jer dia


AI IQMAL

Umur : Baru 18 Tahun
Asal : Negeri Sembilan
Karakter : Periang Kadang kala lebih gemar mendiamkan diri
Filem Kegemaran : KL Gangster

Kalau korang nak Vote AI ni senang jer,
cara cara dia sama jer..

Pkundi/3/5/10 ai hantar ke 33199
Semoga berjaya!!

 

Dengan Abang Rosyam Nor yang handsome lagi bergaya.. ;)


Erra Fazira yang Gojes



Lisdawati, macam tak percaya jer dia dah kawen.. body dia macam anak dara ok.. ;)


kawan kawan yang baru kenal.. akak akak dari Sinar Harian & Kak Roshidayu

Diorang ni sangat sporting Kak Roshidayu, Abang Shahrulhairy &
Namia Cinta

 


Kitaorang yang comel Nisa Kay, Pen Merah & Me yang semakin chubby.. ;)


Terima kasih yang tak terhingga buat pihak Pilih Kasih Musim Ketiga & Suhan Movies sebab sudi jemput kitaorang. Dan Semoga Berjaya untuk Pilih Kasih Musim Ketiga, semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.. AMIN.. & Semoga berjaya buat kesemua 16 Peserta.. ;)


Salam sayang,
NURUL






Pilih Kasih Musim Ketiga









Minggu lepas me berkesempatan menghadirkan diri ke sidang media Pilih Kasih. Untuk Musim terbaru Pilih Kasih musim ketiga, program yang akan bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 25 Januari ini bakal memaparkan beberapa pembaharuan bagi memantapkan lagi persembahan    dan pengisiannya. Selepas menjelajah tujuh lokasi termasuk  Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Sarawak, Kuantan dan Kuala Lumpur bagi mencari bakat-bakat baru dalam lakonan, Rosyam akhirnya menemui 16 peserta berpotensi yang diyakini mampu digilap dalam Pilih Kasih.




Inilah 16 peserta, muka muka baru yang bakal menggegarkan Pentas Pilih Kasih Musim ketiga


Mengulas tentang pembaharuan yang ditampilkan pada musim ini, Rosyam berkata selain pengenalan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih, Pilih Kasih juga lebih berseri dengan kehadiran dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat. "PK  menampilkan beberapa pembaharuan bagi menyuntik elemen segar dan kematangan, seiring dengan usia penerbitannya yang kini mencecah tahun ketiga. Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu. Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang PK secara terperinci.









Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Bersama personaliti  Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2. Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak  24  episod.  Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional  FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan      untuk    mengacarakan Kisah     Pilih        Kasih.








 
Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam. Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.




Jadi kepada peminat peminat Pilih kasih sekalian nantikan musim terbaru Pilih Kasih musim yang ketiga. Yang telah bermula siaran dengan Kisah Pilih Kasih pada 25 Januari yang lalu.Tak sabar nak tengok Pentas Pilih Kasih.. Sebab me dah ada peserta kegemaran me.. Nak tahu sape.. tunggu next entry.. ;)




Salam sayang,
NURUL