Showing posts with label Preview Filem. Show all posts
Showing posts with label Preview Filem. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Disebalik Tabir Preview Filem Adnan Sempit 2

Selamat pagi.. Ya ALLAH hari ni hari mengantuk sedunia kot.. mengantuknye tuhan je tahu.. padahal semalam tido awal kot.. Ok x nak bebel panjang panjang nak cita disebalik tabir preview filem Adnan Sempit 2.


Pertama sekali me nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat YanaSuperFriends & MIG sebab sudi jemput me.. Sudah semestinya bila sebut  YanaSuperFriends dan perkara wajib mestilah warna pink & Haruslah Love , sebab itu lah saya look pink!!  ;)


Dan seperti yang me cakap sebelum ni x pernah terjadi pihak MIG bukak 2 hall untuk Preview Filem, tapi untuk Adnan sempit 2 memang pecah rekod!! Korang tengok sendiri bukti kat bawah tu.. ramai sangat orang.. sampai nak bergambar dengan artis pun dijaga rapi.. 


Ramai kan..


Dalam ni lagi ramai + orang dok busy nak bergambar dengan artis


Ini cinta me Cik Wawa aka Si comel Yana Samsudin


Si cantik, Intan Ladyana


Si Shah.. Mat rempit aka Musuh Adnan 


Dengan Si comel Angah


Dan hari tu ramai jugak blogger blogger yang hadir antaranya Broframestone, MissIera, Madammondoq, Pen Merah, Yana Yassin, Nisa Kay, Ziera Zain dan ramai lagilah..


Always Gorjes.. Cik Inul aka Madammondoq


Broframestone yang semakin tembam.. hehehehe ;)


Si comel MissIera


Masa me dah siap register tu, Ternampak lah si artis popular ni dengan wife dia tengah beratur nak beli tiket wayang... Kitaorang ingat nak g bergambar tapi x pelah malas nak kacau.. Last last bila kita dah habis tengok wayang.. sambil sambil nak tunggu jumpa ngan kekasih hati tiba tiba dia lalu depan kitaorang.. ade yang nak bergambar dengan dia.. Tapi Memang Tabik spring lah kat dia.. layan je karenah peminat.. dah nama pun public figure betul tak..


Inilah dia artis tersebut Mr. Aqasha.. ;)



Korang semua jangan lupa pergi tengok filem Adnan Sempit 2 memang terbaik wa cakap kat lu der!! Sapa sapa yang tengah tension ada masalah.. Me cadangkan memang wajib korang tengok movie ni.. Terbaik der!!

Salam sayang,
NURUL

p/s: x dapat nak bergambar ngan hero filem, Shaheizy Sam sebab orang terlampau ramai.. ;(

 



Wednesday, 22 February 2012

Preview Filem: Adnan Sempit 2


Seperti yang korang tahu Adnan sempit telah kembali dengan Adnan Sempit 2 dan seperti yang korang tahu jugak Adnan Sempit 1 telah mencatatkan sejarah dengan kutipan 7.8 juta..




Dan semalam telah berlangsungnya preview filem Adnan Sempit 2, yang berlangsung di TGV, Sunway Pyramid. Dan seperti yang dijangkakan, Memang sangat BEST!.. Dari awal movie sampai lah tamat movie.. kiteorang semua asyik gelak jer.. Kalau tak tak akan lah penuh pawagam hari tu, dan tak pernah2 preview filem ade dua hall tau.. Tapi semalam ade dua hall.. Kalau Korang tak caya tengok trailer kat bawah ni.. Lawak der!!





Sinopsis Filem


Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.


Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.


Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.


Memang lawak der, seperti yang korang tahu Adnan Sempit ni akan mula tayang pada hari esok, tetapi disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakan & hebat Filem Adnan Sempit ni akan bermula tayang pada malam ni.. yes! MALAM NI.. 22 Februari 2012.. so apa tunggu lagi, cepat pergi booking tiket sekarang!!!


Bak kata Mejar David Teo

Mat moto menunggang kuda
Selamat menonton Der!!

Salam sayang,
NURUL





Thursday, 9 February 2012

Di Sebalik tabir Preview Filem Hantu dalam Botol Kicap



Belum habis lagi pasal Filem Hantu dalam Botol Kicap. tak kan x der gambar ye dok.. mestilah kena ambik gambar.. hari tu ramai sangat blogger blogger yang hadir.. ade yang me kenal ade yang me tak kenal.. special thanks to Broframestone & Iera yang comel.. sebab sudi jemput dan hantar me untuk ke preview filem ni.. Sayang korang.. ;)



Blogger blogger jejaka yang handsome handsome


Kitaorang yang comel comel


Dengan Maimon Mutalib


Zalif Sidek


Mon Ryanti


Wawa Zainal


Dengan Farid Kamil


Dengan Along


Yang ni tak ingat nama dia ape.. dah lama dia menyepi..


Salam sayang,
NURUL



Preview Filem: Hantu dalam Botol Kicap



Hari selasa yang lepas me ke Preview Filem Hantu dalam botol kicap.. Memang cita ni sesuai untuk seisi keluarga dan sesuai dengan semua peringkat umur.. Memang lawak habis.. dari awal sampai lah habis.. asyik gelak jer.. Me kat dalam tu gelak sampai lupa terus sakit mata.. Kalau tak lawak tak kan lah hari tu penuh panggung masa hari preview filem ni.. Hehehehe, Kalau bagi bintang 4/5 bintang.. ;)








Sinopsis Filem


Filem Hantu Dalam Botol Kicap mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.



Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.


Trailer Filem






So ape tunggu lagi hari ni bermulanya tayangan.. jom kita sama sama kita pecah panggung.. ;)


Salam sayang,
NURUL




Friday, 20 January 2012

Di sebalik tabir Preview Filem Sumpahan Kum Kum



Sambungan cerita daripada Preview Filem ni ramai jugak blogger blogger yang hadir malam tu. Terima kasih MIG Online dan Pen Merah sudi pilih me. Me sampai sana lambat jugak sampai sampai je sana register dulu lepas tu makan makan dan snap snap gambar.. ;)




Hero Filem, Fezrol Khan



Wawa Zainal





Si comel Pen Merah




Blogger retis Abg Nara


Si comel Yana Yassin

Si Kekal cantik Goyang Inul aka Madammondoq



Barisan pelakon


Me yang semakin Chubby


 
Memang enjoy sangat dengan movie ni.. enjoy dengan tangan dimata
Nurul, budak penakut.. ;)

 
Salam Sayang,
NURUL


Preview Filem : Sumpahan Kum Kum



Hari Rabu yang lepas me berkesempatan menonton preview filem Sumpahan Kum Kum. Me memang jenis yang penakut, kalau kat rumah tu x de maknanya me nak layan Cerita Hantu. Tapi cita ni memang menakutkan hantu hantu dia pun nampak real, jalan cerita yang menarik dan paling utama memang enjoy menjerit + tutup mata jer kat dalam wayang tu.. hehehe.. kalau bagi bintang, me bagi 4.5/5.. ;)









Trailer






Sinopsis

Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.


Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.


Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.



 
Salam sayang,
NURUL


Wednesday, 28 December 2011

Sebalik Tabir Preview Filem Papa I Love U



Sambungan dari kisah pertama, kalau dah pergi event macam ni, haruslah wajib ambik gambar, betul tak.. so kat bawah ni antara-antaranya lah.. Memang enjoy sangat. Sekali lagi thanks metrowealthpictures ;)


Lisa Surihani


Yusry.. dah jadi tunang orang..


Hero Filem Papa I Love U.. Zalif Sidek.. comel sangat


Mejar David Teo


Si Cantik Nisa Kay


Si comel, Pen Merah


Si comel & si cantik, Isteri Encik Bard


Jejaka Macho Encik Bard & Bro Framestone


Papa & Mia, comel sangat si Mia ni...


Salam sayang,
NURUL



Preview Filem Papa I Love U






Synopsis

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly. Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu. Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.




Trailer Papa I Love U
Preview tiket

Semalam Me berkesempatan menonton Preview Filem ni,First Thanks to metrowealthpictures untuk preview tiket tu. Syabas dan Tahniah me ucapkan kepada Pengarah dan barisan pelakon Papa I Love U. Memang cita yang sangat berkesan dalam hati me, Kalau tak tak akan lah air mata me banyak kali menitis masa menonton filem ni, Bagi me filem Papa I Love U ni memang filem yang wajib ditonton. Penuh dengan kisah kekeluargaaan, emosi, pengorbanan dan kepayahan dalam mendidik dan membesarkan anak. Filem ini berkisahkan Pengorbanan seorang ayah dalam mendidik sorang  anak tanpa mengira penat dan lelah. Memang Best.. x nak cita lebih-lebih nanti korang tengok sendiri k.. Sapa-sapa yang ada ayah tu, hargailah, jagalah dan berilah mereka kasih dan sayang selagi mereka masih ada di dalam dunia ni.. To Arwah Abah.. AL-Fatihah..

Salam Sayang,
NURUL

Thursday, 8 September 2011

Bridesmaids movie thanks Redmummy & churpchurp




Thanks u so much me nak ucapkan dekat redmummy & churpchurp sebab bagi free tiket untuk preview bridemaids ni.. memang the best lah movie ni.. Normally Tom tengok movie bila cita dah sampai separuh jalan jer confirm dia akan tido, tapi semalam sangat terkejut sebab dia langsung tak tido, so bermakna cita ni sangat best.. hahahaha


Watak utama dalam cita ni adalah Annie, dia seorang yang sangat gila-gila. dan cita ni berkisahkan pasal Annie dan kawan baiknya Lilian, diorang memang berkawan dari kecik lagi, tapi Lilian ade lagi sahabat baik yang baru dikenali 8 bulan yang lalu, Helen. Story ni bermula bila Lilian ingin melangsugkan perkhawinan dan Annie dipilih menjadi pengapit Lilian. Annie tersangat jeles dengan Helen sebab Helen seorang yang up to date, gaya hidup mewah berbeza dengan Annie. Dalam masa merancang perkhawinan Lilian, macam-macam berlaku antaranya Annie dihalau oleh Lilian, dilucutkan jadi pengapit, tidak dibenarkan menhadiri majlis perkhawinan Lilian, ditangkap kerana buat kecoh dalam kapal terbang, bisness lingkup, dibuang keje, putus cinta, dihalau dari rumah sewa.. totally memang cite ni sangat best. Tapi cita ni buat me menagis sebab dia berkisahkan sahabat sejati, macam mana Annie tak boleh hidup tanpa lilian & lilian tak boleh hidup tanpa Annie..



 Me & Tom


Salam Sayang,
NURUL