Wednesday 30 November 2011

GA KEDUA CIK MAY: SAYA NAK KUPON MANJAKAN BADAN KAT SPA



Mood Me yang tak berapa ok hari ni disebabkan oleh perangai customer yang pelbagai hari ni
Tapi bila bukak je blog Cik May ni



terus sejuk jer rasa hati me ni.. Otak yang berserabut bagai terus cool jer
Yelah nak bagi kupon spa free tu




ME
off course lah me nak join..kalau ade rezeki me, bolehlah releasekan tension ni kan

Nak join contest ni nak kena pandai bodek yer Cik May
Kalau camtu kita nak bodek Encik tunang Cik May dulu boleh
Nak bodek-bodek dia suh dia pujuk Cik May bagi kupon spa tu dekat Nurul
hehehehe


Ok, kalau korang semua nak join klik kat link dibawah:-

Tarikh tutup:-
3 Disember 2011


Salam sayang,
NURUL




Semoga berjaya Puan Bee.com!!


Nak tahu tak??
Nurul sertai contest komen dan menang khas untuk support Puanbee.com dalam perjuangan merebut Gadjet Impiannya

Nak tahu apa gadjet impian Puan Bee

NI DIA!!!



Samsung Galaxy SII ok..


Kalau nak join klik sini jer ----> http://puanbee.com/contest-komen-menang/

SEMOGA BERJAYA PUAN BEE

Salam sayang,
NURUL





Tuesday 29 November 2011

Contest dari Pak Lan



Me nak join contest yang dibuat oleh Pak Lan , Kalau korang nak tahu Pak Lan buat contest ni bersempena kejayaan yang dia perolehi iaitu daripada akulahpaklan.blogspot.com ke www.akulahpaklan.com.


Hadiah yang ditawarkan sangat best & menarik minat me
Kalau tak caya tengok kat bawah ni:-


Best kan hadiah dia

Me pun first time tengok barang ni,
kalau korang nak tahu ni adalah sebuah external speaker yang berkeupayaan untuk menjadi sebuah radio FM, boleh memain lagu MP3 melalui USB dan memory card.
Sangat best kan


Dan Kenapa me patut dapat hadiah ni sebab warna dia biru lautan, dan first time me tengok gambar hadiah ni kat blog Pak Lan memang terus jatuh cinta dengan mu wahai si biru. Ditambah pulak dengan fungsi-fungsi dan service yang si biru sediakan. Dapatlah me gunakan dikala me boring untuk dengar lagu, tak payah dah nak bukak laptop, tv bagai. Hanya menggunakan si biru ni jer. Dan kalau nak bawak g jalan mana-mana pun senang jer dengan adanya si biru ni. Harap-harap me berpeluang memiliki si biru yang comel ni.


sekali lagi,
Tahniah diucapkan dekat Pak Lan 
dan time kasih jugak sebab jemput me untuk join contest ni.. harap harap dapat jadi orang yang bertuah lah yer..


Ok kalau korang semua nak join klik kat sini jer 
tarikh tutup dia esok 30/11/2011
cepat-cepat masih belum terlambat mana tahu ade rezeki korang jugak kan.


salam sayang,
NURUL




Walaupun dah jadi tunang orang, saya tetap sayang awak



Hehehe al-maklumlah kawan me yang sorang ni kan dah jadi tunang orang
Hari sabtu hari tu bersamaan dengan 26 November 2011, Tom balik keje dia bawak balik sepotong kek
Sian dia, duit-duit x de pun beli jugak kek untuk me yelah kan kita semua belum gaji lagi


Nilah kek coklat yang Tom beli


Pastu petang semalam Tom nak balik keje dia call me, tanya nak makan ape-ape tak.. dan kebetulan me dah kenyang sebab lepas g berdating dengan tetikusrusak me g makan dengan budak kecik dulu, Tapi semalam dia balik rumah, dia bawak balik kek lagi.. hehehe suka sangat.. sayang awak lebih lah.. ;)


Kek pandan layer.. sedap


Time kasih Tom & Jerry, sama macam tahun lepas pun Tom bagi kek jugak untuk hari kebesaran me. To Tom & Jerry, semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin. Amin..


Yang ni tahun lepas punya, Memang sedap gila..


Salam sayang,
NURUL





Dapat hadiah best dari tetikusrusak.net



Semalam me ada dating dengan tetikusrusak aka Kak Jue
Tak tahu lah kenapa me lebih suka panggil dia dengan nama Kak Jue, walaupun dia memperkenalkan diri sebagai Kak Ita, hehehe selamber je me ni..


Then semalam Kak jue ada bagi hadiah untuk hari kebesaran me


Jeng, jeng, jeng comel sangat!!







Suka sangat - sangat

Thanks Kak Jue aka tetikusrusak

tapi balik rumah baru ingat terlupa nak ambil gambar dengan Kak jue
nak tau me dating ngan Kak Jue sebab  ape.. nanti me cita ok..

Salam Sayang,
NURUL


Sunday 27 November 2011

Saya mahu ole-ole dari sabah



Me nak ole-ole dari sabah ni



kalau nak join klik kat  sini

Me pernah jumpa dengan bro Eyriqazz
Orang dia suka senyum, ;)

Good luck Bro untuk Contest gadget impian


Salam sayang,
NURUL



HASRULHASSAN.COM -Pra Contest 2011



Selamat petang,
Yang ditunggu -tunggu sudah pun tiba



Me nak join ni Pra contest anjuran HasrulHassan.com .  Soalan dan jawapan ada kat bawah ni:-


Soalan Pertama 

Berikan 3 daripada 10 blog yang menjadi Top Referrer Oktober 2011 untuk blog ini? Sila dapatkan link/url blog tersebut.



Soalan kedua 

Sila berikan 5 skrip drama yang ditulis oleh Adza Irdawati/Martias Ali yang telah ditayangkan di RTM?

- Tuah Tertipu
- Cuci-cuci Services
- Songkok
- Lorong
- Bola cinta


Soalan ketiga

Blog ini pernah tampil dalam sebuah majalah tempatan, apakah majalah tersebut?

In Trend isu bulan Februari 2011


Harap-harap ada rezeki untuk menang, Amin.. Selamat menyambut Maal Hijrah..


Salam sayang,
NURUL

CONTEST HADIAH BEST by JALAL




Petang petang camni me nak join ni

kalau nak join klik kat sini

 Anne  & Cik May
jom join ni mana tahu ada rezeki kita :)




Hi, Nama Me Nurul atau dalam dunia blogger dikenali dengan nama Siezuka
Baru je sambut hari jadi yang ke 25 semalam
so me nak hadiahkan something untuk me


kredit pic dekat sini

Me dah lama idam-idamkan selendang zulaikha ni..
Sebab ia cantik, trend terbaru dan menutup aurat
Suka sangat-sangat

Me harap Mr. Jalal yang baik hati dapat tunaikan permintaan me

Selamat menyambut Maal Hijrah

Salam Sayang,
NURUL





Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah



Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)
Kredit to ini


Salam Maal hijrah me ucapkan untuk umat islam di seluruh dunia



credit pic to ini

Salam sayang,
NURUL





Di Hari kebesaran Ku, Aku Beryukur pada Mu Ya ALLAH



Alhamdullillah Dengan Limpah kurnia dan izin Allah S.W.T umur me telah cukup sempurna
25 Tahun
Bersyukur pada Mu Ya Allah dengan rezeki yang diberikan selama ini
Bersyukur sangat2


Me pernah cita kat sini yang me telah hadiahkan something dekat diri sendiri untuk menggubat hati me yang kecewa dengan handphone blackberry, kalau nak ingat balik baca kat sini.

Dan seperti yang dijanjikan

jeng..jeng..jeng..


Samsung galaxy tab 10.1


Sangat-sangat jatuh cinta dengan nya.. My new boyfriend..


ME  & New Boyfriend


Syukur, My Baby Siezuka pun dah genap-genap setahun, sama dengan hari besar me. Itu adalah hadiah yang me hadiahkan untuk diri sendiri tahun lepas.. Alhamdullillah.. Time kasih jugak untuk Ma & Adik Mat insan yang tersayang dalam hidup me. Sayang sangat-sangat.. tak sabar bulan 12 ni nak balik kampung, jumpa dengan diorang. Dan tak lupa jugak kawan-kawan yg ingat hari besar me, sayang sangat kat korang semua.


Salam Sayang 
NURUL


Friday 25 November 2011

Dapat hadiah dari Raja



Hehehe lepas g sembahyang petang tadi, balik-balik je tempat me atas meja me ada satu hadiah
sukanya.. Thanks Raja Ida






Belum bukak lagi, ida cakap bukak malam ni jer.. hehehe, Sepanjang me kenal ida, tiap-tiap tahun bila sampai birthday me, mesti dia akan bagi hadiah.. hehehehe time kasih ida

Ni hadiah tahun lepas.. suka sangat :)



Salam Sayang,
NURUL





Tergoda dek Macaron yang seksi



Me nak join satu cabutan bertuah ni


Kalau nak join jom join kat sini

Sebabnya:-

Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!


Salam sayang,
NURUL
Apepun Good Luck


Shila Amzah buat siezuka suka dia



Suka sangat tengok koleksi video Nyanyian Shila Amzah kat You tube 
 suka dengan suara, vokal dan nyanyian dia
Dan dia sangat comel


credit pic to Fanpage Shila Amzah 

kalau tak caya jom tengok kat bawah ni, ni antara koleksi-koleksi nyanyian dia yang me suka lah.. kalau nak tengok lagi banyak pergi You tube taip nama Shila Amzah, mesti akan jumpa semua video nyanyian dia.


Jangan lupa like Fanpage Shila Amzah  


Patah Seribu




Marry you




Lelaki seperti




I do



Ni antara jer.. banyak lagi semuanya Me suka
Congrats Shila Amzah


Salam sayang,
NURUL



Siezuka ada dating dengan Far East Movement

 

So dengan bangganya me nak inform me dapat 2 keping tiket
me akan pergi dengan Crencko Herwa




berdatinglah kita 3 disember ni Crencko Herwa dengan Far East Movemont

Salam sayang,
NURUL



Thursday 24 November 2011

Indahnya Wajah Ciptaan Tuhan



Petang tadi me tengok satu pemadangan yang sangat indah dari office me. Ya Allah indahnya Ciptaan Mu.
Dah lama tak tengok pemandangan yang macam ni. Yelah sekarang ni asyik hujan jer kan.




Aku bersyukur padaMu Ya Allah

Salam sayang,
NURUL




Makan makan dengan Harimau Muda Malaysia



Semalam tom cakap nak masak. So petang tu lagi Tom dah call me, nak makan apa malam nanti sambil-sambil tengok perlawanan bola sepak untuk pra kelayakan suka Olimpik di antara Harimau Muda dengan Syria. So me cakap kat Tom nak makan Kuey teow goreng dengan udang. Tapi Tom cakap dia nak makan nasi air ( kalau kat terengganu) kalau kat KL dipanggil dengan Bubur nasi. Dan keputusanya dua2 Tom masak.. Me balik keje semalam pukul lapan lebih .. Wah sukanya balik-balik tengok makanan dah terhidang atas meja makan.. So apa lagi terus pergi mandi pergi sembahyang dulu, lepas tu terus start dengan sesi makan-makan kitaorang sambil tengok bola. Tapi semalam permainan dan kecergasan Harimau Muda kurang, kepenatan dengan Sukan Sea lagi kot.. Ape-apepun bangga dengan Skuad Harimau Malaya dan kitaorang kekenyangan, Me bola dah separuh permainan me dah masuk tido. Dan dengan itu pagi ni me sampai office agak awal.








Salam sayang,
NURUL



Wednesday 23 November 2011

Nak Blackberry Bold 9700 tak???



Entry bukan main lagi.. dalam dunia ni tak ade yang free ok..





Blackberry memang the best handphone yang pernah me pakai. Tapi me nak cita kesedihan yang me alami.. sebelum ni me pernah cita hal ni kat sini tapi sekarang ni memang dah betul-betul confirm tak boleh pakai lagi.. Sedihnya dah lah nak sampai RM1K me beli blackberry tu.. Tapi apa boleh buat dah tak de jodoh.. kesilapan me sendiri jugak. Resit belian tu x tahu hilang ke mana. Satu kecuaian besar yang telah me lakukan, lepas tu pulak dah hantar repair diorang nak charge lebih kurang RM350, tapi me buat keputusan x nak repair dah, sebab takut bila repair nanti still lagi jadi problem yang sama, diorang cakap software problem lah.. macam -macam lah. So keputusan me sekarang biarlah dia macam tu jer.. tunggu duit bonus masuk baru lah boleh beli phone baru.. Tapi me hepi sangat sekarang sebab sebelum raya haji hari tu me hadiahkan something yang me idam-idamkan untuk diri sendiri. later me cita hal tu ok..


Salam sayang,
NURUL


Worldless wednesday: Makanan Wajib musim mengawan





Salam sayang,
NURUL




Pencinta Tobasco Sauce?? Baca ni sekarang!!



Adakan anda pencinta TOBASCO SAUCE???
ala kalau kita makan dekat Pizza Hut tu diorang selalu sediakan sos ni.





Me baru dapat email dari budak office pasal hal ni. Kalau korang nak tahu TOBASCO SAUCE telah diisytihar HARAM dimakan oleh orang islam. Surat daripada JAKIM pun sudah dikeluarkan kepada pihak TESCO. Alhamdullillah me ni memang tak suka TOBASCO SAUCE. Kesian kat budak office me dia ni memang kaki pizza & TOBASCO SAUCE ni memang kesukaan dia lah... tak pe sekarang kita dah tahu so jangan makan lagi yer budak kecik..



Salam Sayang,
NURUL


Tuesday 22 November 2011

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement & DJ Earworm Live in Malaysia






Selamat Petang kawan-kawan, sambil-sambil menikmati nasi goreng yang sedap ni, Me nak bagitahu me nak sangat dapatkan sepasang tiket percuma bernilai RM2++ dari Bro Framestone & Universal Music Malaysia" seperti poster di atas tu sebab me tak pernah menghadirkan diri dengan konsert sebegini besar dan ditambah pula dapat berjumpa dengan Far East Movement yang terkenal dengan lagu Like aG6 dan Rocketeer. Di samping tu jugak kalau me dapat tiket ni me nak bawa sorang kawan me yang sejak kebelakangan ni sedikit moody disebabkan masalah yang menimpa dia. Kalau me menang me janji, dia yang me pilih untuk bawak pergi sana. Sebab dia memang aktif dengan konsert-konsert besar begini..


Konsert Moovment 2011 yang bertempat di Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park akan di adakan pada 3 Disember 2011 ini.


Artis yang akan menjayakan konsert ini adalah Far East Movemont (yang terkenal dengan lagu Like A G6 dan Rocketeer) dan juga DJ Earworm. Konsert ini di bawa khas oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Conserts bersama-sama dengan TuneTalk Mobile Prepaid dan ia juga akan dimeriahkan lagi oleh DJ Crystal dan DJ Junior dari Taiwan. Dan tidak lupa juga dari Malaysia iaitu DJ Ken dan Jakeman.


Maklumat Mengenai konsert ini adalah seperti berikut:


Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 2.00amTempat: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park

Harga Tiket: RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone)*Harga termasuk tax RM3 dari AirAsiaRedTix
** Remaja bawah 18 tahun tidak di benarkan

Kaunter tiket AirAsia RedTix
* Tiket hanya dikeluarkan pada 26 Oktober 2011 ke atas.

Victoria Music Centre1) Sungei Wang (TEL: 03 - 2148 7208 & 03 - 2142 0661)
2) Amcorp Mall (TEL: 03 - 7956 0592)
3) Tropicana City Mall (TEL: 03 - 7722 2955)
4) Bangsar Shopping Centre (TEL: 03 - 2093 1093)

Rock Corner1) The Gardens Mall (TEL: 03 - 2284 4893)
2) Mid Valley Megamall (TEL: 03 - 2284 1423)
3) KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
4) Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
5) The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
6) One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)

Uuntuk pembelian secara online, layari: www.AirAsiaRedTix.com/Events/Moovment atau hubungi 03-8775 4666 untuk maklumat lanjut tiket.

Dan untuk maklumat lanjut mengenai MOOVMENT 2011, sila hubungi:-
- Marctensia Concerts at 03-2092 1199 or log on to www.marctensia.com
- Universal Music Malaysia at 03-7958 7433 or log on to www.universalmusic.com.my


Harap me ada peluang untuk menang!

Salam Sayang,
NURUL


Selamat tinggal Bangkok, selamat kembali ke malaysia



Hehehehe g Bangkok dah nak masuk sebulan lebih, baca-baca balik entry Bangkok night Part 1 & Bangkok night Part 2 rupa-rupanya me terlupa nak sambung yang last episode punyer.. aduuhhh cuainyer.. Tapi tak per hari ni me akan story balik hari ni ok.


Hari yang last hari tu we all check out hotel lepas breakfast, dah berkumpul semua, dah settle segala urusan dengan hotel, lepas tu kita semua gerak pergi shopping!!! Yelah last day kan, cakap Bangkok mestilah kena shopping ye tak.. hehehehe, last day tu kitaorang semua diberi masa dari pukul 12 hingga pukul 5 waktu Malaysia, sebab we all nak gerak g airport awal kena harungi kesesakan lalulintas lagi. Kitaorang gerak ke Central world Mall & Pratunam market. So apelagi, kita semua lebih kurang dalam 15 orang kot gerak dalam satu group, kita yang melayu ni off course lah kena jalan sesame sebab nanti senang nak makan.. sebab hari tu kita smua kena makan sendiri, travel agent tak sediakan makanan.. bermula ngan jelajah masuk kedai sana, keluar kedai sini, masuk gedung sana, masuk gedung ni, tengok barang tu, tengok barang ni, bukan itu jer duit dah habis shopping tukar lagi ngan member yang tak der mood nak shopping.. Me ni dah berapa kali tukar duit pun tak tahulah.. sebab baju & beg kat sana murah gila, 2 kali ganda dengan kat sini ok.. memang gila lah kalau bab2 shopping ni sebab murah sangat..






Tapi yang menjadi cuaknya kitaorang yang melayu hari tu, yelah dah penat jalan sana jalan sini, perut pun dah lapar, Ya Allah tuhan je tahu macam mana payahnya kitaorang nak cari kedai makan yang halal, yelah mcdonalds diaorang pun tak halal ok.. (thanks Mama sebab inform kitaorang awal-awal lagi) Punya payah kitaorang pusing sana pusing sini cari kedai yang halal, kemudian kitaorang pergi ke food court dekat Pratunam market tu, tapi nak sampai ke foodcourt tu kitaorang ade bising-bising skit.. yelah kitaorang dah sampai atas berkumpul kat sana, then tunggu lagi 3 orang, pastu kitaorang nampak diorang tunggu kat bawah, nampak macam diorang tercari-cari orang, kitaorang panggil tak dengar, pangil2 sampai hilang suara.. then nasib baik diorang berpaling kea rah kitaorang. Rupa-rupanya diorang cari me & kak na, diorang cakap we all pergi arah lain dalam erti kata lain sesat lah.. hehehehehe, gelak tak habis lah kitaorang lepas tu.. then teruskan misi mencari makanan.. pusing-pusing food court tu cari kedai halal tak ada pun, then kitaorang tanye counter ade satu je kedai yang halal.. Kita semua makan kat situ jelah.. sebab perut semua dah lapar mintak diisi.. Lepas dah makan kita semua pergi balik tempat yang kitaorang kena berkumpul tu, lepas tu on the ke Suvarnabhumi Int’l Airport. Kitaorang sampai awal, lepas dah kemas-kemas balik beg, dah dapat tiket then terus check in lepas tu ronda-ronda dalam airport dulu. Tunggu punya tunggu flight kitaorang delay disebabkan hujan yang sangat lebat.. Me oklah sebab sebulan sebelum kitaorang pergi lagi dah me apply cuti keesokkanya tapi technician kitaorang cuti dibekukan untuk hari tersebut. Sape-sape pun tak boleh apply leave. Ambik kau macam-macam ragam ade, ade yang tido, ade yang lepak, ade yang makan, macam-macam lah, dan akhirnya pukul 3 pagi baru Me sampai office dan terus balik rumah, kesian dekat technician kitaorang, pkul 8 dah kena datang keje..












Pergi Bangkok ni best tapi kena pergi dengan travel agentlah dan kredit lah kalau ada sedara mara atau kawan-kawan yang tinggal kat sana & boleh bawak kita pusing Bandar Bangkok. Sebab kat sana shopping memang teruja lah untuk golongan wanita macam me ni, tapi orang lelaki pun apa kurangnye kan shopping. Makanan bagi kita orang muslim jer yang payah nak cari tapi moral of the story lain kali kalau nak pergi holiday pun kena buat banyak persediaan awal.



Salam sayang,
NURUL


OPPSSSSS...

sebelum tu ANDA rasa anda COMEL & CANTIK tak?? kalau COMEL & CANTIK jom VOTE for madammondoq.com KAT SINI

TERIMA KASIH





Monday 21 November 2011

Tahniah harimau muda dari rakyat malaysia!



Dan Akhirnya
harimau malaya berjaya mengaum mengalahkan pasukan garuda!!
aduh nak tunggu ke pengghujung, dari dua masa tambahan tambah lagi ke sepakan penalti nak tercabut nyawa rasanya..
dan alhamdullillah berpihak kepada kita
sekali lagi tahniah!!





Salam sayang,
NURUL


semoga berjaya Harapan Negara Harimau Malaya



Sekejap jer lagi akan berlangungnya perlawan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara bola sepak untuk Sukan Sea 2011. Perlawan dia antara Harimau Malaya & Skuad Garuda Indonesia




Apa-apa pun
GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!

Salam sayang,
NURUL


P/s: rasa nak report dekat goverment je sebab bos me bekas pekerja kerajaan sokong indonesia!! sangat tak suka!!

Wahai Blogger, Jom Berkenalan



Selamat petang, Bro Hasrul Hassan buat segmen
Off Course lah me join


Jom Join Kat sini


Kalau sapa-sapa yang baca blog me, mestilah kenal me, Me cik nurul aka Cik Akmal atau kalau dalam dunia blogger dikenali dengan nama Siezuka. Blog me adalah blog personal, semua yang terkandung dalam isi hati me, me luahakan di sini. Me mula berblogging ni Febuari tahun ni dan tujuan me buat blog ni untuk menambah kan pengetahuan, idea dan isu semasa serta dapat menambah lebih ramai kawan.


Salam sayang,
NURUL


Percubaan pertama dengan Mary Kay



Semalam lepas g dating dengan lisa surihani terus me memecut bawak kereta ke Jaya 33 untuk party with Mary Kay. Me pergi ni pun sebab nak tahu cara-cara nak make-up. Al maklumlah me ni bukannye jenis yang kaki make-up. Pergi keje pun hanya setakat bedak dengan lipstick jer, kejap jer dah sampai tengahari semua dah hilang.. kalau datang angin baik jer me pakai lebih skit.. itupun sebulan 1 kali je kot ataupun x pernah langsung.


First we start dengan cuci tangan dulu.. oh suka sangat dengan srcub & lotion yang bau apricot tu.. Best sangat. Kemudian kitaorang start dengan lipstick dulu.. then akak consultant kitaorang cakap bibir me ni semua warna pun sesuai.. Dan sebab tulah me dah pening nak pilih warna ape. tapi me suka sangat dengan Toffee, Shell & Apple Berry.. Lepas dah try dan pilih mana yang sesuai dengan kulit, kitaorang sambung dengan Foundation, eyeshadow, mascara, eyeliner.. dan tips yang me dapat kat sana kalau nak nampak lagi muda jangan pakaikan eyeliner kat bawah mata. Tapi akak consultant cakap mata me dah tak payah pakai eyeliner kat bawah mata, sebab bulu mata dah lebat.. lebat ker??


ape-apepun isi detail dulu


Mary Kay


Try All lipstick dulu


All foundation, Suka sangat foundation dia


Collection of lipstik, I love Toffee


Sesi make-up


Tepek lah macam mana pun, asalkan jadi yang diajar


Terover make-up sudah


Lepas di make over.. malu plak tengok muka sendiri..hehehe ;)


Dengan kawan baru


dengan Kak wanitamutalib


Memang best.. Ok kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Mary Kay boleh refer dekat consultant Mary Kay yang comel ni Cik Rusniza.


Salam Sayang,
NURUL