Tuesday 31 May 2011

Mael Lambung



My Love
Mr
Mael Lambung
aka
Zizan Razak



Salam sayang, 
Siezuka

Giveaway Belog Nemomimosh







Biasenye me selalu bace kat bloggers
lain diorang dapat hadiah
jeles lah 

sekarang me nak try my luck
All the best
to Me

hadiah yang sangat menarik..



jom join my friend
kite try our luck

salam sayang,
Siezuka




Naufal N Nureen 2nd Giveaway






1st time try masuk contest
harap2 semua yg me buat ni betul
please join

Jom join

Tarikh tutup: 15 jun 2011 jam 11.59mlm

salam sayang,
Siezuka



Ubat Rindu



Mummy si kembar terpaksa wat OT sebab diorang nak cuti panjang minggu ni.. So terpaksa bawak si kembar datang office.. Memang suke sangat sebab Me rindu ngan diorang.. akhirnye terubat jugak rindu kat si kembar..

sekarang ni diorang dah makin nakal.. mummy die letak dalam stroller diorang ngan sekejap jer diorang dah boleh berubah posisi.. lagi satu diorang memang dah pandai mengomel.. tuan kecik tapi suara lau gelak memang kuat.. patutlah org cakap penat keje akan hilang bile dapat tgk gelak suare si kecik.. diorang memang boleh menghiburkan hati kite. patutlah mummy dia sekarang dah tak pikir ape dah.. yang ade dalam fikiran hanya si kembar.

tiber2 jer hari ni rase rindu balik ngan si kembar.. bile lagi nak jumpe yer? padahal baru semalam jumpa..






Salam sayang,
siezuka




Tarif baru elektrik

pix_gal0

4.4 juta pengguna domestik tak terlibat semakan kadar tenaga

PUTRAJAYA: Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.

Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar.

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.

"Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini semalam.

Fah Kui juga menjelaskan pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

"Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kWj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan," katanya.

Menjawab soalan, beliau menolak andaian bahawa semakan tarif akan menguntungkan Stesen Tenaga Bebas (IPP) dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat IPP seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh PETRONAS untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Mengenai kemungkinan semakan tarif akan melonjakkan kadar inflasi, Fah Kui berkata kajian mendapati ia hanya akan meningkat 0.27 peratus kadar inflasi.

"Kenaikan kadar inflasi itu dianggap minimum kerana kurang daripada satu peratus," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menetapkan sebanyak satu peratus daripada kutipan bil elektrik bulanan yang melebihi 300 kWj disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu bagi menampung kos tinggi penjanaan elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui oleh pemaju bebas atau individu.

INFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB
  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri
  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.


Kerajaan Prihatin
  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung

credit to berita harian


Rumah yang me sewa tu mahal jugak electric dia.. yelah ktorg berdua ni penakut.. kadang2 lau Tom balik keje lambat or ade function & tertengok iklan2 cite hantu habis semua lampu me bukak.. kecuali yang dekat ruang tamu.. coz me tak suka pasang. nak tgk Tv mesti nak gelap.. panas lah lau  bukak lampu.. kalau tak sekejap jer dah berpeluh..

tapi me ok lagi kalau nak tido kena gelap, kalau tak tak lena lah tido.. tapi lau Tom mesti nak cerah.. hahaha jangan marah Tom..  sayang awk..


salam sayang,
Siezuka

Monday 30 May 2011

Hepi Besday


Hepi besday to my dear Hot mummy & Hot Papa
Ms punitah & Mr Mathan
also
baby Shaktivel
May God bless u all
Special congrate
To 
Mr Rajah & Ms Thangam Kavi
for your 
registration wedding
very loving couple


 Love, 
Siezuka

Sabor jelah




Starting hari keje yang tak berapa best
Hari ni Isnin
Mood dtg keje ok
dah pakai baju cantik2

Perut plak tibe2 rase lapar
singgah beli kat canteen office
time nak bayar
Ya Allah
sangat mengejutkan

ambik ini jer

RM4 ringgit

Me memang gile ngan sardin
tapi biasenye me ambik macam ni
diorang charge dalam RM2.50 jer..

lau RM4 tu dah lebih kurang
ngan makan tengahari
nasi putih + ayam
baru RM3.50

mentang2 lah kite semua
baru dapat gaji..

tapi tak per
Me
halalkan ape yang die charge me
tujuan me nak share ni supaya
kawan2 me hati2

pastu PC plak buat hal
lembab gile!!

lepas satu2
mood nak mkn pun dah tak der
PC plak buat hal
dah restart balik baru ok

memang sangat2
menguji kesabaran
sabor jelah

salam sayang,
Siezuka



Sunday 29 May 2011

Angan2




Masih lagi berangan-angan
tuk jadi
Nur
dalam Nur kasih

Zaman sekarang
ade ker
orang yang dapat cinta
macam Nur
so perfect!!!




salam sayang,
Siezuka


Anak muda tak pandai bergaya




PAKAIAN begini sudah tentu tidak sesuai untuk digayakan di pejabat.

PAKAIAN begini sudah tentu tidak sesuai untuk digayakan
di pejabat.


Tidak tahu etika berpakaian, malas berhias jadi punca selekeh

KUALA LUMPUR: Gene­­rasi muda hari ini me­­ngakui aspek penampilan diri menjadi antara faktor penting dalam menjaga ketrampilan peribadi tetapi ramai tidak tahu bergaya mengikut keadaan atau majlis dihadiri termasuk sesi temu duga.

Maklum balas diterima melalui laman sosial Facebook Berita Harian mendapati, ramai anak muda menganggap ketrampilan diri cukup pen­­ting kerana bimbang dengan persepsi masyarakat sekeliling termasuk rakan sebaya yang mengkritik cara mereka berpakaian atau menghias diri.

Perunding imej dan pensyarah fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Abdul Hamid, berkata soal ketrampilan diri sangat subjektif kerana ia merangkumi elemen fesyen.

“Fesyen adalah sesuatu yang ceria serta gaya ekspresi individu yang tersendiri. Fesyen dapat meningkatkan keyakinan serta ke­­trampilan diri. Kita akui, cita rasa manusia sangat subjektif dan bersifat sejagat.

“Namun begitu, golo­ngan muda perlu menghormati budaya dan masyarakat setempat dalam berfesyen. Sama ada anda bersetuju atau tidak, pesan saya ha­­nyalah satu iaitu tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Faizal berkata, dalam soal menjaga ketrampilan diri, golongan lelaki sering dikatakan pemalas dan selekeh dalam bergaya.

“Untuk mengatasinya, kursus atau bengkel penampilan imej perlu diadakan. Ia bukan hanya untuk golongan muda tetapi untuk semua lelaki yang amat mementingkan an ketrampilan diri.

“Pakaian adalah ekspresi luaran dan dalaman seseorang. Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh me­­nyampaikan mesej positif,” katanya.
Faizal berkata, 80 peratus daripada ketepatan gaya ialah apabila kita menya­­rung pakaian sesuai bagi setiap acara yang dihadiri.

“Kod berpakaian dilihat sedikit longgar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi, masih ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Apabila kita sangsi mengenai pakaian formal yang harus dipakai terutamanya ketika menghadiri mesyuarat perniagaan atau majlis koktel, dinasihatkan supaya memakai tali leher sebagai pelengkap gaya.

“Ini bagi memastikan anda tetap profesional ketika menghadiri majlis itu,” katanya.

Faizal berkata, bagi individu konservatif, pakaian elemen gaya klasik dan ras­­mi dengan rona hitam dan kelabu boleh menjadi pilihan.

“Elak memakai aksesori pelik, agak berat serta keter­­laluan daripada yang sepatutnya digayakan ke pejabat.

“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi­­lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.

credit to berita harian, Me - no komen

salam sayang,
Siezuka

Takziah



Semalam me keje, kalau keje hari sabtu me g lambat sikit coz x payah nak berebut parking. Tapi pagi2 lagi Tom dah ketuk pintu bilik me kejutkan me bangun tido.. terus bangun mandi, mase nak siap2, Tom cakap kat me die kena balik kg, nenek dia sakit tak sedar ape dah.. so Tom mintak me standby teman dia balik kg, me cakap ok..


Dalam satu jam lebih me kat office Tom mesej cakap dia kena balik sekarang jugak, coz nenek dia dah teruk.. Mase tu cuma satu je, rase bersalah sgt ngan dia, sebab x dpt teman dia.. duty keje habis pkul 1. Tom cakap ok, tak per.. & siap pesan kat me, jage diri leklok. Yelah ni first time me dok sorang2 kat KL. sebab kalau dia balik kg dia me mesti ade.. even g mane2 pun dia tak pernah tinggal me.. sayang sangat2 kat dia..


Dalam pukul 8 dia mesej ckp nenek dia dah teruk, doktor cakap tak boleh buat ape dah.. doktor suruh bawak balik umah.. hanya sabar je me bleh ckp kat die.. pastu dalam pukul 9 dia mesej me cakap nenek dia dah meninggal.. hanya linangan air mata me bace mesej dia.. Al fatihah..


salam sayang,
siezuka


p/s< selamat pengantin baru to Mr faizul & wife, sory x dpt g kena keje..

 

Saturday 28 May 2011

Adakah hanya Ujian?





Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran  

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa


Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



Mungkin hati itu belum cukup kukuh. mungkin hati itu belum utuh. kerana itulah air mata yg keluar masih bersisa..
Dalam setiap pengharapan, setiap manusia akan sentiasa mendoakan kebahagian, kesenangan, ketenangan, kemudahan, kejayaan, masa yang banyak, hari-hari yg indah, sahabat yg setia, tarbiyyah yang mantap, dakwah yg berjaya.. dan mungkin banyak lagi. Dan pasti tiada siapa akan mendoakan supaya dikurniakan ujian utk dirinya. diberi kesusahan, diberi kegagalan.. tiada.
Dan mungkin banyak hati akan remuk, bila yang datang hanya kesusahan, kegagalan dan penderitaan. kejayaan dan kemudahan yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul..
Namun, mungkin ada yang tidak sedar, disebalik ujian ini, ada satu tarbiyyah yang indah dari Pencipta diri.
kerana hanya Allah, Pencipta manusia, Pemilik seluruh alam, langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia..

 
salam sayang,
siezuka


 credit to bahtera hati





Friday 27 May 2011

Char kuey teow


Thanks
Tom & Jerry
sebab bawak me g mkn char kuey teow
siap Jerry belanje lagi

dah lame x g makan kat sane rase rindu sgt
char kuey teow die
kat LRT universiti
sebab sebelum ni
ktorg pergi diorang tak bukak

dulu mase stay kat vista angkasa
bleh kate tiap2 minggu akan perkena
char kuey teow
sgt best!!

&
hepi birthday to Jerry
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
cepat2 jumpa mak & bapak mertua ok
doakan Jerry & Tom berkekalan hingga ke anak cucu
Amin...












Salam sayang,
Siezuka










Thursday 26 May 2011

Rindu






RINDU
sangat2 dekat si kembar
Mummy die bagi tgk
Video ni
terubat rindu sikit

bile lah agaknya
dapat jumpe ngan
Si Kembar

salam sayang,
Siezuka




Tahniah Kerajaan!!




PUTRAJAYA - Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

"Keputusan itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam.

Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.

Beliau berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut. credit to Kosmo

p/s: syukur sangat-sangat


salam sayang,
siezuka





Wednesday 25 May 2011

Sorry




Tak tau lah nape ngan sicantik Siezuka
nak kate setting problem x pernah plak me tukar setting die
benci betul
nak reply komen tak boleh

sorry yer
bukan sengaja x nak reply
tapi memang x boleh
dah naik give up
buat banyak kali pun still jugak same

sape2 yang pernah alami problem yang same
Please
Me nak mintak tunjuk ajar
tolong selesaikan
masalah ni.. 




salam sayang,
siezuka




 

Hepi Besday




Hepi besday To

My Boss,
BH Lee (Uncle Lee)
Mr Kong Peng Hong
James Ng

&
also the lovely couple
Mathan & Punitah









Love,
Siezuka





Tuesday 24 May 2011

Nur Kasih - Terbaik!!



review filem nur kasih


Sejuta Tahniah me ucapkan pada pengarah Nur Kasih, Kabir Bhatia movie ni memang terbaik. dari segi drama dah dapat mebuatkan kite mengalirkan air mata apatah lagi kalau dalam movie.

Jalan cerita Movie ni memang tersusun & in this movie kita tak boleh ketinggalan satu part pun, sebab jalan cerita dia dari satu part ke satu part memang berkait rapat. sekalung tahniah me ucapkan kepada para pelakon yang hebat Remy ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz & lain2. dan harus dipuji kepada para pelakon cilik Mia sara nasuha & adik yang memegang watak Ilyas.. pandai mendalami watak yang diberikan. watak2 inilah yang menceriakan disebalik kisah2 sedih dalam Nur kasih.

Lokasi tempat penggambaran memang sangat2 menarik Jordan, betul cakap Tiz macam lukisan. Memang penuh mendalam cinta die, sampai Me bayangkan if me kat tempat Nur, Wah rase cam bahagianye, if dapat husband macam Adam. lagu2 die pun memang terbaik, sangat berkait dengan jalan cerita.

ayat yang paling Me ingat dalam Nur kasih "Kenapa org baik selalu pergi dulu" ayat die sangat menusuk kalbu. Sampai me boleh mengalirkan air mata. Ni movie yang kedua me tengok wayang sampai boleh ngalirkan air mata. First mase cite lagenda budak setan.

And special thanks to my lovely sister & her husband coz belanje me tgk wayang & makan. Thanks dear, sanggup dari puchong datang tgk wayang kat Curve, damansara. Sebab me tak berani nak drive jauh2.

Salam sayang,
Siezuka

Serangan Asid

KUALA LUMPUR: Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas.

Namun, seorang pakar kimia, Prof Dr Zainudin Arifin, berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini.

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.

"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.


Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.

Katanya, terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.

Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang?" katanya.

Beliau berkatam cadangan itu juga tidak membantu kerana asid adalah bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.

Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan.

"Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran. Sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik yang juga sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilaporkan sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menghadkan penjualan asid berikutan insiden yang berterusan berlaku itu. - credit to berita harian 



Sejak dari berlaku insiden ni. Ma selalu pesan kat Me, kalau jalan tu tengok kiri kanan, kalau bawak kete tu jangan buka tingkap. Kalau nak naik kete tu tengok dulu kawasan die.. biaselah Mak mane yang tak sayangkan anak & part yang paling me sedih bile Ma cakap, Ma ade sorang jer anak perempuan. Die mintak sgt me jage diri betul2.

salam sayang,
siezuka

Lewat Kahwin dipandang serius



KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.
Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang.. credit to utusan


tadi mase drive dtg keje sambil dengar radio Hot FM, tajuk yg diorang bincang hari ni memang menarik minat me, isu lewat kahwin, tapi kalau difikir2 kan memang isu ni dipandang serius.

Like Me,
" Bile nak Kahwin? "
soalan yang memenatkan untuk dijawab

My Answer,
belum jumpe ape yang dicari
sebab sekarang ni rase cam serik untuk memiliki pasangan

Kenapa?
Me cari yang boleh jaga Me sampai akhir hayat
cinta & kasih sayang dia hanya untuk Me
yang paling penting
boleh terima Me & family me dalam hidup dia

Sampai bile?
hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya
jodoh & pertemuan segala-galanya telah ditetapkan oleh NYA
kita hanya mampu berusaha & berdoa


Salam sayang,
siezuka






Sunday 22 May 2011

I'm fall in love




Minggu lepas me tak dapat tgk konsert AF minggu ke-6
coz Ma nak tgk cite melayu TV3
tadi me dapat tgk ulangan die
Wah!!!
tibe2 me rase dah jatuh cinta ngan
Hazama
hahahahahaha
persembahan memang sgt menghiburkan hati
Hey soul sister
manja2 + nakal2
memang best!!!
&
memang patut lah kalau kak Ogy
pun jatuh cinta ngan die
coz the best performance



salam sayang,
siezuka



Saturday 21 May 2011

tragedi tanah runtuh rumah anak2 yatim





KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban, Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusan menyelamatkan mangsa2 runtuhan.. Amin..

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - credit to utusan

salam sayang,
siezuka

Wednesday 18 May 2011

Birthday Girl



Tanpa dirancang Ming datang KL.. die datang sini for interview. So kite org celebrate lah birthday die as we promise ngan die. Birthday girl nak makan steamboat, semalam pergilah ktorg berempat.. memang happening. dah lame ktorg x kluar camni. Coz ming dah duduk jauh, Tapi harap sgt2 ming dapat job tu.. Good luck Ming..

ape2 pun moga persahabatan kite kekal sampai bile2.. Amin..







 






Me yang semakin membulat

salam sayang,
siezuka



selamat hari ibu


Selamat hari ibu, Ma
Kamariah binti Haji Ngah..
Balik kg hari tu baru me dapat celebrate hari ibu ngan Ma yang tersayang. Hari ahad hari tu me berkesempatan kononye nak bagi ma rehat.. me ngan adik nak masak nasi ayam.. me ade hadiahkan ma cupcakes + secret present.. adik plak hadiahkan kain.
Cupcakes hari sabtu lagi dah habis, bukan Ma yang habiskan tapi ktorng dua beradik ni yang habiskan, me off course lah memang dah gile kek coklat, ap lagi makan lah.. yang nak diet tu belakang kire, hahaha.. cupcakes ni memang sedap lau nak order bleh tempah kat Rozescupcakes


Balik pada cite nasi ayam, alhamdulillah nasib baik jadi, coz me dah lame x masak, almaklumlah  hari2 asyik org jer yang masakkan untuk me, nasib baik Ma ngan ayah cakap sedap..
For ma, me and adik nak ucapkan selamat hari ibu, tak der org lain yang boleh bagi kasih sayang yang ma bagi pade kak yue (gelaran me kat rumah)  & adik. Time kasih atas segalanye, time kasih jadi seorang ibu & ayah untuk ktorg berdua.. semoga Ma panjang umur & dimurahkan rezeki.. amin.. ktorg syg sgt2 kat ma..
Salam sayang,
siezuka
p/s< sedih.. Ma x berapa sihat mase hari me nak balik KL, tapi sekarang ma ckp ok skit.. semooga Ma cepat2 sembuh, sayang Ma..

Rindu


Camne nak cakap betape rindunye me kat my sicantik siezuka. 5 hari me balik kg x dapat nak on9, dulu lau balik kg boleh jugak on9. Tapi lepas broadband buat hal, charge die mahal tak payah nak cakap tapi servis die hampeh, last2 terminated terus line broadband. Me ngan si cantik x bleh nak dipisahkan kat sini die ibarat boyfriend me, tempat me luahkan perasaan, tempat me nak bermanje & tempat me nak gedik (hahaha gedik ker? ) x per.. gedik2 me asalkan me jadi diri sendiri  & x der nak tiru or nak control2 cun ok  & me harap ngan si cantik ni me dapat luahkan yang positif & not negative, ok..
me memang excited lau nak balik kg, yelah dapat jumpa Ma, rindu sgt kat die, almaklumlah last jumpe mase kenduri kat kg Terengganu. Dan yang paling best kat kg semua nye disediakan, bangun tdo pagi dah ade breskfast, baju dah ade orang basuh, mkn tengahari dah bersiap, pastu leh request plak ape yang kite nak makan. Kalau dekat KL semuanye nak kena buat sendiri, bangun jer lau hari minggu dah kena kemas rumah, basuh baju, klau perut dah lapar kalau rajin sgt masak kalau tak kedai kat umah jadi mangsa.
Ma skrang ni dok busy ngan sedara mara nak dtg penang sebab cousin me dapat belajar kat UITM. Lau me balik kg event terengganu or penang ke sejak me ade kete ni me mesti ade soalan wajib yg harus dijawab. Balik kg ngan ape? N then jawapan me Bus lah, nape tak balik ngan kete? Dalam hati me sabor jelah ingat kite ni tak de keinginan ke nak balik kg ngan kete, off course lah nak. Tapi keberanian me tu tak der, lagipun me baru jer lagi bawak kete n then nak ajak kawan baik me,  si Tom memang payah skit, kalau nak ajak die g mane2 mesti kena inform awal2, sebab die payah skit kalau bab2 cuti.
Tapi Ma dah janji ngan me mungkin this year raye kat Terengganu (me harap2 Ma tunaikan janji) sebab hari tu ktorg dah janji nak balik Terengganu mase cousin kawen 1st May hari tu, tapi cancel Ma baru balik dari sabah. N then ktorg dah lame sangat tak balik raye pertama kat Terengganu sejak arwah ayah (atuk) x der, bile rancang selalu tak jadi. So me harap sgt dapat raye Terengganu coz me dah rancang ngan Ma  nak suruh die dtg dulu KL, lepas tu baru ktorg balik ngan kete ke Terengganu, harap2 impian me ni tercapai, Amin..
p/s< sayang ma sgt2.. u r the only lovely  mom in the world, thanks for your everything..
salam sayang,
siezuka

Thursday 12 May 2011

Nafkah Ibu Bapa



KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.
"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam

p/s< credit to kosmo & alhamdulillah me masih lagi melunaskan tanggungjawab me sebagai seorang anak..

salam sayang,
siezuka


Wednesday 11 May 2011

FIlem Nur Kasih




Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.




Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd,  dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.




Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.




Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.




 Me, off course lah minat sgt ngan cite nih, dari die drama lagi, dulu pkul 9 tiap2 hari jumaat jer dah tunggu depan tv & Me x sabar nak tengok filem die, mesti lagi sedih..


salam sayang,
siezuka

Thursday 5 May 2011

Hepi Besday!


Selamat Hari Jadi Ming
a.k.a
Rosminie Binti abdul Rahman

semoga panjang umur & murah rezeki
hepi sangat dapat kawan baik cam awk
&
semoga persahabatan kite bertiga kekal abadi

salam sayang,
siezuka

p/s< ming saya akan usahakan jugak awk dtg kl balik.. itu janji saya ok.. 

Monday 2 May 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Assalamualaikum & salam sejahtera..

tadi me ade tgk berita tv3, pasal SRP, rase cam tertarik sgt, coz memang salah satu antara impian dalam hidup me nak memiliki rumah sendiri..  memang bagus sgt untuk pekerja swasta mcm me ni nak memiliki rumah..

antara info SRP ni :-
 
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Antara kriteria2 kelayakan pemohon:-
  • warganegara malaysia
  • pembeli rumah pertama
  • individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penaja jaminan bank-bank yang terlibat
kalau kawan2 semua nak tahu klik SRP ni je ok!!

Me akan usahakan supaya impian me akan tercapai!!! tambah2 lagi kerajaan dah bantu pekerja swasta mcm me ni.. Amin.. 

salam sayang,
siezuka

Sunday 1 May 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Me hanya manusia biase, me jugak punye hati & perasaan.. kalau org tak kenal me, mesti org akan cakap me sombong, x banyak ckp.. tapi hanya yg rapat & kenal me jer tahu perangai me mcm mane..

tapi me nak ckp selembut hati me jangan ingat me x der perasaan marah & sedih!!! macam2 org tuduh me, selama ni me sabar, tapi hari ni bile me dah tahan sgt ngan semua tuduhan yg melampau2, me rase tertekan sgt..me rase diri ni kecewa sgt.

pade kaum laki2, engkau kena ingat semua perempuan x same ok!!! engkau jgn ingat semua perempuan boleh jual maruah dan harga diri!!! engkau ingat dgn perkataan "COUPLE" tu engkau boleh menghalalkan semua. lelaki jenis mcm ni ke nak dijadikan husband?  bile kt x layan engkau, dgn suke hati jer engkau leh tuduh mcm2 & engkau kena ingat ME x pernah borak, x pernah bg no phone & sekali je me jumpe engkau, itupun kwn baik me ajak me teman die jumpe ngan engkau kononye kwn mase skolah, tapi ayat2 engkau mcm me dah kenal lame ngan engkau, & me nak warning kat engkau jgn main ngan api ok!!!

Dan kepada kaum wanita, kalau engkau sayang pasangan engkau, engkau jgn biarkan die jatuh cinta ngan org lain. Fikir dulu ape salah kite sebelum nak menunding jari kepada org lain, lau kite rase kite syg die please jage die, layan die dan hormati die sebagai pasangan kite. Kt pun tak boleh nak halang org suke kat kt, itu bukan kehendak kite..

& Me bukan jenis yang perampas sebab me dah pernah rase mcm mane sakitnye pasangan kite dirampas!!! TQVM to kak long, memang penasihat yg baik sgt, lepas dgr nasihat dari die me dah ok,  coz kak long ckp manusia ni mcm2 x pernah puas hati ngan hidup sendiri, dan manusia x pernah nak akui kesalahan diri sendiri & diorang akan cari kesalahan org lain untuk menutup kesalahan diri sendiri!!

salam sayang,
siezuka

p/s< mintak maaf sgt2 lau ader yg terasa, me memang dah tak tahan, Me dah penat!!!