Saturday 30 July 2011

Ikan bakar



Semalam me & wawa pergi imegresen subang nak buat passport 
Time kasih Wan sebab baik hati bawak ktorg g sana
Me punye passport dah settle
Tapi wawa belum settle
Wawa asal sabah, so diorang punye prosuder ni banyak skit 
banyak dokumen yang diperlukan

Lepas buat passport tu, perut kitorng lapar yang amat sangat
Me lagilah, tambah2 lagi pagi tu me tak makan.. minum air jer.. 
So ape lagi, macam2 lagu yang keluar dari perut ni
Wan bawak kitorng pergi makan kat kelana jaya, kedai ni:-


fend-ikan-bakar-restaurant


memang sedap sangat.. Alhamdullillah kenyang sangat & thanks Wan sebab belanja kitorg makan 


 Ni Wawa punye


Ni me punye..


Wan cakap ni Chee kong.. tak tau lah betul ke tak ejaan dia.. hehehe ni perasa nenas


Ni chee kong mango


Ni muka me yang kelaparan.. 

Salam Sayang, 
Siezuka


Kampung halaman- terengganu Part I



Last week me balik kampung halaman terengganu, sebab mak sedara me kahwin.. memang penat sangat sebab first time drive sendiri balik kampung.. tapi me tak keseorangan Ma datang KL dulu baru ktorg balik ke terengganu. Adik me balik terengganu ngan bas sebab hari jumaat hari tu dia tak dapat cuti..Me tolak dari KL pukul 7 sampai kat kemaman dalam pukul 10 lebih.. Ktorg singgah umah sepupu me dulu.. dah lama tak jumpa, ktorg rehat2 dulu & makan tengahari kat sana, around pukul 3 baru kitorg tolak balik ke kuala terengganu.. dalam pukul 5 lebih ktorg sampai umah. Sebelum balik tu singgah pasar dulu beli makanan, kuih-muih.. huhuhuhu..Memang suka sangat mase balik terengganu.. makanan dia sedap-sedap..


Si comel trisya.. mummy dia kurus sangat2 sekarang.. 


 Puding jagung berkuah


qasidah


kat KL roti naik tapi ktorg panggil roti apam.. Ma punye kesukaan


Salam sayang, 
Siezuka

p/s: disebabkan camera tertinggal so ade Sambungan Part II


selamat pengantin baru



Selamat pegantin Baru
to my mak sedara
Nor Azzah & Nazri
semoga berbahagia hingga ke anak cucu




Salam sayang, 
Siezuka

sorry gambar tak clear, sebab gambar phone jer.. gambar lain kat camera.. huhuhu



"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"



Pagi-pagi ni lawat blog yang cantik cik may ni
tibe-tibe rase cam ade mood nak join contest



Jom join ni kawan-kawan:-
senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 
Semoga berjaya.. harap ade harapan me untuk menang.. :)

Salam sayang,
Siezuka

Thursday 28 July 2011

Asam Laksa, Ke-7 Terbaik Dunia


KUALA LUMPUR – Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.

Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”

Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’

Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.

Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.

Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).

Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.

Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.

Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.

Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.

“Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.

“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,” tambah CNN

credit to mynewshub

Salam sayang,
Siezuka


Bermalasan



Ya Allah tuhan je tahu betapa malasnya me sekarang
Mungkin sebab ni first time
Me drive seorang diri dari terengganu ke KL
dengan ditemani Ma yang tersayang

Tapi penatnya Ya Allah
Tak boleh nak cakap hinggalah sekarang ni
Dengan baju nye tak berkemas tak berbasuh..
Tunggu hari minggu ni jer nak buat semua benda tu

Bukan tu jer
Telefon pun me tak kuasa nak layan
Ade message ker, ape ker..
Lantak lah.. penat sangat..

Sampaikan
datang keje pagi ni.. kawan me cakap muka x de seri..
Dia cakap tudung me ok,
Nak cakap tak pakai bedak.. pakai
Lipstick pun pakai..
Mungkin disebabkan badan yang tak cukup rehat
So x de seri kot..
Hahaha bajet cantik

Salam sayang,
Siezuka

Thursday 21 July 2011

PMS

Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?
     
  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?

Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.

Salam sayang,
Siezuka

Credit to kotex


Hilangkan jerawat







Akne merupakan masalah kulit yang biasanya mengganggu remaja. Kamu mungkin mengenali jenis akne seperti jerawat, bintik hitam atau bintik putih. Ia selalunya dijumpai pada wajah, dada, belakang dan lengan. Akne mungkin membuatkan kamu rasa malu dan mula rendah diri. Biasalah tu! Tapi jangan risau sebab ada cara untuk kamu mengawal akne.
Akne merupakan perkara biasa ketika membesar dan ia tak akan kekal selamanya.

Apa penyebab akne: FIKIR SEMULA
  • Makanan manis buat saya berakne. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan akne. Akne disebabkan oleh pori yang bermasalah. Pori ini sebenarnya membuang kulit mati di dalamnya. Kulit-kulit mati ini kemudiannya menyumbat pori. Apabila ia berlaku, bakteria tertentu dalam kulit menyebabkan pori menjadi merah dan pedih dengan memecahkan kotoran dan minyak di dalam pori. Inilah sebabnya kamu mendapat jerawat.
  • Hanya mereka yang muda mendapat akne. Sebenarnya, orang dewasa pun ada akne juga! Tapi cuma orang muda yang lebih mendapat akne kerana perubahan hormon dalam badan mereka. Apabila seorang gadis sedang membesar mereka juga mempunyai sejumlah kecil hormon lelaki yang dibebaskan dalam tubuh mereka. Hormon lelaki ini membuatkan pori mula membebaskan minyak atau sebum. Pada masa yang sama, kamu juga mula ditumbuhi bulu pubik dan bulu di ketiak. Untuk orang dewasa, akne mungkin disebabkan oleh hormon. Selain dari hormon, penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan akne pada orang dewasa.
  • Kotoran, minyak dan peluh menyebabkan akne. Tak semestinya begitu. Bahang, peluh dan kotoran akan membuatkan kulit kering dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya kamu mempunyai akne yang agak sederhana, kotoran dan bahang akan membuatkan ia lebih teruk.
  • Saya boleh mendapat akne dengan memegang wajah rakan saya. Bukan begitu. Kamu tak akan dapat akne, jerawat atau bintik hitam sekiranya kamu menyentuh wajah rakan kamu, melainkan kulit rakan kamu mempunyai jangkitan yang disebabkan bakteria.
Akne disebabkan oleh:
Dan bukannya:
  • Coklat dan gula-gula
  • Peluh, bahang dan kotoran
  • Dengan sentuhan pada kulit
Akne kamu jenis yang bagaimana?

Merah yang Marah
Akne seperti ini berwarna kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Ia termasuklah jerawat dan bintil.

Jerawat boleh merujuk kepada benjolan merah kecil yang berhujung kuning atau “bermata”. Ia biasanya dijangkiti kuman. Ia boleh disembuhkan dengan ubat yang dibeli di farmasi atau sekiranya terlalu teruk, doktor akan memberi kamu antibiotik.

Bintil apabila teruk akan berubah menjadi akne. Ia membesar, membengkak dan menyakitkan. Lebih teruk, ia membesar dengan cepat. Jangan picit kerana ia akan menyebabkan parut yang dalam. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Silent Heads
Akne jenis ini biasanya leper dan hanya menunjukkan pori besar terbuka. Ia tidaklah sakit tetapi agak menjengkelkan kamu.

Bintik Hitam merupakan sejenis akne di mana plug hitam kotor menyumbat pori terbuka. Plag hitam itu bukannya kotoran tetapi minyak yang menjadi hitam kerana terdedah pada udara.

Bintik Putih terjadi apabila pori tertutup. Kamu hanya boleh melihat benjolan putih kecil pada kulit. Benjolan ini boleh mencair dan mengeluarkan cecair berwarna putih.
Penjagaan Wajah Kamu
  • Basuh tangan sekerap yang mungkin kerana pada tangan terdapat banyak kotoran dan bakteria. Pasti kamu tak mahu ia melekat pada muka kamu kan? Gunakan sabun lembut antibakteria.
  • Elakkan daripada menyentuh atau menggaru muka kamu. Sekiranya kulit kamu sensitif, kekerapan menyentuh atau menggosok akan mengakibatkan penggelupasan pada permukaan kulit dan seterusnya jangkitan kulit.
  • Basuh muka kamu dengan pencuci yang lembut. Jangan gunakan pencuci dengan skrub penggelupas atau manik-manik kecil bila kamu mempunyai akne. Ia boleh merengsa kulit.
  • Elakkan mengguna sabun kasar yang wangi. Gunakan sabun yang hipoallergenik dan noncomodogenic. Ia selalunya ditulis pada pakej atau label. Ini bermakna produk itu diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan tidak akan menyumbat pori muka kamu.
  • Selalu basuh muka sebelum tidur. Cuci sebarang mekap dan berhati-hati menggunakan pencuci mekap yang kuat.
  • Lembapkan kulit kamu dengan pelembap noncomedogenic yang ringan setiap kali selepas membasuh muka. Ia mengelakkan kulit kamu kering. Kulit yang kering lebih mudah untuk mendapat cela.
Salam sayang,
Siezuka

Kredit to kotex

Transformers


bile robot macam tranformers ni menari
ala comel sangat!!
Me memang suka dengan lagu wonder girls ni lebih-lebih lagi lagu Nobody
tengoklah sendiri kecomelan transformer ni..
Enjoy!!


comel sangat


Salam sayang,
Siezuka


Wednesday 20 July 2011

Lesen ikut tarikh lahir??



KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.
__________________________________________________________________________________________________

Bagi me, kalau buat macam ni pun ok jugak sebab ni satu peringatan untuk kita, tapi yang kesiannya kalau yang lahir 29 Febuari.. macam mane tu 4 tahun sekali lah diorang renew, ataupun diorang akan dapat kelebihan.. tapi sebenarnya kita sebagai pemandu haruslah ade sikap bertanggungjawab tak kira lah renew ikut tarikh lahir ataupun tarikh biasa.. tapi kebanyakanpemandu kita tak kira lah renew ikut tarikh lahir atau ape tarikh apa sekalipun, kalau dah lupa tu lupa jugak.. betul tak??

Salam sayang,
Siezuka

Monday 18 July 2011

Sejuta Impian



Setiap orang mempunyai impian, tak kira impian tu besar ataupun kecik, tapi impian itu tak akan dapat kalau kita tak berusaha dan hanya duduk diam. tapi setiap impian haruslah kena dengan kemampuan kita. Dan TV3 bersama  Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) telah menerbitkan satu program realiti yang unik, SEJUTA IMPIAN, pertandingan yang tidak berkaitan dengan pencarian bintang baru samada menerusi bakat vokal, lakonan ataupun tarian ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

Semalam me berkesempatan tengok sejuta impian kat TV3, sebelum ni tengok iklan jer.. iklan pun dah menarik.. tapi betul memang best bekisarkan tentang impian setiap belia, tapi tak sesenang dan tak semudah yang korang sangkakan, setiap impian kena ada tujuan, motif & apa kelebihan yang boleh dapat dari setiap impian yang kita nak.

Contoh semalam me tengok episod 10, yang mana first tu tentang impian dia nak buatkan roadshow untuk pesakit buah pinggang, dia ade tujuan dan presentation dia pun menarik minat juri, so dia lulus untuk mendapatkan dana tu, tapi setiap dana tu haruslah digunakan dengan baik dan tidak diguna pakai.. Yang kedua untuk mendapatkan dana untuk menaja pembelajaran dia dalam bidang tarian india, presentation yang menarik dan dana diluluskan sebanyak RM7,000.00, yang ketiga plak tentang dua orang sahabat ni nak buat satu rancangan travel bajet.. tapi tak diluluskan kerana presentation yang kurang menarik minat juri. yang ke-4 plak tentang minat dia ke atas reptilia.. dia just mintak luluskan dana hanya untuk RM15,000.00 untuk membaik pulih tempat reptilia tu.. tapi memang suka sangat ngan dia, presentation bukan saja menarik minat juri, tapi menarik minat me. Dan dengan itu permintaan dia untuk dana itu diluluskan.. Tahniah! dan me memang puji sangat minat ngan tanggungjawab yang dia miliki ke atas reptilia.


Episod 10


Tak sabar nak tunggu untuk episod minggu depan!

Salam sayang,
Siezuka



Sunday 17 July 2011

Ulam bunga kunyit

Teringin sangat nak makan ulam ni.. Dah lame sangat cari.. Tapi payah nak jumpa, ulam bunga kunyit ni sedap bila makan tu dia berangin jer. Harap nanti balik terengganu dapat cari ulam ni..

Salam sayang,
Siezuka

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 16 July 2011

Syahdunya nisfu syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fadhilat nisfu syaaban:-

- Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
- Mengadakan Qiamullail.
- Berpuasa pada siang harinya.

Betapa syahdunya me untuk menyambut ramadhan kali ni.. Tiba2 ingatan teringat dekat arwah abah & ayah (atok) tersayang.. Kalau ayah ade, biasenya kalau malam2 nisfu syaaban dan bulan ramadan ktorg akan g surau ramai2.. Tapi mase tu me kecik lagi, yang paling me suka ade makan2, yelah budak2 mane tau erti apa2. Tapi bila dah dewasa dah matang, baru kita tahu setiap yg terjadi ad maksud yang tersirat.. Dan alhamdullillah syukur padamu Ya Allah hari ni me mampu tunaikan ap yg telah ditetapkan olehMu dengan tanpa keuzuran..alhamdullillah dan moga puasa tahun ini berjalan dengan lancar dengan rahmaht dariMu.. Amin

Salam sayang,
Si cantik


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tidak!!

Dalam minggu ni tom balik keje awal.. Hari2 suh me blk keje awl.. Alasan dia msak, me trutkan je. First day tom msak megi yg penuh ngan lauk pauk, second megi goreng jgak penuh ngan lauk, third beehun sup yang sedap tu.. Then buat nasi goreng.. Hari yang buat nasi goreng tu me sakit gigi, tapi smpai rumah thidang ngan nasi goreng hilang terus sakit gigi.. Hahaha

Dan hari ni plak dia tak keje.. Me datang office jap pg tadi. Then dia miss col me, then cam normal lah of course me kena tpn dia balik, tpn2 dia tanya nak makan tak.. Dia msak merah ayam.. Addduuuhh me baru je lepas makan nasi lemak ayam yang kak su belanje.. Kekenyangan, tapi x pe ptg kan ade..

Oh tidak!! Kalau camni camne lah me nak diet, nampak gayanya makin membulat lah..asyik makan jer.. X per nanti bulan puase insyaallah boleh control kot makan.. Harap2 lah.. Amin..

Salam sayang,
Siezuka


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bergenang air mata si Fida





Memang mase part yang pertama me tengok live kat tv3.. tapi part yang kedua me tak tengok.. Tengok part yang pertama rase cam nak belasah je si zuan ni..yelah malukan fida camtu.. kalau ye pun nak bergurau atau nak kenakan orang, agak-agaklah sikit.. fida ni perempuan ade maruah dan harga diri.. memang kesian sangat tengok si fida dimalukan camtu, kalau me orang buat camtu, mahu tak gila.. depan keluarga kot & record lagi majlis tu.. tengok part yang first ni memang sakit hati gila..memang ade sambungan dari part yang ni.. me belum tgk lagi, tapi hari ni bila tgk kat ohbulan baru me dapat tengok sambungan dia.. enjoy yang first dulu k..


Part 1



Part 2


Hah! amik kau zuan.. kau plak ynag terkena.. tapi berkaca jugak lah mata dia tengok mase fida main drama ngan dia.. kau kena ingat fida tu pelakon.. so dia pandai menjiwai watak.. tapi ape2 pun memang berjaya lah Bang bang boom ni.. dua-dua sekali yang terkena.. enjoy!

Salam sayang,
Siezuka

Thank u.. ohbulan

Friday 15 July 2011

First time



Betul orang cakap malang tak berbau. Benda ni boleh jadi mana-mana & tak kira waktu dan tempat. Semalam me sampai office around pukul 7 awal lah jugak, sebab lately ni kalau lambat sikit je x der parking. dah sesampai office tu jer mata me tercari cari takut ada tempat kosong boleh parking kete me, waktu tu sangat gelap sebab baru nak start hujan & then lampu jalan pun tiba2 dah padam, mungkin cukup time dia.. automatic akan tertutup sendiri. Me dari jauh dah tangok ade satu moto ni laju mungkin sebab penunggang ni nak cepat takut terkena hujan & then ade satu untie ni baru masuk parking & mase dia ke depan nak betulkan parking,  motor ni mungkin  tak nampak & terus langgar depan kete dia, me dari arah bertentangan & betul2 orang cakap depan mata benda ni berlaku, terus tekan brek & stop.. penunggang motor dan motor dia betul2 jatuh tergolek depan mata me.. Ya Allah nasib baik me behenti kalau tak mungkin akan terkena motor dia. & then mase tu kebetulan ada orang jalan kaki g tengok penunggang motor tu.. sebab bunyi dia yang amat kuat.. me undur kereta dan nasib baik sebelah kiri me ade laluan untuk elakkan dari terkena sisa-sisa accident tu.. Me ngan muka pucat terus g parking kete.. tururn je dari kete hujan turun sangat lebat.. & me tengok penunggang tu x de ape2, sekarang mungkin tak sakit, tapi malam nanti mesti dia akan rasa kesakitan tu & kete untie tu yang me dengar diorang cakap bumper tercabut.. Ya Allah perasaan me mase tu hanya Tuhan je yang tahu.. sebab me memang penakut sangat & yang penting me takut darah.. kalau ade accident pun biasenye me tengok kejadian tu dah berlaku.. bukanye kejeadian tu berlaku depan mata.. ni memang first time dalam hidup me.. & to pemandu & penunggang motor silalah berhati-hati di jalan raya.. orang cakap malang tak berbau..


Salam sayang,
Siezuka


Hobi paling berharga



Sempena bulan puase & raye yang bakal menjelma ni.. me memang ambik tempahan tuk jahit manik.. Ni adalah salah satu hobi me yang paling me suka.. sebab bila orang upah kita dapat duit, tapi bagi me duit no. 2, kepuasan hati pelanggan tu yang penting, bila pelanggan jawab puas hati dengan hasil tangan kita, segala penat lelah yang me buat terus hilang.

Manik ni tebahagi kepada macam-macam jenis, tapi yang paling me suka brands apple. manik yang terbaik & tahan lama..

Ni antara hasil keja tangan me yang terbaru.. Thanks ida sebab puas hati ngan hasil keja tangan me.. hope family raja (along, mak & ida) suka ngan design yang me buat.. thanks a lot.



Baju along


Baju Mak ida


Baju Ida


Salam sayang,
Siezuka



Wednesday 13 July 2011

Sesak nafas



Sekarang ni kat office selalu sangat sesak nafas,
rasa macam kekurangan udara padahal kat office ni ade air-cond
 & pulak kat department ktorg lah yang paling sejuk bleh rase air-cond tu
Me
yang keja dalam air-cond ni pun bleh
selalu rase sesak nafas kerana ruang udara yang tidak memberangsangkan
tak tahulah macam mane
ngan orang yang memang selalu keja kat luar dari office
sekarang ni ruang udara
tak berapa elok boleh nampak sangat
jerebu yang melanda muka bumi kita..
so sape2 yang keje @ ade aktiviti luar eloklah dinasihatkan
memakai topeng muka ni..ok


credit picture to google




KEADAAN di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur semakin serius kerana jerebu yang melanda sejak beberapa hari yang lalu. Gambar dirakam di Taman Bukit Permai, Ampang, hari ini.

credit to berita harian


Salam sayang,
Siezuka




Tuesday 12 July 2011

Cium anak



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

credit to teh secawan

Sayang,
Siezuka


Happy birthday


Hepi birthday to all of you
Marni
Sumathy
&
rajah
May God bless u all




Salam sayang,
Siezuka



Friday 8 July 2011

Mulut orang



Pagi tadi tengah drive layan radio hot fm, diorang bincang pasal mulut orang.. me memang suka tajuk yang diorang bincang ni sebab memang kerana mulut dunia boleh jadi huru hara. Sebab utama diorang bincang ni kerana seorang pendengar ni, dia cita pasal kerana mulut, halnya diorang kawen baru masuk 2 tahun, tapi oleh kerana tak tahan dengan buah mulut org, tanye bila nak ade anak.. diorng pergi buat something (sory, me tak tahu org panggil ap) kat luar negara. kalau ikutkan 2 tahun tu ok lagi.. tapi yelah disebabkan tekanan daripada mulut orang sekeliling diorang tak tahan. & ade lagi satu kes dia kawen baru 3 bulan orang dah bising-bising tanya dia bila nak ade anak.. normal lah ngan mulut manusia sekarang ade jer yang tak kena, belum kawen diorang tanye bila nak kawen, bila dah kawen tanya bila nak ade anak, bila dah ade anak tanye plak bila nak tambah anak.. bila anak dah besar, tanye plak bila anak engkau nak kawen, bila plak engkau nak ade cucu.. hai macam-macam lah ngan perangai manusia ni. kenapa diorang tak boleh duduk diam buat hal sendiri. patutlah kalau dekat KL ni, kebanyakan orang kalau yang stay kat sini malas nak bergaul ngan orang, yelah bila dah baik, mula nak busy body pasal orang.

Mulut orang ni kat mane-mane pun boleh berlaku, kalau kat office lagi lah teruk.. Ya Allah kalau kena yang jenis kaki mengumpat lagi mendidih kita dibuatnya, kalau lah kite ni jenis yang tak de kesabaran, rase je nak g serang dia nak tampar nak marah2 dia, tapi kita ade Tuhan, Allah maha mengetahui segala-galanya. Kita baik ngan orang pun, orang buat mulut.. macam-macam perangai lah org zaman sekarang ni, tak boleh ke kita semua jage hal kita masing-masing, sebab masa depan kite, kite sendiri pun tak tahu. Tapi alhamdullillah.. sejak dah ramai yang behenti & ad yang kena buang keja, so far sekarang ni kat office dah x der yang jenis kaki mengumpat yang suka busy body..

Dan dari segi berkawan juga kite kena hati-hati jangan terlampau percaya sangat dengan kawan-kawan, sebab macam mane kita baik pun, satu hari nanti diorang akan tindas kite atau lebih senang orang cakap akan tikam kita dari belakang. Sekarang ni dah payah nak dapat kawan yang boleh susah senang bersama, yang ada hanya untuk berkawan dengan kita mase kita senang, mase kite susah, dilanda masalah, mase tu ramai yang lari, dari segi tu lah baru kite boleh nilai yang mana kawan dan yang mana lawan.

Moral of the story kite sebagai manusia jangan lah busy body sangat pasal orang, sebab orang tak kacau hidup kita, so kita jangalah kacau hal peribadi orang dan berkawan pun kena lah pandai, janganlah terlalu percaya sangat kawan. Sebab kite ni kadang-kadang lupa, bila kita diatas, kita akan disanjung tingggi, kita mula lupa siapa kita, mana lawan kita, mana kawan kita. bila kite dibawah orang akan dijemuh dan kita akan dimaki.. ingatlah!!

Salam sayang,
Siezuka


Thursday 7 July 2011

Kenangan



Peatng tadi tak berapa banyak sangat call yang masuk, so boring-boring me g belek-belek gambar yang ade kat pc, so jumpa lah beberapa gambar mase zaman-zaman kurus dulu.. tapi x der lah kurus sangat cam zaman study dulu.. oklah kalau mase study poli dulu terlampau kurus sangat.. makan banyak tapi sekeping camtu jugak. tapi sekarang mane bleh makan banyak dah, kena control makan.. huhuhuhu, nak diet pun tak tahulah bila mase nya, asyik ngan makan jugak lah.. harap sangat bulan puasa akan datang ni dapat kurangkan berat badan..  harap sangat. 




 Ni ngan shikin, doris n me, siezuka.. mase ni shikin pun belum kawen lagi, sekarang dah kawen & now tgh pregnant rase-rasenya dah lima bulan kot.. doris pun dah resign balik keje kat kampung, sabah..


 Ngan doris




Ni mase first time me celebrate chinese new year kat wywy, kat sini tiap2 tahun diorang celebrate chinese new year, & tiap-tiap tahun jugak lah office we all gamat ngan lion dance & makan-makan





Ni mase me & wawa.. waktu ni rase2 nye baru start kuat makan.. nak buat macam mane bagi breakfast ngan nasi, tengahari ngan nasi & malan pun ngan nasi, macam mane tak gemuk.. huhuhu


wish for this year!!!
kurangkan berat badan ok
wahai cik siezuka yang comel
hahahaha
comel ke???


Salam sayang,
Siezuka


Mood



Alhamdullillah
Syukur pada Mu
Ya ALLAH
perasaan me
Tenang setenang-tenangya




Sayang,
Siezuka


Diperlekeh kerana bahasa inggeris



Mengapa orang tidak fasih bahasa Inggeris diperlekeh???

SUNGGUH menghairankan apabila terdapat sebahagian daripada rakyat negara ini yang berterusan menghina dan memandang rendah mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Mereka memberi gambaran seolah-olah orang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tidak mampu berfikir atau pun tidak mempunyai intelek tinggi.

Inilah kesimpulan yang boleh dibuat daripada apa yang dikatakan oleh ahli politik veteran DAP, Karpal Singh dalam Parlimen minggu lalu ketika membahas Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011.

Beliau memang diakui berpengetahuan dalam selok-belok perundangan negara tetapi dengan angkuhnya telah mengkritik hakim kita yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Sambil memandang rendah kebolehan hakim kita yang didakwanya tidak sebaik rakan mereka di Singapura, negara jiran kita yang amat disanjungi anggota DAP itu, hanya kerana ada antara hakim kita yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Beliau membuat tohmahan kononnya kelemahan berbahasa Inggeris adalah tidak praktikal bagi seorang hakim kerana kebanyakan, kalau pun bukan semua, laporan undang-undang masih ditulis dalam bahasa Inggeris.

Sungguh menghairankan apa kena-mengena kefasihan berbahasa Inggeris dengan corak kehakiman yang dibuat. Apakah seorang hakim yang kurang mahir berbahasa Inggeris tidak boleh memberikan keputusan adil dan terbaik dalam mahkamah?

Karpal mempersoalkan hakim yang dikatakannya tidak fasih berbahasa Inggeris, bukan persoalkan keputusan hakim itu. Apa sebenarnya ada kena-mengena kepetahan berbahasa Inggeris dengan penghakiman yang dibuat? Apakah Karpal tidak sedar dia berada di Malaysia yang mana bahasa rasminya adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris.

Apakah jaguh DAP itu hendak memberi gambaran bahawa orang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tidak mempunyai tahap pemikiran setanding dengan mereka yang fasih berbahasa Inggeris?

Nampaknya masih wujud segelintir rakyat negara ini yang berterusan dikongkong penjajah. Seorang pegawai dagang dari Jerman hairan kenapa orang Malaysia begitu menyanjungi bahasa Inggeris hingga memperkecilkan bahasa negara sendiri. Hal ini katanya tidak mungkin akan berlaku di Jerman kerana semua rakyatnya berbangga dengan bahasa negara sendiri walau pun mereka juga belajar bahasa Inggeris.

Beliau menganggap orang Malaysia masih terkongkong dengan mentaliti berterusan dijajah British.

Benar kita harus belajar bahasa Inggeris supaya fasih dan memahaminya dengan baik. Tetapi usaha ini tidak seharusnya dengan mengabaikan bahasa Malaysia hingga ada yang tidak menggunakannya langsung malah masih terdapat sebilangan besar rakyat yang tidak faham langsung bahasa Malaysia.

Bahkan ada antara mereka yang berterusan memandang hina bahasa rasmi negara sendiri. Ini boleh dilihat di kalangan rakan peguam pemimpin DAP itu sendiri yang hingga kini merangkak-rangkak dan kekok bertutur bahasa Malaysia dalam mahkamah.

Mereka ini kalau berhijrah ke Perancis misalnya sudah tentu terpaksa belajar bahasa Perancis kerana mereka tidak akan diterima penduduk tempatan kalau berterusan berdegil tidak mahu belajar bahasa negara berkenaan.

Kenapa ada warga kita terlalu mendewakan bahasa Inggeris hingga tergamak mengecilkan rakyat negara ini yang tidak fasih berbahasa Inggeris? Anehnya mereka sedikit pun tidak berasa malu kalau tidak faham dan tidak tahu berbahasa Malaysia.

Sebagai warga negara ini, seharusnya mereka mampu bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik dan lebih yakin menggunakannya. Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga pernah menyatakan kebimbangannya terhadap kemunduran penggunaan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris.

Beliau menyorot kepada perlakuan pada majlis kerajaan yang mana penghormatan kepada bahasa asing lebih diutamakan sekiranya tetamu yang hadir terdiri daripada rakyat asing, walaupun bilangannya amat kecil.

“Cuba lihat dalam majlis kerajaan, walaupun pada majlis itu ada dua tiga kerat orang bangsa asing, pihak penganjur akan mengatakan minta maaf kerana terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan hanya ada dua tiga ‘mat saleh’ tetapi kita pula nak tukar bahasa kerana nak ikut kerenah mereka.

“Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia, tidak ada orang hendak berlanggan atau berurus niaga dengan kita dan dianggap ia tidak boleh membawa keuntungan,” kata Muhyiddin baru-baru ini.

Beliau juga mengakui kurangnya tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan adalah antara faktor menyebabkan bahasa Malaysia dipinggirkan.

Jika Timbalan Perdana Menteri sendiri telah menyatakan hal ini, apa lagi yang hendak ditunggukan. Semua yang bertanggungjawab menentukan penggunaan bahasa Malaysia tidak diremehkan termasuk semua pihak berkuasa tempatan harus segera bertindak terhadap semua pesalah laku demikian.

Ini termasuk penganjur Festival Georgetown yang tidak menghormati langsung bahasa Malaysia dalam laman webnya, begitu juga Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDec) yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dalam laman web mereka.

credit to :  berita harian


Monday 4 July 2011

Rajah's wedding



Semalam me g ke majlis kahwin budak office me Rajah & Tangam, Me ajak june temankan me, sebab sebelum ni dah janji ngan Tom, tapi tiba-tiba plak bos dia dah tukarkan jadual kena keja petang. Kalau pergi seorang jawapan nye x der lah datang wedding ni. takut lah nak drive sorang-sorang. Kitorg sampai kat dewan Vivekanda school hall, brickfields tu around pukul 8. Masuk dalam tu Kak ain & boyfriend dia dah ade. x de lah berapa segan sangat ktorg dua org..   

Me tak pernah hadir india punya wedding, so memang teruja sebab nak tengok macam mane budaya diorang. First diorang tunjukkan video lovely couple ni, and then semua lampu tutup sebab nak sambut kedatangan pengantin, dengan diiringi muzik dan memakai sepasang persalinan warna purple, lovely couple masuk dalam dewan.. riuh rendah dewan mase tu. lepas tu acara potong kek, lepas pengantin bagi ucapan, kiteorg terus ngan makan-makan. Mase makan-makan tu ade persembahan from indian dance.. Rajah asal dari sri lanka, so ade tarian istimewa malam tu. & malam tu jugak me tengok another lovely couple kat office me, mathan & punitah (shaktivel mom & dad) menari.. around pukul 11 kitorg balik.. oklah tempat tu senang sangat nak cari. Thanks June sebab temankan me malam tadi..


  the handsome boy, Shaktivel


 Siezuka yang semakin chubby


Si cantik punitah


Chandru, Me & June


The couple, Rajah & Thangam


Si comel Shaktivel


Salam sayang,
Siezuka