Saturday 31 December 2011

Segmen cik yuyue : Follower bawah 1000



Lagi beberapa jam je lagi nak sambut 2012
cepat bebenor masa bergerak sekarang ni kan
tapi sebeblum tirai 2011 nak menutup tirai nak join ni dulu




kalau nak join just klik link kat atas ok..

Salam sayang,
NURUL



Friday 30 December 2011

Wywy celebrate Christmas


 
Macam Biasa setiap kali perayaan office me akan celebrate. Sempena  dengan krismas ni kebiasaanya akan adakan sesi pertukaran hadiah.. So hari tu kitaorang start dengan ucapan dari bos-bos besar kat office, cabutan bertuah dapat voucher jusco Rm100.00 tu.. lepas tu makan-makan sudah semestinya dimulai dengan ladies dulu.. lepas makan makan barulah sesi tukar-tukar hadiah bermula.



Birthday kek


Birthday Boys & girls


Antara budak department me yang bertuah.. RM100.00 voucher jusco.. Menyampah.. hehehehe


 Mendengar dengan penuh kesetiaan


Semua muka lapar ;)


Our Department.. Girls only..


Christmas Gift




Ni yang me dapat


Budak chubby.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Thursday 29 December 2011

Nak Sampel Percuma dari Libresse tak???



Kalau dah percuma mesti ramai yang nak kan.. betul tak?? Ok, ini khas untuk kaum wanita sahaja!! Kalau sebut Libresse mesti orang kenal kan.. ok kalau nak tahu Libresse ni adalah jenama produk penjagaan kebersihan wanita antarabangsa. So far me pernah pakai produk ni memang selesa. Sekarang diorang tengah promosi produk diaorang, Kalau korang nak sample boleh submit permohonan korang kat sini:-




dan jangan lupa like FB Libresse Malaysia



Ini yang me dapat.. J






Thanks Libresse


Salam sayang,
NURUL


Cepat!! Majalah Lisa bagi hadiah Free



Nak Hadiah free kena lah join contest. Rasa-rasanya semua dah tahu kot pasal majalah yang terbaru Lisa. Majalah ni penuh dengan berita hiburan, Informasi dan ada banyak sangat contest. Ni yang me dapat sebab menang satu contest dalam majalah Lisa. Best kan, so apa tunggu lagi jom dapatkan edisi baru majalah Lisa sekarang. Terbit setiap 2 minggu sekali tau..


Jangan lupa Like FB Majalah Lisa



Salam Sayang,
NURUL


Wednesday 28 December 2011

Worldless Wednesday: Inai Di jari, Tandanya..


Salam sayang,
NURUL




Sebalik Tabir Preview Filem Papa I Love U



Sambungan dari kisah pertama, kalau dah pergi event macam ni, haruslah wajib ambik gambar, betul tak.. so kat bawah ni antara-antaranya lah.. Memang enjoy sangat. Sekali lagi thanks metrowealthpictures ;)


Lisa Surihani


Yusry.. dah jadi tunang orang..


Hero Filem Papa I Love U.. Zalif Sidek.. comel sangat


Mejar David Teo


Si Cantik Nisa Kay


Si comel, Pen Merah


Si comel & si cantik, Isteri Encik Bard


Jejaka Macho Encik Bard & Bro Framestone


Papa & Mia, comel sangat si Mia ni...


Salam sayang,
NURUL



Preview Filem Papa I Love U






Synopsis

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly. Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu. Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.




Trailer Papa I Love U
Preview tiket

Semalam Me berkesempatan menonton Preview Filem ni,First Thanks to metrowealthpictures untuk preview tiket tu. Syabas dan Tahniah me ucapkan kepada Pengarah dan barisan pelakon Papa I Love U. Memang cita yang sangat berkesan dalam hati me, Kalau tak tak akan lah air mata me banyak kali menitis masa menonton filem ni, Bagi me filem Papa I Love U ni memang filem yang wajib ditonton. Penuh dengan kisah kekeluargaaan, emosi, pengorbanan dan kepayahan dalam mendidik dan membesarkan anak. Filem ini berkisahkan Pengorbanan seorang ayah dalam mendidik sorang  anak tanpa mengira penat dan lelah. Memang Best.. x nak cita lebih-lebih nanti korang tengok sendiri k.. Sapa-sapa yang ada ayah tu, hargailah, jagalah dan berilah mereka kasih dan sayang selagi mereka masih ada di dalam dunia ni.. To Arwah Abah.. AL-Fatihah..

Salam Sayang,
NURUL

Worldless Wednesday: Happy Birthday Madammondoq!!



SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI


credit pic: FB Madammondoq

Salam sayang,
NURUL





Monday 26 December 2011

KITA MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA



Kecewa,kecewa dan kecewa ditambah lagi dengan sedih, betullah cakap orang tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan dengan lancar.. memang betul sangat..


ok tak nak bebel panjang panjang, camni cita dia, me dah rancang awal nak balik kampung terengganu sempena hari petunangan bapa sedara  me, hari khamis lagi me dah kemas baju bagai, sebab hari sabtu pagi tu me ada hal pluse g keje jap.. kalau ikutkan perancangan me naik bas pukul 11 malam hari sabtu tu, sebab ad birthday party anak member me kat office dia dah inform me sebulan sebelum tu lagi, sebab tu me g jugak then ejas ambik tiket lewat sikit. Hal cuti plak memang 4 sure ditolak, sebab 2 orang sekali apply, mana boleh pastu ditambah plak department me sekarang tak cukup orang dan ditambah plak keje tu hanya me dan member me je boleh buat. Memang me ada niat nak buat keje jahat nak ambik el, tapi fikir fikir balik department me tengah panas dengan kes el dan we all dah kena warning kat bos.. fikir fikir balik me tak berani lah dan ditambah plak musim nak dapat bonus ni.. pastu  ma cakap hari tunang dari hari ahad ditunda hari isnin malam. Melilau lah me g cari tiet untuk isnin malam tu.. cari cari semua penuh, call ma balik ma cakap nak buat macam mana.. so as me promise dengan ma minggu ni me balik kampung kat penang...


Baru je berangan bila balik terengaanu nak makan nasi dagang, keropok lekor puas puas, dah siap beberapa temujanji dengan kawan kawan  dan ditambah plak mak sdara me nak belanja ank sedara dia yang sorang ni makan.. huhuhu lagi lah bertambah sedihnye.. tambah apa nak buat mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi..


Salam sayang,
NURUL

SEGMEN: BLOGWALKING SAMBIL MEMFOLLOW :)



Join ni jom.. :)





terikh tutup: 30 Disember, pukul 1 petang


Salam sayang, 
NURUL


Segmen strawberry maneh



Tinggal lagi beberapa hari je lagi kan nak masuk 2012
sebelum berakhir jom join segmen ni dulu





Azam tahun baru me untu tahun 2012, paling utama yang me inginkan moga me cari dan jumpa pasangan hidup yang boleh bimbing dan didik me di dunia dan akhirat, kita hanya berdoa dan berusaha tetapi semuanya berserah kepada Ilahi dan yg Maha Berkuasa, AMIN..


nak tag semua pembaca blog me yang tersayang


Salam sayang,
NURUL


Sunday 25 December 2011

Happy 1st Birthday Si comel



Kejap je pejam celik pejam celik dah setahun si kembar & anak Lovely couple ni.. 

Happy Birthday sweetheart.. Be a good boys & girl

Si Kembar

Birthday girl with lovely brother


Salam sayang,
NURUL



Saturday 24 December 2011

Tahniah buat Yusry dan Lisa Surihani



Memang padan, sama cantik & sama padan

sekejap tadi diorang telah mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan berita gembira ini kepada media dan peminat




Lisa Surihani & Yusry (KRU) akan bernikah pada 23 Feb 2012 di Masjid Tuanku

 Mizan, Putrajaya dan bersanding pada 26 Februari 2012 di PICC


TAHNIAH!!


Salam sayang,

NURUL


Shoping-shopping dekat Ikea




Tujuan me ikea sebenarnya nak g shopping barang –barang untuk exchange gift Christmas untuk technician me. Almaklum lah setiap daripada kitaorang kena beli hadiah yang berharga RM15.00 seorang, so technician me tu bukannye jenis yang suka benda ni semua.. My boss mama suh collect duit ngan diorang pastu me g beli kat ikea.. oklah daripada last year punya boleh dikatan semua tu my boss g beli coklat. Tak de kenangan lah kan. Lepas makan terus buang. At least kalau beli barang ade kenangan yang boleh kita simpan.. opppsss ap yang me mengarut ni.. ok balik pada cita… me memang selalu sangat datang sini.. datang sorang –sorang ok.. sebab dekat sangat nagn rumah me, tapi malam tu nak beli barang banyak dan nak buat pilihan so me ajak tom temankan.. pusing punya pusing kat bawahlah hasilnya.. tapi dah siap dibungkus.. dah nama pun hadiah ye tak.. ;)


Salam sayang,
NURUL



Meatball Ikea kesukaan kitaorang



Dulu kecoh jap, yang meatball ikea tu x halal, dan pernah diarah tutup.. tetapi setelah disahkan halal oleh jakim foodcourt ikea untuk meatball kembali beroperasi dan dijual seperti biase. Meatball ikea ni memang kesukaan Tom untuk me oklah.. tapi tak lah suka sangat sebab me suka fries dia jer.. sedap.. So hari tu me & tom g makan kat sana, kali ni kitaorang just ambik yang kecik jer. Harga dalam RM4.90.. kebetulan kitaornag pergi public holiday so ramai lah sikit orang jer.. sape-sape yang g ikea singgah lah kat foodcourt dia yer.. macam macam makanan ade kat sana dan yang paling penting harga dia sangat berpatutan dan air dia boleh refill.. itu yang penting.. huhuhu







Nilah makanan kitaorang..



Peneman setia.. ;)


Budak chubby..;)


Salam sayang,
NURUL




GiveAway by darkbatman.com





Jom Join ni CIk May & Anne


Hadiah-hadiah seperti kat bawah





Salam sayang,
NURUL


Friday 23 December 2011

GA TERAKHIR 2011 CIK MAY



Hari-hari me singgah blog  Cik May ni, sekarang baru ada masa nak join GA dia





Me syukur sangat apa yang me cita-citakan semuanya tercapai, yang paling utama adalah bawa kereta.
Kalau nak tahu, masa mula- mula me dapat kereta November 2010 baru je seminggu kete baru tu keluar me dah g langgar bucu tiang, aduhhh sedihnya tak boleh nak cakap, hati ni bagai dihiris sembilu, so 2011 me berazam nak bawa kete hati -hati & dan jadi pemandu yang berhemah, Alhamdullillah setakat ni hajat & impian me memang berjalan dengan lancar. Dan kereta juga dijaga dengan elok..

Salam sayang,
NURUL



GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM



Me nak join contest ni dari Kak Ina KL. Me selalu baca blog dia dan pernah jugak terserempak dengan kak ina masa tengok pratonton satu movie tu dekat e@curve.. tapi masa tu Kak Ina busy borak, ingat nak tegur lepas habis movie, last2 minit habis je wayang me kena balik cepat..orang cakap x de jodoh, Tak pe in future kalau terserempak mesti tak akan lepaskan peluang nak tegur Kak Ina..






Me suka baca blog Kak Ina KL ni sebab blog dia penuh dengan informasi, selalu update dan yang paling me suka banyak resipi-resipi makanan. Dan kak ina ni jugak tak kedekut dengan senyuman, kalau tak caya tengok semua gambar dia.. sejuk mata memandang, tengok Kak Ina KL teringat kat Ma.. Oh yang penting esok dapat jumpa Ma.. Hepi.. ;)


JOm kita ramai-ramai join kat sini

Dan jangan lupa jugak kita singgah kat FB Kak Ina KL



Salam Sayang,
NURUL


Thursday 22 December 2011

Coklat Import jauh dari Singapore



Minggu lepas budak office me pergi singapore
masuk masuk office je terus bagi ni





Kalau nak ikutkan kat sini pun ada.. huhuhu, Terima kasih.. suka dapat coklat.. ;)


Salam sayang,
NURUL

Tuesday 20 December 2011

Tampil Hebat dan bergaya dengan Wacoal



Hari jumaat hari tu me berkesempatan menghadirkan diri ke cocktail party yang telah dianjurkan oleh Wacoal Malaysia untuk meraikan tahun yang ke lapan kejayaan diorang beroperasi di Malaysia yang bertempat di Senja Restoran Itali, dekat Saujana Hotel. Kalau sape-sape yang belum pernah dengar pasal Wacoal ni. Wacoal ni adalah satu jenama yang besar dalam industry pakaian dalaman wanita macam bra, panties dan lain-lain pakaian dalam wanita. Diorang menghasilkan produk dan rekaan terkini menggunakan fabric yang berkualiti dan paling utama memberi keselesaan at the forefront kepada kaum wanita.

Cocktail Party ini diadakan juga bertujuan untuk meraikan rakan-rakan perniagaan Wacoal Malaysia, Antaranya metrojaya, Parkson dan ramai lagi. Dengan tema "Come rain or Come Shine" diorang menampilkan rekaan terbaru diorang yang diberi nama "Fanstasy collection".

 Sampai tu register dulu


 Band group yang mengiringi majlis pada malam tu

Majlis bermula dengan tarian balet dari si kecik comel ni



Penngacara majlis malam tu, si cantik Stephanie Chai



Ucapan dari Encik Hisao Sugiyama, Pengarah Eksekutif Wacoal

Dah nama pun makan kat restaurant itali, off course lah makanan itali disediakan.. sedap.. yang paling me suka mashroom & salad diorang.. sedap..

Antara Makanan Yang telah dihidangkan
















Bila semua perut tetamu telah diisi dengan pelbagai jenis makanan bermulalah pertunjukan pentas di mana Wacoal menampilkan beberapa model yang telah memperagakan pakaian dalam wanita daripada Fantasy collection. Fantasy collection dihasilkan dari 15 warna zesty, corak dan rekaan pakaian dalam yang halus dan sejajar dengan trend wanita, bak kata Encik Hisao Sugiyama "Untuk memenuhi Impian seorang wanita Cantik". Lepas pertunjukan pentas majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua rakan kongsi Wacoal.. dan yang paling best cenderahati frame bra ok..

Antara-antara Fantasy collection Wacoal



Yang ni jelah yang me rasa ok untuk letak dalam blog, gambar lain mintak maaf lah yer.. Sensor sangat


 Antara rakan -rakan perniagaan Wacoal Malaysia






Majlis diakhiri dengan tarian dari si comel penari balet.. satu malam yang best sangat, enjoy the show, dan yang paling penting dapat jumpa dengan member member blogger yang baru. Once again thanks to madammondoq & Kay Silva sebab sudi jemput me & yang paling penting thanks to Wacoal Malaysia sebab sudi jemput kitaorang blogger-blogger ke coktail party ni.

Penutup majlis


Dengan Mr. Vincent Leong, Pengarah/Pengurus besar Wacoal Malaysia

  
 dengan Si cantik, Kay Silva


 Member-member blogger


Salam sayang,
NURUL