Sunday 30 October 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog



Selamat petang semua,
Cantik banner kat bawah ni kan
Jadi,




Me nak share dengan kawan - kawan semua setiap kali me online me akan baca dua blog ni Abg Ben Ashaari  & Lyssa Secret, sebab blog diorang penuh dengan isi, info & yang paling penting tips-tips untuk para blogger dan empunya blog amatlah mulia sebabnya diorang tak pernah kedekut ilmu untuk share tips & cara -cara ntuk menjadi blogger yang berjaya dan ini amatlah berguna untuk me sebagai seorang blogger yang baru.


Tapi yang me harapkan supaya Abg Ben Ashaari  & Lyssa Secret sudi luangkan masa untuk follow balik semua bloggers.. sebab bagi me sebagai blogger baru sangatlah penting untuk saya dapatkan feed back dari dua otai dalam dunia blogger kerana ini sangat bermakna bagi me sebab kita dapat support dari dua guru dan dapat meneruskan lagi semangat untuk berjaya dalam dunia blogger & berharap dapat curahkan lagi ilmu dekat kita semua sebagai blogger baru, dan cuba adakan contest untuk blogger itu akan dapat memajukan lagi dua blog ni.. Kalau Abg Ben Ashaari  dapat tukar header baru kat blog abg ben dengan gambar yang lagi hensem tu menarik jugak.. ;)

Terima kasih


Salam sayang,
NURUL




Tahniah!!! Dah jadi tunang orang.. jangan nakal-nakal yer...



Me memang dah agak dan boleh baca dari awal lagi si jejaka akan mengikat tali pertunangan dengan si cantik. Sebab bila baca status si jejaka & si cantik dekat FB tu macam ade something happen dekat diaorang berdua.. Sebelum ni penah chat dengan si jejaka tanya pasal hubungan diorang, sebab muka diorang kalau korang tengok macam adik beradik, tapi nak cakap adik beradik macam couple.. dan dengan tulus ikhlas dan jujurnya si jejaka bagitau me yang si cantik tu adalah kekasih dia. Hehehe betullah tanggapan me selama ni. Dan me pernah dengar orang-orang tua dulu-dulu kala cakap kalau muka couple tu sama dengan pasangan, diorang bagitahu jodoh diaorang kuat..


Dan menguatkan lagi firasat me yang sedang berkata di minda bila pagi ni me baca blog Abg Ben Ashaari dia ade tulis entry pasal blogger bertemu blooger akhirnya bertunang sudah, dan memang sah me rasa memang diorang. sebab si jejaka ni kawan baik dengan Abg Ben. Dan me contact diorang dan si jejaka mengaku sudah bertunang. hehehehe...


To si jejaka dan si cantik tahniah me ucapkan.. cepat-cepat makan nasi minyak ok dan jangan lupa jemput me..& to si jejaka saham anda sudah jatuh,.. hahaha gurau jer.. jangan nakal-nakal.. & to si cantik sorry me selalu panggil dia kakak.. (tolonglah nurul kembali ke alam nyata, si cantik ni lagi muda dari engkau ok).. sangat best kenal ngan diorang sebab diorang semua baik. Dan kerana diorang jugak lah me ade bersemangat untuk teruskan berblogging ni.. Thanks si jejaka & si cantik...


Salam sayang,
NURUL




1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!



Salam hujung minggu.. wah bestnye cuti..
cuti -cuti ni nak join ni lah. Mr Baiz nak bagi hadiah
suka-suka :)


kalau nak join jom ramai ramai join kat sini


Eh jap..
cam biasa x nak join sorang - sorang
dan nak ajak jugak Abang ensem,


to Abang ensem jemput join yer.. jangan merajuk lagi.. hehehehehe


Salam sayang,
NURUL




Saturday 29 October 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com



Wah akak Penmerah kita buat Give away.. nak join..
mane tahu ade tuah kan


jom join ramai kat sini


Tapi cam biasa me tak nak menang sorang-sorang
me nak ajak:-
jom join ramai-ramai


Salam Sayang,
NURUL






HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru



Nak Join ni:-


kalau nak join klik kat sini ok!


Salam Sayang,
NURUL






Maharaja Lawak Mega



Semalam me berkesempatan tengok maharaja lawak mega, Maharaja lawak mega ni merupakan satu program yang berebut juara Maharaja lawak mega dan menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura & Indonesia. Ac Mizal memang dikekalkan untuk menjadi pengacara majlis.  Dan semalam jugak diorang umumkan juri-juri tetap diorang. tapi tekerjut jugaklah me sebab juri-juri yang dipilih memang tak pernah dan tak ada kena mengena  langsung dengan bidang lawak. Tapi bagi me ini adalah sesuatu keputusan yang bijak dipilih oleh pihak astro.


Juri tetap yang dipilih ialah Dato' Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Dato Siti Nurhaliza, Dan untuk minggu yang pertama semalam penyanyi dari negara jiran kita Amran Ajmain telah dipilih untuk menjadi juri jemputan.


Peserta terdiri daripada yang berkumpulan dan ada yang solo:-




Berkumpulan:-

Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:-

Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid


Untuk minggu pertama berjalan dengan lancar dan normal lah ade yang boleh menghiburkan hati dan ade yang tak boleh.. tapi ape-ape pun untuk minggu pertama tiada sebarang penyingkiran dilakukan. Nantikan Maharaja lawak mega minggu kedua minggu depan.. dan jangan lupa like fanpage maharaja lawak mega .


Salam sayang,
NURUL


Friday 28 October 2011

Yogurt Vs Amplang



Kalau sapa yang tak tahu amplang ni ape.. Keropok amplang asalnya hanyalah makanan ringan masyarakat Melayu berketurunan Bugis di Sabah. Kebiasaannya keropok empat segi itu menjadi makanan ringan keluarga yang dimakan sambil menghirup kopi panas. Tidak tahu mengapa keropok tersebut berbentuk empat segi, bukan bulat atau bentuk lain. Kata orang, mungkin itulah kelainan sebagai daya penariknya Tiada siapa menyangka keropok itu yang dahulunya merupakan antara makanan tradisional penduduk desa kini sudah dikomersialkan . Tidak salah dikatakan, amplang sudah menjadi sebahagian makanan ringan orang Sabah dan antara makanan ringan yang harus dibawa pulang jika berkunjung ke negeri sabah.


Me kalau si wawa budak department me balik sabah, mesti dia kan bawak balik amplang. rasa dia macam keropok ikan. sedap.. Dan me ni jenis yang suka pelbagaikan makanan.. orang tak buat tapi me buat.. kebetulan ade yogurt, so me makan yogurt tu dengan amplang.. pelik diorang dengan cara me makan.. hehehehe.. pelik-pelik pun yang penting masa masuk dalam mulut tu SEDAP!!






Salam sayang,
NURUL





Wednesday 26 October 2011

Wordless Wednesday: I LOVE U





Salam sayang,
NURUL




Happy Deepavali



Hari ni hari semua penganut agama hindu meraikan hari deepavali
Selamat hari deeepavali to all my friends yang menyambutnya
terutama kawan-kawan kat department me
Nita, Kak Ambi & Kak Sumathy & all my hindu technician


Sebut pasal kak Su we all selalu marah dia sebab dia cakap dia tak celebrate deepavali sebab husband dia chinese.. Kak Su memang penghibur kitaorang.. kena marah dengan kitaorang pun buat muka selamber dia jer.. tapi time dia angin tak elok, nak tegur pun takut


So minggu ni memang sunyi kat office me
yelah ramai yang tengah bercuti & harap - harap jugak esok & jumaat tak banyak call service dari customer, kalau tak pening lah mana technician ramai yang bercuti lagi,
but so far isnin dengan selasa hari tu alhamdullillah x de masalah


Hari ni hari rehat untuk me, kemas rumah kejap pastu dari pagi sampai sekarang asyik rehat jer
yelah dah namanya public holiday.. Esok bermula balik rutin harian macam biasa..


Salam sayang,
NURUL




Friday 21 October 2011

Jangan ditanya soalan ini!



Bila nak kahwin?
Bila nak kahwin?
&
Bila nak kahwin?


Jawapan me: Belum jumpa apa yang dicari


Kalau orang yang bujang, soalan ni mesti akan sentiasa ditanya. Kadang-kadang dah naik bosan. Semua orang nak ke hidup mereka diakhiri dengan gerbang perkhawinan, mempunyai keluarga bahagia, mempunyai suami yang boleh membimbing kita dunia dan akhirat dan dilengkapi dan ditambah pula dengan kasih sayang anak-anak. Jujur me cakap memang jeles dengan kawan-kawan me yang dah kahwin, ada anak-anak, tiap-tiap hari bila borak mesti hal anak akan keluar. Bahagia sangat hidup diorang. Nak berkahwin tu kenalah tahu tanggungjawab, kalau setakat berkahwin atas sekadar nama baik tak payah berkahwin, contoh macam SUAMI besar tanggungjawab dia mana nak bagi rezeki untuk isteri dan bila dah ade anak untuk anak-anak lagi. Dan ISTERI pun ade tanggungjawab, seorang isteri haruslah taat pada suami, dan janganlah meminta pada suami yang bukan-bukan, perbelanjaan haruslah setaraf dengan taraf kehidupan kita. Macam mana kita bercinta bertahun-tahun pun orang tu belum tentu lagi pasangan hidup kita yang terbaik. Kehidupan me sekarang ni dikelilingi dengan bermacam-macam kisah rumahtangga. Macam-macam dengan dunia sekrang ni yer..


Salam sayang,
NURUL

Tuesday 18 October 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina



Perut lapar
Join ni dulu :-)


Nak join klik kat sini


Salam sayang,
NURUL



Jangan sampai kita tak ade perasaan kesian!!!



Tadi mase drive kereta nak datang office dengar radio Hot fm, diorang dok bincang pasal video budak 2 tahun kena langgar, sampai jer kat office on pc terus cari video tu.. Ya Allah.. kesiannye kat budak tu. Dah lah kena langgar tapi 12 orang yang tengok budak tu menahan kesakitan.. tapi diorang langsung tak pedulikan budak tu!!! kenapa dengan manusia sekarang dah tak ade sifat berperikemanusiaan ke? Aduh.. sedih tengok Video ni!





Sayu,
NURUL




Monday 17 October 2011

Shell Fuelsave Day with Fahrin Ahmad

Selamat Pagi, Hari sabtu hari tu berkesempatan turut serta dengan Guinness World Record di Global Shell FuelSave Day dekat one utama. Dan lagi sekali terima kasih broframestone. Me pergi sane pun dah lambat sebab pagi tu me g watsons dulu. Tapi nasib baik sempat jugak bergambar dengan Fahrin Ahmad.. Hensem sangat2..Kalau korang nak tahu pasal penjimatan minyak ni silalah klik kat shell ni... Enjoy!!!


Mr Fahrin Ahmad


dengan Cik Iera


NIng Baizura


Smile... :)






Salam Sayang,
NURUL

Stress free living begins with Watsons





Hari sabtu hari tu pergi Stress free living begins dengan watsons. Memang best me sampai sane around pukul 10.15, lepas dah daftar me terus check kesihatan dengan peruding yang disediakan. Dan keputusan dia.. Oh tidak!! tekanan darah tinggi me tinggi!! lepas ni dah kena diet.. Lepas tu ade ucapan dari pihak watsons, then continue dengan cara-cara nak hadapi tekanan daripada stress ni. memang amat berguna sangat! Tahniah Watsons kerana telah mengajurkan majlis yang sangat berguna ni..










Salam Sayang,
NURUL


p/s: Dekat sini me baru tahu ikan bilis, kembung, sardin & salmon yang mempunyai omega 3 yang paling tinggi, tapi jangan goreng.. kena stim ok!!





Friday 14 October 2011

Abg Jejai yang hensem Bakal Mastercheff



Selamat pagi.. mase g  sidang media pilih kasih  hari tu me ade jumpa ngan blogger yang terkenal Abg Jejai tiap kali jumpa mesti dia senyum jer.. memang baik dan tak sombong ok.. ni kali kedua me jumpa ngan abg jejai first time mase bukak puasa  hari tu..


Ramai yang dah tahu pasal MasterChef Malaysia dan di kesempatan itu, blogger –blogger juga turut diraikan untuk memeriahkan mastercheff ni dan sudah diketahui umum abg jejai top 5 untuk mastercheff blogger.. to abg jejai Moga berjaya dan masak yang sedap-sedap yer.. pasni kalau buat makan-makan ke jangan lupe jemput.. teringin nak merasa masakan abg jejai.. hehehe  dan lepas ni makin ramai lah girls yang minat abg jejai.. hehehe.. yelah pandai masak kan.. jangan marah abg jejai… J


Me & Abg Jejai


Salam Sayang,
NURUL

Wednesday 12 October 2011

SEGMEN: AKU CUMA SEORANG BLOGGER


nak join klik sini


Selamat petang.. me nak join segmen dari abg Ben Ashaari ni..  me seorang yang suka berkawan itu antara sebab kenapa rakan blogger kena masuk blog me.. Blog me ni hanya blog biase-biase jer.. blog untuk luahan hati sendiri.. untuk luahkan ape yang tebuku di hati.. me start blogging ni baru bulan 2 tahun ni jer.. Me suka baca blog madammondoq sebab blog penuh ngan info & suka tengok kehidupan dia yang happy family..


Salam sayang,
NURUL


Wordless Wednesday : Siezuka Jumpa Ben Ashaari




Salam Sayang,
NURUL




Tuesday 11 October 2011

Sidang Media Pilih Kasih 3



Semalam me & Ieda ke Holiday Villa suabng untuk pelancaran majlis sidang media pilih kasih musim ke 3. Kitaorang sampai around pkul 2 lebih, so we register dulu.. tengah borak-borak ngan sorang wartawan from rtm Abg rosyam nor datang tegur kitaorang kebetulan ieda pakai baju oren dan abg rosaym pun pakai baju oren.. abg rosaym boleh cakap kat ieda.. engkau pun nak bodek TM yer.. hehehehe yelah warna rasmi untuk TM kan oren..




majlis bermula dengan bacaan doa, then ucapan from abg rosyam, wakil from RTM & TM.. then sesi untuk sign contract & memperkenalkan dua jelitawan yang bakal menemani abg rosyam nanti.. so untuk musim terbaru abg rosyam tak keseorangan lah di kerusi juri yang berkuasa tu.. 


sesi tandatangani contract Suhan movies, RTM & TM

Tenaga pengajar


lepas dah sesi bergambar semua, then pihak produksi mepersembahkan cerita terbaru lakonan bekas pelakon pilih kasih untuk musim pertama & kedua iaitu Inspirasi Varsiti. Lepas tu ade sidang media tapi we all blogger2 ni terus mgadap makanan.. hehehe.. 







Semalam rasa segan pun ade.. yelah me kan blogger baru.. tak kenal sape pun.. yang hadir semalam semuanya blogger -blogger otai & femes2.. terasa diri ni kecik sangat.. hehehe tapi yang penting diorang ni best.. Thanks broframestone sebab sudi pilih me & thanks suhanmovies kerana sudi jemput kitaorang...  


Salam Sayang,
NURUL




Monday 10 October 2011

Romantiknye Abg Nara



Wah jelesnye tengok abg nara buat suprise tuk wife dia..
Sangat-sangat romantik
Kauorang tengoklah sendiri gambar & video ni ok
sangat-sangat romantik
Enjoy!!


Ni masa mula-mula sampai, Puan Nara dah terkejut..


Puan Nara dah terharu & menangis..


Abg nara nyanyi tuk wife dia.. so cute..


Bakal junior Abg nara..


romantik couple..




Salam sayang,
NURUL

p/s--- kredit pic & video tu beautifulnara





Sunday 9 October 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca


Salam ahad, hari ni me nak join ni:-



Nama blog : Sicantiksiezuka
Nama Blogger: Cik Nurul Akmal
Tarikh mula berblog: Febuari, 2011
Jumlah follower: 77

Salam sayang, 
NURUL


Bapa syaitan



Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!



GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

bapa syaitan!!!!! lau engkau dah lapar seks sangat pun pergi lah langgan pelacur!!! bodoh!!!! 

SAKIT HATI, 
NURUL



p/s< credit informasi Dot My



Thursday 6 October 2011

Nando's time with mummy



Ini first time me g makan kat nando's..Me g makan ngan mummy zakiah.. biasenye kalau kitaorg pergi Jaya One we all g makan kat BBQ chicken.. tapi kak kiah cakap BBQ dah tutup.. so kiteorang try lah makan kat nando's, not bad sedap jugak.. tengokgambar kat bawah k.. hehehehe








Salam sayang,
NURUL



Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday : Internet Forever





Salam Sayang,
NURUL


Selamat Hari Guru Sedunia



Sempena hari guru ni me nak ucapkan tima kasih banyak-banyak dekat semua guru-guru yang pernah didikan kepada me tanpa penat lelah dan jemu sehingga me berjaya sampai tahap yang sekarang ni..


Setiap orang ade cikgu favourite.. masa sekolah rendah me paling suka dengan cikgu Rozita sebab dia cikgu kelas me mase darjah 6 kalau tak salah.. yang paling important masa cikgu buat makan kitaorng satu kelas g rumah cikgu.. mase tu lah me tahu rupa-rupanya me ngan cikgu ada pertalian darah.. ayah (atuk) sepupu dengan ayah cikgu.. Mase sekolah rendah jugak ada cikgu kesayangan me, teacher Wan Nor Khalbi me panggil dia Cik Su kiranya me anggap dia sebagai mak angkat lah.. sebab anak-anak teacher ni mak me yang mengasuh.. Cik su ni tak kira penat tak kira lelah ajar me, bagi ilmu dekat me, dekat sekolah dia tak mengajar me, tapi tiap-tiap petang me akan pergi rumah dia.. sebab ade tuisyen.. memang baik sangat cik su, dan sampai sekarang ni pun family me berhubungan lagi ngan dia.. anak cik su along & angah belajar Maktab kat penang, so Ma memang selalu jumpa ngan diorang.. time kasih banyak2 Cik su didik kak yu tanpa penat & jemu..


Then mase sekolah memengah plak me masuk sekolah sains. Kat sana nak cakap cikgu favourite tak de kot.. hehehehe tapi yang paling best Ustaz Aziz, memang baik sangat dia jadi guru kelas kitaorng mase form 3 dan dia jugak cikgu disiplin kat sekolah tu. Ingat lagi mase tu me dah start ngan cinta-cinta monyet.. nak bagi kertas amali kot dekat boyfriend.. ala kertas amali yang kalau subjek geografi & sejarah kan kita kena buat tugasan2 tu.. itulah.. kena tangkap dekat tangga.. yelah mau tak kena tangkap, orang duk study dalam kelas, kita dok dating, then cikgu tu report kat ustaz, yelah cikgu disiplin.. tapi mase kena siasat ngan ustaz.. bukan hal tu yang ditanya, tapi hal family..bila ingat-ingat balik memang nakal sangat..


Lepas sekolah sains.. me sambung plak study dekat Sekolah teknik, ambik fashion designer, me paling suka dengan subjek matematik & pendidikan islam.. kalau matematik sebab cikgu ni paling sporting.. kita nak dengar ape yang diajar dengarlah, lau engkau nak tido pun engkau tidolah, dia tak akan marah, lau tak salah me nama cikgu ni, cikgu Khir.. memang best sangat, me suka matematik, so x de lah nak tido sangat.. sebab cikgu ni lau kita tak faham tanya banyak kali pun dia ok jer.. tapi kekadang tu bila datang ngantuk sangat tido jugak.. Lau mase pendidikan islam plak me suka ustaz ni mengajar.. sebab cara dia ajar kita dengan alunan ayat al-quran yang dibaca me suka sangat..


Masa study kat poli me sambung study fashion design tapi me paling tak suka kelas design.. bukan tak suka subjek tu, tapi tak suka lecturer sebab lecturer tu pantang tengok orang tinggi.. dia mesti akan suruh kita pergi kelas model dia.. memang lah free tapi me ni tak minat lah model2 nih.. satu kali jer me pergi, itupun terpaksa sebab takut nanti masuk kelas dia esoknya takut dia marah.. oleh kerana nak pergi kelas dia merata me g pinjam kasut tumit tingggi..  


tapi ape-ape pun me nak ucapkan tima kasih banyak-banyak dekat semua warga-warga pendidik yang telah mencurah ilmu buat kita semua.. Jasamu akan ku kenang..


Salam Sayang,
NURUL


Tuesday 4 October 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI



Hari ni me nak join Cik May  nye Segmen




Tarikh tutup : 31hb Oktober 2011

Salam Sayang,
NURUL


Semoga Berjaya Adik-adik PMR



Hari ni dah start pepriksaan penilaian menengah rendah (PMR)
Teringat mase zaman me dulu-dulu
duduk dengan Mak  (alah kauorang semua panggil nenek)
Hari-hari mak akan kejut awal nak suruh bangun study dulu
Mak & Ma plak yang risau lebih-lebih
padahal me ok je..
Hehehehe



kredit pic to google


Kepada semua calon PMR
semoga berjaya!!


Salam Sayang,
NURUL




Sunday 2 October 2011

Zizan Vs Aisyah Humairah - indahnya ciptaan Tuhan



Tengok gambar fb adik aisyah humaira
Ya Allah ya tuhanku, 
comel nyer lah budak kecik ni.. 
tambah-tambah plak gambar ngan zizan raja lawak yang memang hensem tu
me memang pernah jumpa adik aisyah humairah hari tu. 
memang comel sangat & pandai jer posing + bergaya depan camera
lau nak tahu adik aisyah humaira ni model
sebab tu dia pandai bergaya
hehehehe
Lau nak tengok lagi gambar-gambar adik aisyah humaira
bleh lah g kat fb aisyah humairah




dan dengar-dengar cita adik aisyah bakal jadi pelakon..
tak sabar nak tengok
to adik aisyah  kekalkan kecomelan yer
jadi anak yang solehah, pandai & kebanggaan ayah dan ibu
& good luck for your future..
AMIN..


dan selamat pengantin baru untuk kak maryna (manager zizan raja lawak)
moga bahagia hingga ke anak cucu..


Salam sayang,
NURUL


Jom tambah traffikkk



Salam bulan oktober.. sekejap je dah nak sampai akhir tahun.. 

malam ni me nak join ni... 


jom rakan-rakan blogger sekalian kita join kat sini 
Dan yang penting

keep on smilling :)

Salam sayang, 
NURUL


Saturday 1 October 2011

our love memory



Best sangat lagu ni mase time sekolah menengah dulu me tengok movie ni
Love story
flashback my memori balik





Salam sayang,
NURUL