Wednesday 29 February 2012

Sesi karok dengan blogger Artis terhebat!!



Hari sabtu yang lepas sekali lagi me drive ke Sunway Pyramid untuk  Meraikan Pemenang contest yang telah dianjurkan oleh Blogger Hot Si Goyang Inul  ni.. Kalau dah bertempat di Red Box mestilah karaoke kan.. Sesi karok kali ni lagi  meriah dan ditambah lagi dengan kehadiran jemputan khas Abang Zarul, Abang ensem , tapi frustnyer bila dapat tahu Abang Eyriqazz tak dapat datang.. tak dapat dengar dia karok.. tapi nak buat macam mana keluarga lagi penting.. lain kali nak dengar jugak dia karok.. hehehehe.. ;)


Antara blogger-blogger Hot yang hadir


Semua tengah tungggu turn nak karok..Yang baju purple tu adik kecik saya Zuan (Pemenang Kedua), si baju biru tu plak si kacak Arelan (pemenang Ketiga)


Dan inilah dia si cantik Diah (Juara contest).. Dan sememangnya pilihan madam sangat tepat.. sebab me terpaku bila dengar suara dia nyanyi.. sangat best!!


Kalau yang ni tak payah cakaplah, dah nama pun Abang Zarul Umbrella, Nyanyi mesti power, tapi malam tu tak berapa banyak lagu lah Abang Zarul nyanyi..


Setelah dapat korek rahsia dari Abang Zarul, maka bermulalah sesi karok Atok Je Jai , kaku kejap.. sebab suara dia sedap.. ;)


Beautiful Girls.. ;)
 
Penampilan terbaru "The bloggers"




Dengan Ariffshah


Dengan Mat Romeo


Blogger retis Abang Zarul


Ni pun retis jugak.. Shahir AF


Inilah dia Abang JeJai jejaka Handsome.. ;)


Terima kasih tak terhingga untuk semua.. sangat2 enjoy dengan kemerduan nyanyian semua..


Salam sayang,
NURUL


Aksi macho Abang Je Jai!!


 
Yesss!!!


Asyik dia jer yang nyanyi
Dari lagu melayu ke lagu inggeris, lagu inggeris ke lagu hindustan
Akhirnya aku (Abang JeJai) berjaya jugak dapat rampas mikrofon dari Juara JKKK Telok Anson!!




Inilah dia aksi macho Abang JeJai 
ada tanda kepuasan & kemenangan kat situ

 


Tengok aksi & bukti Abang JeJai..
Dia sayang nak lepaskan mikrofon tu.. Jadi kenalah bergaya macam ni.. ;)

JANGAN MARAH ABANG JEJAI YANG HENSEM.. ;)


Salam Sayang,
NURUL


Hari ni hari Tahun Lompat!!



Selamat Pagi.. Hari ni berwajah ceria jer datang office
tak tahu kenapa hari ni boleh plak bangun awal
Kalau kebiasaanya
Selagi jam tak bunyi selagi  tu lah me tak bangun


Hari ni ialah 29 Februari 2012





Hari ni muncul hanya 4 tahun sekali dan juga dikenali sebagai tahun lompat
Sempena tahun lompat yang hanya muncul untuk 4 tahun sekali ni
Me nak ucapkan Selamat Hari jadi bagi sesiapa yang menyambutnya
Sapa2 birthday jatuh pada 1 Mac
sabo yer kena tunggu satu hari jer lagi.. ;)


Salam Sayang,
NURUL

p/s: kredit pic to Mr. Google

Tuesday 28 February 2012

Kaku saya lihat dia berucap.. ;)



Hari sabtu yang lepas me berkesempatan menghadirkan diri ke seminar hartanah yang telah dianjurkan oleh Mat romeo yang handsome ni.. Me menapak kaki je pagi2 tu dah penuh dengan perserta2 seminar.. Terasa sengan nya diri ini.. Masuk2 je dah nampak muka artis ni.. dan seperti yang dijanjikan berdating dating lah kitaorang hari tu KID, Arif Dan Abang Zarul.. hehehe memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. ;)




Seminar bermula awal 10 minit, Oh kaku sekejap masa Mat Romeo ni bukak mulut untuk memulakan majlis.. Kaku sebab perbezaan perwatakan yang ditampilkan. Ini pertama kali me menghadirkan diri untuk seminar hartanah macam ni, memang sangat bagus untuk orang macam me yang ada niat untuk beli rumah.. Memang banyak ilmu yang me dapat dari seminar, me pernah keje dengan lawyer firm untuk urusan pembelian jual beli rumah & loan.. Kira adalah sedikit pengalaman kerja yang me masih ingat sampai sekarang..  Kiranya kalau orang nak tipu tu me boleh tahu lah..



Masa rehat makan dulu ;)


Buat pengetahuan korang memiliki rumah sendiri adalah salah satu impian yang paling utama dalam hidup me.. Bagi orang yang belum pernah memiliki rumah sekrang ni kerajaan bagi bermacam macam kelebihan, macam yang me tahu Skim Rumah Pertama.. Tapi nak beli rumah kena kukuhkan kewangan betul tak.. bukan nya suka suka je boleh beli, kita kena kaji jugak tahap kewangan kita..


Abg Zarul, Arif Shah & Me yang chubby





Sekali lagi me nak ucapkan TERIMA KASIH buat Abang Ensem sebab bagi kesempatan buat me untuk join Seminar dia yang sangat dipenuhi dengan Ilmu Hartanah..memang patutlah Abang ensem digelar jutawan hartanah, kini rahsianya di dalam genggaman tanganku, hehehehe  ;)



Terima Kasih daun keladi,
Lain masa jemputlah lagi ;)



Salam sayang,
NURUL

Monday 27 February 2012

Siezuka jumpa Shahir AF8!!




inilah dia kembar Shahir AF8 aka Shakiddo, hehehehe ;)



Shahir & Siezuka


Bersambung next entry.. ;)

Salam Sayang,
NURUL




Sunday 26 February 2012

Tercapai jua akhirnya! Terima Kasih YanaSuperFriends



Terima kasih YanaSuperFriends!! Sebab korang semua me boleh jumpa dengan cinta saya Wawa aka Yana Samsudin , hehehe jadinya masa tonton Adnan Sempit 2 hari tu dapatlah me tunaikan hajat me.. nak bagi pengganti diri dekat Yana Samsudin!!  



Comel kan.. ;)



IMG 1568 Yana Superfriend Meet Up di Pratonton Adnan Sempit 2
pinjam gambar akak Pen merah ;)


Inilah dia antara sebahagian YanaSuperFriends yang sangat sporting, Me balik awal hari tu, kepala dah berdenyut2.. mau tak berdenyut, habis keje terus g sunway pyramid.. dengan x mandi tak apanya..hehehe ;)


Ucapan Khas Yana Samsudin buat semua Peminat Adnan Sempit 2

 






Salam sayang,
NURUL


Friday 24 February 2012

Korang rasa perlu ke pengganti diri?


Sebenarnya dah lama nak publish entry ni, tapi malu plak..  Sebenarnya ada sorang blogger ni bagi me dia sangat otai dalam dunia blogging ni. Dia ada nasihat me buat kad sebagai pengganti diri, tapi bagi me terlalu awal & sebenarnya me berblogging ni pun sekadar untuk personal blog.. diari hidup..& yang paling utama me terlalu baru dalam dunia blogging ni..


Tapi sekarang ni jer asyik pergi sana pergi sini.. Nak tau bila me bermula?? me bermula sejak mula berjumpa dengan Bro Framestone nilah asyik ke sana ke sini. Hehehe tima kasih Bro sebab selalu ingat Nurul ;)


Ok balik pada pengganti diri.. Kat office me ade designer untuk office.. jadi ade satu hari tu saje2 me tanye dia boleh buat ke tak.. pastu dia jawab boleh.. dan ini lah hasilnya.. Time kasih Kak Liza.. Korang semua ok tak?? bagi komen sikit.. ;)




Salam sayang,
NURUL



Nak cium pipi awak boleh.. ;)



Comel kan budak dalam gambar kecik kat bawah ni..
rasa cam nak cubit2 & cium pipi dia..
Geram pipi dia sangat tembam..
setembam mak sedara dia Kak Masz
Kak Masz jangan marah.. ;)

Sebenarnya ni gambar anak sedara Kak Masz
(My office mate)

Comelkan anak sedara dia
secomel mak sedara dia.. eh comel sikit jelah.. ;)




Salam sayang,
NURUL


Thursday 23 February 2012

Disebalik Tabir Preview Filem Adnan Sempit 2

Selamat pagi.. Ya ALLAH hari ni hari mengantuk sedunia kot.. mengantuknye tuhan je tahu.. padahal semalam tido awal kot.. Ok x nak bebel panjang panjang nak cita disebalik tabir preview filem Adnan Sempit 2.


Pertama sekali me nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat YanaSuperFriends & MIG sebab sudi jemput me.. Sudah semestinya bila sebut  YanaSuperFriends dan perkara wajib mestilah warna pink & Haruslah Love , sebab itu lah saya look pink!!  ;)


Dan seperti yang me cakap sebelum ni x pernah terjadi pihak MIG bukak 2 hall untuk Preview Filem, tapi untuk Adnan sempit 2 memang pecah rekod!! Korang tengok sendiri bukti kat bawah tu.. ramai sangat orang.. sampai nak bergambar dengan artis pun dijaga rapi.. 


Ramai kan..


Dalam ni lagi ramai + orang dok busy nak bergambar dengan artis


Ini cinta me Cik Wawa aka Si comel Yana Samsudin


Si cantik, Intan Ladyana


Si Shah.. Mat rempit aka Musuh Adnan 


Dengan Si comel Angah


Dan hari tu ramai jugak blogger blogger yang hadir antaranya Broframestone, MissIera, Madammondoq, Pen Merah, Yana Yassin, Nisa Kay, Ziera Zain dan ramai lagilah..


Always Gorjes.. Cik Inul aka Madammondoq


Broframestone yang semakin tembam.. hehehehe ;)


Si comel MissIera


Masa me dah siap register tu, Ternampak lah si artis popular ni dengan wife dia tengah beratur nak beli tiket wayang... Kitaorang ingat nak g bergambar tapi x pelah malas nak kacau.. Last last bila kita dah habis tengok wayang.. sambil sambil nak tunggu jumpa ngan kekasih hati tiba tiba dia lalu depan kitaorang.. ade yang nak bergambar dengan dia.. Tapi Memang Tabik spring lah kat dia.. layan je karenah peminat.. dah nama pun public figure betul tak..


Inilah dia artis tersebut Mr. Aqasha.. ;)



Korang semua jangan lupa pergi tengok filem Adnan Sempit 2 memang terbaik wa cakap kat lu der!! Sapa sapa yang tengah tension ada masalah.. Me cadangkan memang wajib korang tengok movie ni.. Terbaik der!!

Salam sayang,
NURUL

p/s: x dapat nak bergambar ngan hero filem, Shaheizy Sam sebab orang terlampau ramai.. ;(

 



Wednesday 22 February 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM



Selamat petang, Kawan kawan tersayang
nak bagi Hadiah

Jom cepat2 kita join.. ;)


nak join klik kat sini je ok.. ;)


GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com


Pesanan untuk Kak Ina:~

agak2 bilalah yer nurul dapat rasa masakan akak, asyik telan air liur jer baca kat blog akak.. hehehe ;)

Salam sayang,
NURUL




Preview Filem: Adnan Sempit 2


Seperti yang korang tahu Adnan sempit telah kembali dengan Adnan Sempit 2 dan seperti yang korang tahu jugak Adnan Sempit 1 telah mencatatkan sejarah dengan kutipan 7.8 juta..




Dan semalam telah berlangsungnya preview filem Adnan Sempit 2, yang berlangsung di TGV, Sunway Pyramid. Dan seperti yang dijangkakan, Memang sangat BEST!.. Dari awal movie sampai lah tamat movie.. kiteorang semua asyik gelak jer.. Kalau tak tak akan lah penuh pawagam hari tu, dan tak pernah2 preview filem ade dua hall tau.. Tapi semalam ade dua hall.. Kalau Korang tak caya tengok trailer kat bawah ni.. Lawak der!!





Sinopsis Filem


Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.


Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.


Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.


Memang lawak der, seperti yang korang tahu Adnan Sempit ni akan mula tayang pada hari esok, tetapi disebabkan oleh sambutan yang sangat menggalakan & hebat Filem Adnan Sempit ni akan bermula tayang pada malam ni.. yes! MALAM NI.. 22 Februari 2012.. so apa tunggu lagi, cepat pergi booking tiket sekarang!!!


Bak kata Mejar David Teo

Mat moto menunggang kuda
Selamat menonton Der!!

Salam sayang,
NURUL





Bila bermalasan nak online!!



Ini Kisah hari minggu yang lepas.. ;) Hari jumaat malam tu me malas nak online jadinya me baca novel.. Sapa yang kaki novel mesti tak suka baca novel tertangguh2 kan..Hari sabtu hari tu me tak g keje sebab kawan me dari Sarawak datang,  Jadinya pagi tu punya lah me excited sebab nak habiskan baca novel Akhirnya Aku Kahwin.. Baca punya baca sampailah si Doris kawan me tu message dia dah sampai dekat The Curve.. kelam kabut g mandi..Lepas tu hari Ahad lepas hantar diorang balik me sambung baca novel kedua plak Dosa Malam Pengantin, Me baca tu sampai habis tanpa ade gangguan sesiapa pun.. Hujung minggu yang sangat best.. tinggal lagi 2 buah novel yang belum baca.. ;) 



 


Salam Sayang,
NURUL


Monday 20 February 2012

CONTEST KAROK with Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz



Last minit punye entry, harap harap ade tuah lepas ditag oleh KID tadi dekat Facebook baru ingat malam ni last date untuk submit.. harap korang enjoy.. :)

CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz


Blogger blogger retis


Pertaruhan yang pertama


Pertaruhan yang Kedua


3 PEMENANG BERTUAH  akan disponsor oleh Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz dan dapat join karok pada :

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)

Tempat : Red Box Sunway Pyramid



Best kan!! Korang korang semua jangan lupa LIKE Fanpage Madammondoq.com, Abangensem.com and Eyriqazz.com


Salam sayang, 
NURUL



Date dengan Si Kembar



Minggu ni adalah hari minggu yang paling busy.. busylah sangat si Nurul ooiii.. Bukanya apa baik punya me baca Novel, dapat call dari Mummy Si Kembar diorang ajak me makan steamboat dekat Flaming, sunway pyramid.. apelagi on jelah.. Al Maklumlah me dah lama nak makan ketam.. Padahal mata still lagi sakit.. Ala x per bak kata my boss Mama "Makan first sakit later kita fikir" dan lagi satu dah lama tak jumpa ngan Si Kembar.. rindu.. ;)


Me sampai lambat sikit, sebab tunggu sembahyang maghrib dulu baru keluar dari rumah.. Diorang x perSampai sampai jer.. diorang dah kekenyangan.. so malam tu me balun makan ketam.. ;)


Sedapnye abang makan ice cream, tolong abaikan keadaan mata me tu k.. ;)


orang kelaparan.. ;)


Family Mummy Si kembar.. ;)


Time kasih abah & Mummy si kembar sebab ingat jugak kat me..
Lain kali belanja lagi k.. huhuhu

Salam sayang,
NURUL

p/s: hari ni datang keje dengan mata still lagi membesar.. :(


Sebab utama saya semakin Chubby



Aduuhh semua orang cakap me dah chubby.. Terutamanya si Bro ni.. tiap kali jumpa mesti dia cakap me chubby.. Tapi ade sokongan kuat dari kenyataan Bro ni tau, sebabnya baju me kebanyakkan nye dah ketat, Dan bila jumpa dengan orang sarawak  & mummy si kembar menyokong lagi kenyataan dari diorang yang me semakin chubby.


Korang tau tak sebab utama me dah semakin chubby?? korang tengoklah apa makanan diorang.. Ok sebelum tu, untuk pengetahuan korang, department me sangat murah rezeki tau sebabnya ade saja makanan yang tersedia.. al maklumlah kekadang tu ade technician yang belajar kitaorang girls yang 8 orang ni, kekadang tu petang2 ade goreng pisang lah, karipaplah ai macam macamlah..


Tengok contoh kat bawah ni.. Pagi pagi me dah beli breakfast, tapi sampai jer kat office dah tersedia nasi lemak.. Technician yang belanje.. Mau tak chubby.. breakfast saje dah macam lunch.. ;)




Pastu tadi dah dok fikir2 nak makan apa untuk lunch, Sebabnya selama me sakit mata ni dah lama me tak turun pergi kantin. Pastu Lovely couple ni ajak makan Syed restoran, mula mula ingat nak keluar tapi tak jadi plak.. so  Mathan  Yang pergi beli.. Sekarang ni, rasa kekenyangan yang teramat sangat.. ;)




Syukur alhamdullillah.. dengan rezeki yang Allah berikan.. pagi nasi, tengahari nasi & kekadang tu malam pun nasi.. sebab itulah jadi sechubby macam ni.. x pelah chubby2 pun asalkan hati senang & sentiasa comel, hahahaha ;)




Salam sayang,
NURUL




Bila orang Sarawak datang KL



Hari sabtu yang lepas kawan me dari Sarawak (ex budak office) Doris & kawan dia datang rumah me, Kalau korang nak tahu dah lama tau kitaorang tak jumpa rasanya adelah dekat 2 tahun. Seperti yang dijanjikan kitaorang jumpa dekat The Curve, sampai jer kat sana kitaorang terus g jalan jalan sekitar Curve, bawak diorang nak shopping, Lepas tu me bawak diorang g IKEA. Perkara wajib kalau korang g IKEA sudah semestinya kena makan Meatball..Ramai sangat orang ahri tu, tak pernah2 me g IKEA kena beratur sampai panjang macam tu.. Nak makan meatball punya pasal, beraturlah jugak.. ;)


Meatball & Pasta


Kawan Doris, Doris (si baju merah) & Me yang makin chubby


Lepas perut dah kenyang apelagi jalan jalan pusing IKEA lah plak.. Si Doris ni pantang nampak cermin, bila nampak cermin jer dia akan betulkan rambut dia.. Me panggil dia Doris si Cermin.. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak posing hehehehe ;)

Si Doris & Kawan dia


Mata me belum baik lagi.. sebab tu menyamar di sebalik cermin mata ;)


Lepas dah penat pusing pusing IKEA, so kitaorang balik rumah dulu, sebab malam tu me janji ngan diorang nak bawak diorang pusing2 dekat Uptown Kota Damansara yelah malam2 ni yang tu jelah paling tempat yang me tahu..Terlupa plak nak ambik gambar.. Malam tu bukan diorang je yang shopping dengan me sekali terjebak.. al maklumlah me pun dah lama tak g sana.. :(


Pagi Ahad tu plak diorang request nak makan Roti Nan..diorang cakap kat sarawak tak de.. Me bawak diorang pergi dekat Sunway Giza, kat sana banyak kedai mamak yang buka 24 jam.. kalau kat rumah me pagi2 camtu x de roti nan..


Muka orang hepi dapat makan roti nan.. Me pagi2 dah bantai nasi.. laporr.. ;)


Tengok besar kan roti nan, Yang ni roti Nan cheese, sedap jugak


Lepas dah makan, me bawak diorang pusing pusing Sunway Giza, lepas tu balik rumah sementara nak menunggu adik Doris datang ambik dia.. sebab nya diorang kena check in hotel pukul 2.. Hotel dekat KL.. sorry yer Doris.. sebab me tak berapa tahu  & tak berani nak drive dekat KL. Kalau nak hantar diorang tu me berani lah sebab diorang ada, takutnya nak balik tu x berani nak drive sorang2. To Doris si cermin, nanti jemputlah datang lagi, nak menunggu kita datang sarawak tak tahulah bila.. huhuhu, take care dear.. ;)


Salam sayang,
NURUL